Angkus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewi Mesir Neith - berhiaskan lambang-lambang kepahlawanannya, iaitu anak panah bersilang dan perisai di kepalanya, serta lambang ankh dan angkus Mesir.
Membajak dengan lembu. Lukisan miniatur dalam manuskrip awal abad ke-16 yang disimpan di British Museum. Pembajak di tengah gambar kelihatan mengangkat sebatang angkus. Seekor lembu kelihatan bertindak balas kepada sentuhan angkus. Perhatikan pacak di hujung angkus itu.

Angkus, angkusa atau kusa ialah sejenis alat pertanian tradisional yang digunakan untuk membimbing ternakan, khususnya lembu, yang menarik bajak atau pedati; atau menghimpunkan kawanan lembu. Angkus merupakan sejenis batang kayu panjang yang berhujung pacak, juga bergelar penujah lembu. Walaupun ramai yang kurang mengenali angkus masa kini, namun alat ini pernah laris digunakan di seluruh dunia. Angkus juga terdapat sebagai unsur ikonografi dalam apa jua bentuk, seperti dalam pegangan dewi Mesir Neith, dan 'ankusha' (Sanskrit) atau "angkus gajah" di tangan dewa Hindu Ganesha. Menurut kitab Bible, Hakim-Hakim 3:31, Shamgar ben Anath membunuh 600 orang Filistin dengan sebatang angkus.

Dalam abjad rumi, huruf L berasal dari lambang tongkat berkelok atau angkus dalam bahasa Semitik yang mewakili bunyi /l/. Barangkalinya huruf ini berasaskan hieroglif Mesir yang diguna suai oleh kaum Semitik untuk tujuan membentuk abjad.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]