Lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lembu
CH cow 2 cropped.jpg
Lembu Braunvieh betina Switzerland memakai loceng lembu
Status pemuliharaan
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik s
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Synapsida
Kelas: Mammalia
Order: {{{1}}}
Keluarga: {{{1}}}
Genus: Bos
Spesies: B. taurus
Nama binomial
Bos taurus
Linnaeus, 1758
Bovine range-2013-14-02.png
Taburan lembu
Sinonim
  • Bos primigenius
  • Bos indicus

Lembu merupakan jenis mamalia ungulat bela jinak yang umum sekali. Ia merupakan anggota moden yang terutama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang paling banyak bilangan dalam genus Bos, dan umum sekali dikelaskan sama sekali sebagai Bos taurus.

Lembu dipelihara sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu, dan sebagai penarik (lembu kasi yang menarik kereta, bajak dan alat-alat sebagainya). Hasil keluaran lembu yang lain termasuklah kulit dan tahi untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India, lembu membawa erti keagamaan yang penting.

Sekitar 10,500 tahun dahulu, lembu dibela jinak daripada sekurang 80 progenitor di Turki tenggara.[1] Menurut anggaran 2011, terdapat 1.4 bilion ekor lembu di dunia.[2] Pada 2009, lembu menjadi antara haiwan ternakan pertama yang mendapat genom yang dipetakan sepenuhnya.[3] Lembu dianggap harta kekayaan yang terlama, maka mencuri lembu dikira satu bentuk kecurian yang terawal.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Lembu betina dari baka Holstein, ahli tipikal subspesies Bos taurus taurus
Żubroń, kacukan wisent dan lembu

Pada mulanya lembu dikenal pasti dalam tiga spesies: Bos taurus, iaitu lembu Eropah atau "taurina" (termasuk jenis-jenis seumpama dari Afrika dan Asia); Bos indicus, iaitu zebu; dan Bos primigenius, iaitu aurochs yang pupus. Aurochs merupakan leluhur kepada lembu zebu dan taurina. Kini semuanya dikelaskan semula sebagai satu spesies iaituBos taurus dengan tiga subspesies: Bos taurus primigenius, Bos taurus indicus, and Bos taurus taurus.[4][5]

Merumitkan lagi keadaan ialah kemampuan lembu untuk berkacuk dengan spesies lain yang bertalian rapat. Wujudlah individu bahkan baka kacukan bukan sahaja antara taurina dan zebu (seperti lembu sanga, Bos taurus africanus), bahkan juga dengan ahli-ahli yang lain di bawah genus Bos, iaitu yak (dzo atau yattle[6]), banteng, dan seladang. Kacukan seperti baka beefalo boleh pula terjadi antara lembu taurina dan mana-mana spesies bison, menyebabkan sesetengah penulis menganggap kacukan tersebut tergolong di bawah Bos.[7] Sesetengah jenis tidak jelas asal-usul kacukannya – contohnya, ujian genetik terhadap baka Dwarf Lulu, satu-satunya lembu taurina di Nepal, mmendapati campuran taurina, zebu dan yak.[8] Bagaimanapun, lembu tidak boleh dikacukkan dengan bovin yang lebih jauh pertalian seperti kerbau atau kerbau Afrika.

Aurochs pernah bertaburan di seluruh Eropah, Afrika Utara, dan sebahagian besar Asia. Lambat-laun taburannya terhad kepada Eropah, dan individu terakhir dikenali mati di Mazovia, Poland, pada sekitar tahun 1627.[9] Penternak telah cuba mencipta semula lembu seiras aurochs dengan mengacukkan jenis lembu ternakan tradisional, maka jadilah baka lembu Heck.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Penternakan tenusu dan pemerahan susu lembu pada asalnya dilakukan dengan tangan, tetapi kini rata-rata diambil alih oleh mesin.

Lembu merupakan haiwan ungulat berkaki empat dengan telapuk berbelah. Kebanyakan baka lembu mempunyai tanduk yang berbagai-bagai saiznya. Pemilihan genetik yang teliti telah membolehkan lembu dogol (tanpa tanduk) berleluasa.

Model anatomi lembu

Sistem penghadaman[sunting | sunting sumber]

Lembu adalah ruminan, ertinya sistem penghadaman amat dikhususkan untuk membolehkan pengambilan tumbuhan yang sukar dicerna sebagai makanan. Lembu mempunyai sebiji perut dengan empat bahagian, iaitu rumen (bahagian besar sekali), retikulum (bahagian kecil sekali), omasum, dan abomasum.

Kadang-kadang lembu mengambil objek logam yang tertakum dalam retikulum, dan kerengsaan daripada objek logam menyebabkan penyakit perkakasan (hardware disease). Fungsi utama omasum ialah menyerap air dan zat daripada makanan yang tercerna. Abomasum pula ibarat perut manusia, dan oleh itu digelar "perut sebenar".

Seperti kebanyakan ruminan lain, lembu diketahui meluahkan dan mengunyah semula makanan dalam mulut, iaitu mengunyah mamahan. Ketika lembu makan, makanan ditelan tanpa dikunyah dan masuk ke dalam rumen untuk disimpan sehingga lembu mendapat tempat senyap untuk meneruskan penghadaman. Makanan diluahkan sesuap sekali kembali ke mulut di mana makanan yang kini menjadi mamahan dikunyah oleh gigi geraham, menghancurkan bahan vegetasi kepada cebisan kecil. Kemudian mamahan ditelan lagi dan dicerna lagi oleh mikroorganisma khas di dalam rumen. Mikroorganisma inilah yang menguraikan selulosa dan karbohidrat lain menjadi asid lemak meruap yang digunakan oleh lembu sebagai bahan api metabolisme. Mikroorganisma dalam rumen juga mensintesiskan asid amino daripada sumber nitrogenus bukan protein seperti urea dan ammonia. Mikroorganisma ini membiak di dalam rumen, maka generasi lama mati dan sel-selnya berterusan melalui salur penghadaman. Kemudian sel-sel ini dicernakan separuh-separuh di dalam usus kecil, membolehkan lembu mendapat sumber protein berkualiti tinggi. Ciri-cii ini membolehkan lembu hidup di atas rumput dan vegetasi lasak yang seumpamanya.

Gestasi dan saiz[sunting | sunting sumber]

Tempoh gestasi lembu kira-kira sembilan bulan. Saiz anak lembu baru lahir berbagai-bagai mengikut baka, tetapi biasanya berberat 25 hingga 45 kg (55 hingga 99 lb). Saiz dan berat lembu dewasa juga banyak bezanya antara baka dan jantina. Lembu kasi umumnya disembelih sebelum mencapai 750 kg (1,650 lb). Stok pembiakbakaan mungkin dibenarkan jangka hayat yang lebih lama, kadang-kadang sepanjang 25 tahun. Lembu tertua dalam rekod, Big Bertha, mati pada usir 48 tahun pada 1993.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sistem pembiakan lembu betina.
Buah zakar lembu kasi.

Ladang ternak sering menggunakan permanian beradas (artificial insemination, AI), sebuah teknik pembiakan dibantu perubatan yang terdiri daripada pemendapan semen beradas dalam salur genital betina.[10] Ia digunakan dalam kes-kes yang mana spermatozoa sukar tercapai tiub Fallopio ataupun sekadar atas kehendak empunya lembu. Ia terdiri daripada pemindahan spermatozoa yang dikumpul dan diproses terdahulu ke dalam rongga uterus, dengan pemilihan spermatozoa yang lebih normal dan mobil dari segi morfologi.

Ambing lembu mengandungi dua pasang kelenjar mama (atau puting), maka ada empat "suku".[11] Yang hadapan dipanggil fore quarters (sukuan depan) dan yang belakang pula rear quarters (sukuan belakang).[12]

Lembu jantan mulai subur pada kira-kira umur tujuh bulan. Kesuburannya berkait rapat dengan saiz testikelnya, dan satu ujian kesuburan yang mudah ialah mengukur lilitan skrotum: lembu jantan muda lebih berkemungkinan subur apabila skrotum mencapai ukuran 28 sentimeter (11 in); skrotum lembu jantan dewasa sepenuhnya pula 40 sentimeter (16 in).[13][14]

Lembu jantan mempunyai zakar yang fibroelastik. Dengan jumlah tisu erektil yang kecil, zakar membesar sedikit selepas ereksi. Zakarnya agak tegar apabila tidak tegak, tetapi lebih tegar selepas ereksi. Sembulan tidak banyak dipengaruhi oleh ereksi, tetapi lebih daripada pengenduran otot zakar penyentut (penis retractor muscle) dan penegakan fleksur sigmoid.[15][16][17]

Pengovuman teraruh boleh dimanipulasi untuk menghasilkan manfaat penternakan, contohnya, untuk menyegerakkan pengovuman lembu untuk memanfaatkan penternakan tenusu.

Berat[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia lembu jantan terberat ialah 1,740 kg (3,840 lb), seekor Chianina bernama Donetto, apabila dipamerkan di pertunjukkan Arezzo pada 1955.[18] Lembu kasi paling berat pula ‘Old Ben’, seekor Shorthorn/Hereford berumur 8 tahun yang berberat 2,140 kg (4,720 lb) pada 1910.[19]

Berat lembu dewasa berbagai-bagai mengikut baka. Yang kecil-kecil seperti baka Dexter dan Jersey antara 272 hingga 454 kg (600 hingga 1,000 lb). Baka Kebenuaan besar-besar seperti Charolais, Marchigiana, Belgian Blue dan Chianina, berjulat antara 635 hingga 1,134 kg (1,400 hingga 2,500 lb). Baka-baka British seperti Hereford, Angus, dan Shorthorn, mencapai kematangan antara 454 hingga 907 kg (1,000 hingga 2,000 lb), kadangkala lebih tinggi, khususnya pada Angus dan Hereford.[20]

Sukar mengitlakkan atau memuratakan berat semua lembu kerana lain baka lainlah purata beratnya. Bagaimanapun, menurut sesetengah sumber, purata berat semua lembu ialah 753 kg (1,660 lb). Lembu kasi peringkat penamatan di fidlot puratanya 640 kg (1,410 lb); lembu betina sekitar 725 kg (1,600 lb), dan lembu jantan pula 1,090 kg (2,400 lb).[21]

Di Amerika Syarikat, purata berat lembu daging meningkat mendadak, terutamanya sejak 1970-an, memerlukan pembinaan tempat penyembelihan baru yang mampu menampung karkas yang lebih besar. Kilang-kilang pembungkusan baharu pada 1980-an menggambarkan peningkatan besar dalam berat lembu.[22] Sebelum 1790 purata berat bersih lembu daging hanya 160 kg (350 lb); dan semenjak itu naik mendadak.[23][24]

Pancaindera[sunting | sunting sumber]

Lembu menggunakan kelima-lima modaliti deria yang diketahui. Ini boleh membantu dalam mengkaji corak kelakuan kompleks, contohnya ketika meragut. Lembu makan berbagai-bagai, tetapi jika diberi peluang, menunjukkan mereka gemar makan klover (70%) daripada rumput (30%). Kecenderungan ini ada corak diurnal yang memberati klover pada waktu pagi, kemudian pengambilan rumput meningkat pada waktu petang.[25]

Penglihatan[sunting | sunting sumber]

Lembu mengutamakan deria lihat dengan mendapatkan 50% maklumat secara visual. [26]

Lembu sebagai haiwan mangsa mempunyai mata yang terletak di sisi (buka hadapan) kepala untuk mengesan musuh. Oleh itu medan penglihatannya selebar 330° tetapi penglihatan binokular (dan oleh itu stereopsisnya) terhad kepada 30° hingga 50° berbanding manusia pada 140°.[27][28] Ini bermakna ada titik buta betul-betul di belakang lembu. Lembu tajam penglihatannya (1/20)[27] tetapi lemah akomodasi visual berbanding manusia.[26]

Lembu mempunyai dua jenis reseptor warna dalam sel kon retina. Oleh itu lembu bersidat dikromatik, seperti mamalia daratan bukan primat yang lain.[29][30] Setiap kon ada dua ke tiga rod dalam fovea centralis tetapi lima ke enam rod berdekatan papila optik.[28] Lembu boleh membezakan warna gelombang panjang (kuning, jingga dan merah) jauh lebih baik daripada warna gelombang pendek (biru, kelabu dan hijau). Anak lembu dapat membezakan jarak gelombang antara panjang (merah) dan pendek (biru) atau sederhana (hijau), tetapi kebolehan terhad untuk membezakan yang pendek dan sederhana. Ia juga cepat menghampiri pengendali haiwan di bawah cahaya merah.[31] Biarpun cukup peka warna, tetapi tidak sebaik manusia mahupun biri-biri.[27]

Salah satu salah sangka umum mengenai lembu (apalagi yang jantan) adalah ia dimarahkan oleh warna merah. Dalam sukan lawan lembu, lembu jantan dirangsang untuk menyerang oleh pergerakan kain merah.[32]

Rasa[sunting | sunting sumber]

Deria rasa lembu cukup maju untuk membezakan empat rasa utama (manis, masin, pahit dan masam). Ia mempunyai kira-kira 20,000 tunas rasa. Kekuatan deria rasa bergantung pada keperluan makanan semasa individu. Lembu menghindari makanan pahit (mungkin beracun) dan gemar makanan manis (nilai kalori tinggi) dan masin (imbangan elektrolit). Kepekaan lembu kepada makanan masam menolong menjaga pH rumen optimum.[26]

Tumbuhan rendah kandungan natrium dan lembu memajukan keupayaan mencari garam dengan deria rasa dan hidu. Jika lembu kekurangan garam natrium, ia menambah pergerakan untuk mencari bahan tersebut. Untuk membantu pencarian, reseptor bau dan rasa yang dapat mengesan jumlah garam natrium yang halus pun meningkatkan kepekaan lembu kerana gendala biokimia berkembang dengan pengurangan garam natrium.[33][34]

Pendengaran[sunting | sunting sumber]

Julat pendengarah lembu dalam 23 Hz hingga 35 kHz. Frekuensi kepekaan terbaik ialah 8 kHz dan nilai ambang terendahnya −21 db (re 20 μN/m−2), iaitu pendengaran lembu lebih tajam daripada kuda (nilai ambang terendah 7 db).[35] Nilai ambang ketajaman penyetempatan bunyi (sound localization acuity) adalah purata 30°. Ertinya, lembu kurang mampu menyetempatkan bunyi berbanding kambing (18°), anjing (8°) dan manusia (0.8°).[36] Oleh sebab mempunyai medan penglihatan fovea yang luas meliputi hampir seluruh garis ufuk, lembu mungkin tidak memerlukan maklumat lokus yang jitu daripada sistem pendengaran untuk menghalakan penglihatan ke arah punca bunyi.

Vokalisasi adalah kaedah komunikasi yang penting bagi lembu yang boleh memberikan maklumat mengenai umur, jantina, darjah penguasaan dan status pembiakan lembu yang berbunyi. Anak lembu dapat mengecam ibunya dengan mendengar suara dengan teliti, malah kelakuan vokal mungkin memainkan peranan dengan menandakan estrus betina dan daya saing jantan.[37]

Hidu[sunting | sunting sumber]

Hubungan sosial antara lembu menggunakan pancaindera.

Lembu mempunyai banyak kelenjar bau di seluruh badan termasuk kelenjar di celah telapuk (interdigital), bawah lubang mata (infraorbital), lipatan paha (inguinal) dan sebum, menunjukkan bahawa pembauan barangkali memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial lembu. Digunakannya sistem pembauan primer yang menggunakan bulba olfaktori, dan sistem pembauan sekunder dengan organ vomeronasal.[38] Sistem pembauan kedua digunakan dalam tindak balas flehmen. Ada bukti bahawa apabila lembu tertekan, lembu lain boleh terkesan kerana ini disampaikan oleh bahan-bahan penggera dalam urin.[39] Bau tahi anjing mengaruhkan perubahan kelakuan sebelum lembu makan, manakala bau urin daripada lembu yang lain, sama ada tertekan atau tidak, tidak meninggalkan kesan.[40]

Dalam makmal, lembu boleh dilatih untuk mengecam individu sama spesies hanya dengan menghidu.[38]

Umumnya, lembu menggunakan deria hidu untuk "meluaskan" maklumat yang dikesan oleh deria lain. Tetapi dalam hal kelakuan sosial dan pembiakan, pembauan dalah sumber maklumat utama.[26]

Sentuhan[sunting | sunting sumber]

Lembu mempunyai deria sentuh yang tertumpu pada mekanoreseptor, termoreseptor dan nosiseptor pada kulit dan mancung. Semua ini sering digunakan apabila lembu menjelajahi persekitarannya.[26]

Magnetoresepsi[sunting | sunting sumber]

Terdapat bukti bercanggahan mengenai magnetorecepsi pada lembu. Satu kajian melaporkan bahawa lembu yang rehat dan meragut cenderung menjajarkan paksi badan ke dalam arah geomagnetik Utara-Selatan.[41] Dalam kajian susulan, lembu yang terdedah pada pelbagai medan magnet betul-betul di bawah atau dalam lingkungan talian elektrik yang mengikut arah aliran pelbagai arah magnet menunjukkan corak jajaran yang tersendiri.[42] Tetapi pada tahun 2011, sekumpulan penyelidik Czech melaporkan kegagalan untuk meniru hasil kajian lampau dengan menggunakan gambar-gambar Google Earth.[43]

Kelakuan[sunting | sunting sumber]

Dalam keadaan semula jadi, anak lembu tinggal bersama ibu sehingga bercerai susu pada umur 8 ke 11 bulan. Anak jantan mahupun betina sama-sama rapat dengan ibu untuk beberapa bulan pertama.[44] Lembu dikira haiwan jenis "penyembunyi" tetapi dalam persekitaran beradas kandang beranak kecil, ibu dan anak menjalin jarak dekat untuk tiga kelahiran pertama tetapi selepas ini anak pula. Ibu kali pertama menunjukkan insidens kelakuan keibuan abnormal yang lebih tinggi.[45]

Video anak lembu menyusu

Anak lembu pedaging yang dibela di lapangan menyusu purata 5.0 kali setiap 24 jam dengan purata jumlah tempoh 46 minit digunakan untuk menyusu. Aktiviti menyusu terdapat ritma harian dengan kemuncak antara 05:00–07:00, 10:00–13:00 dan 17:00–21:00.[46]

Kajian terhadap cerai susu semula jadi zebu (Bos indicus) menunjukkan bahawa betina menceraikan anak dalam tempoh dua minggu, tetapi selepas itu ia terus menujukkan hubungan erat bersama anak dan mengutamakan anak sendiri sebagai teman mengemas bulu dan meragut selama 4–5 tahun sekurang-kurangnya.[47]

Penguasaan dan kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Satu kajian menunjukka bahawa dalam tempoh empat tahun, nyata terdapat hubungan penguasaan yang kukuh dalam sekawan lembu tanah tinggi separa liar. Sedikit sahaja konflik agresif yang ketara dan majoriti pertelingkahan selesai secara kelakuan agonis (kompetitif tetapi tidak agresif) yang langsung tidak melibatkan sentuhan fizikal sesama lawan (cth. menggugat dan berundur secara spontan). Kelakuan agonis sedemikian mengurangkan risiko kecederaan. Status penguasaan bergantung pada umur dan jantina. Yang tua menguasai yang muda, dan jantan menguasai betina. Jantan muda mencapai tahap penguasaan terhadap betina dewasa pada umur sekitar dua tahun.[48]

Seperti mana kebanyakan hierarki penguasaan haiwan, perilaku agresif berkenaan penguasaan tidaklah sejajar dengan tingkat darjat, tetapi lebih berkait rapat dengan jarak darjat antara individu.[48]

Penguasaan dipelihara dengan beberapa cara. Lembu sering berlaga olok-olok untuk menguji kekuatan satu sama lain secara tidak agresif. Lazimnya ahli bawahan menjilat ahli yang lebih berkuasa. Memanjat-manjat adalah kelakuan main-main yang ditunjukkan oleh anak lembu kedua-dua jantina, jantan dewasa dan kadang-kadang betina dalam estrus,[49] tetapi ini bukan kelakuan berkenaan penguasaan yang terdapat pada spesies lain.[48]

Tanduk lembu merupakan "isyarat jujur" yang digunakan dalam pemilihan pasangan mengawan. Lebih-lebih lagi, lembu bertanduk cuba menjauhkan diri daripada satu sama lain dan kurang berinteraksi fizikal daripada lembu tanpa tanduk. Ini membawa kepada hubungan sosial yang lebih stabil.[50]

Pada anak lembu, kekerapan kelakuan agonis berkurangan apabila peruntukan ruang bertambah, tetapi ini tidak berlaku untuk perubahan dalam saiz kumpulan. Bagaimanapun pada lembu dewasa, bilangan pertemuan agonis bertambah apabila saiz kumpulan bertambah.[51]

Kelakuan meragut[sunting | sunting sumber]

Apabila meragut, lembu mempelbagaikan beberapa aspek gigitannya, iaitu pergerakan lidah dan rahang, mengikut ciri-ciri tumbuhan yang dimakan. Keluasan gigitan berkurangan dengan kepadatan tumbuhan tetapi bertambah dengan ketinggian. Keluasan gigitan ditentukan oleh cakupan lidah; dalam satu kajian yang memerhatikan lembu kasi 750-kilogram (1,650 lb), keluasan gigitan mencapai kira-kira 170 cm2 (30 sq in). Kedalaman gigitan meningkat dengan ketinggian tumbuhan. Dengan menyesuaikan kelakuan, lembu mendapat gigitan yang lebih berat di padang rumput yang tinggi dan jarang berbanding padang rumput sama jisim/keluasan yang pendek dan padat.[52] Lembu menyesuaikan aspek-aspek lain kelakuan meragutnya selaras dengan makanan yang ada; halaju mencari makan berkurangan dan kadar pengambilan meningkat di kawasan-kawasan yang kaya dengan bekalan makanan yang sedap.[53]

Lembu mengelak daripada meragut kawasan yang dicemari oleh tinja lembu lain daripada binatang lain seperti biri-biri.[54]

Pembelajinakan dan penternakan[sunting | sunting sumber]

Lembu memainkan peranan unik dalam sejarah manusia, dibela jinak semenjak seawal zaman Neolitik awal.

Data arkeozoologi dan genetik menunjukkan bahawa lembu mula-mula dibela jinak daripada aurochs liar (Bos primigenius) kira-kira 10,500 tahun dahulu. Terdapat dua kawasan utama pembelajinakan: satu di kawasan kini Turki yang menurunkan rumpun taurina, dan satu lagi di kawasan kini Pakistan yang menurunkan rumpun indisina (zebu).[55] Variasi mitokondria DNA moden menunjukkan bahawa salasilah taurina mungkin timbul daripada sekurang-kurangnya 80 ekor aurochs yang dijinakkan kawasan hulu Mesopotamia berdekatan kampung Çayönü Tepesi di tenggara Turki dan Dja'de el-Mughara di utara Iraq.[56]

Biarpun lembu Eropah rata-ratanya keturunan taurina, aliran gen daripada lembu Afrika (keturunan sekerat indisina) menyumbangkan komponen genom yang banyak kepada baka-baka lembu Eropah selatan dan keturunannya di Dunia Baru.[55] Kajian terhadap 134 baka menunjukkan bahawa lembu taurina moden berasal dari Afrika, Asia, Amerika Utara dan Selatan, Australia dan Eropah.[57] Ada penyelidik yang berhujah bahawa lembu taurina Afrika diturunkan dari pembelajinakan berasingan yang ketiga daripada aurochs Afrika Utara.[55]

Sebagai wang[sunting | sunting sumber]

Seawal 9000 SM biji-bijian dan lembu digunakan sebagai duit atau bahan barter (ditemuinya sisa bijian pertama, dianggap bukti amaln pra-pertanian seawal 17,000 SM).[58][59][60] Adanya bukti bahawa haiwan lain seperti unta dan kambing mungkin dijadikan mata wang di sesetengah kawasan dunia.[61] Salah satu kelebihan lembu sebagai mata wang adalah membolehkan penjual menetapkan harga. Misalnya, dua ekor ayam ditukar untuk seekor lembu kerana lembu dikira lebih berharga daripada ayam.[59]

Jenis-jenis lembu[sunting | sunting sumber]

Baka lembu tempatan.

Lembu sus,lembu daging,lembu kampung dan lembu brahman

Baka Lembu Pedaging[sunting | sunting sumber]

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

  • Kedah Kelantan (K-K)
  • Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  • Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
  • Local Indian Dairy (LID)
  • Droughtmaster

Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:

  • Hereford
  • Angus
  • Charolais
  • Shorthorn
  • Simmental

Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

  • Kacukan Komersial dari Australia
  • Kacukan Friesian Sahiwal
  • Droughtmaster
  • Kacukan Pedaging KK
  • Kedah Kelantan
  • Brahman
  • Local Indian Dairy


  • Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Droughtmaster

Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Kacukan Pedaging K-K

Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bollongino, R.; Burger, J.; Powell, A.; Mashkour, M.; Vigne, J.-D.; Thomas, M. G. (2012). "Modern taurine cattle descended from small number of Near-Eastern founders". Molecular Biology and Evolution. 29 (9): 2101–2104. PMID 22422765. doi:10.1093/molbev/mss092.  Op. cit. in Wilkins, Alasdair (28 Mar 2012). "DNA reveals that cows were almost impossible to domesticate". io9. Dicapai pada 2 Apr 2012. 
  2. ^ "Counting Chickens". The Economist. 27 July 2011. Dicapai pada 6 July 2016. 
  3. ^ Brown, David (23 April 2009). "Scientists Unravel Genome of the Cow". The Washington Post. Dicapai pada 23 April 2009. 
  4. ^ Templat:MSW3
  5. ^ "Bos taurus". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 9 May 2015. 
  6. ^ "Yattle What?", Washington Post, 11 August 2007
  7. ^ Groves, C. P., 1981. Systematic relationships in the Bovini (Artiodactyla, Bovidae). Zeitschrift für Zoologische Systematik und Evolutionsforschung, 4:264–278., quoted in Grubb, P. (2005). "Genus Bison". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 637–722. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494. 
  8. ^ Takeda, Kumiko; et al. (April 2004). "Mitochondrial DNA analysis of Nepalese domestic dwarf cattle Lulu". Animal Science Journal. Blackwell Publishing. 75 (2): 103–110. doi:10.1111/j.1740-0929.2004.00163.x. Dicapai pada 7 November 2006. 
  9. ^ Van Vuure, C.T. 2003. De Oeros – Het spoor terug (in Dutch), Cis van Vuure, Wageningen University and Research Centrum: quoted by The Extinction Website: Bos primigenius primigenius. Diarkibkan 20 April 2009 di Wayback Machine.
  10. ^ FERREIRA, A. B. H. Novo Dicionário da Língua Portuguesa. 2ª edição. Rio de Janeiro. Nova Fronteira. 1986. p. 950.
  11. ^ Hasheider, Phillip. The Family Cow Handbook. ISBN 0-7603-4067-6. 
  12. ^ "Udder Structure & Disease" (PDF). UVM. 6 May 2015. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 18 May 2015. 
  13. ^ "G Jayawardhana (2006), Testicle Size – A Fertility Indicator in Bulls, Australian Government Agnote K44." (PDF). Diarkibkan daripada original (PDF) pada 16 November 2012. Dicapai pada 6 August 2012. 
  14. ^ "A P Carter, P D P Wood and Penelope A Wright (1980), Association between scrotal circumference, live weight and sperm output in cattle, Journal of Reproductive Fertility, 59, pp 447–451." (PDF). Dicapai pada 6 August 2012. 
  15. ^ Sarkar, A. (2003). Sexual Behaviour In Animals. Discovery Publishing House. ISBN 978-81-7141-746-9. 
  16. ^ Functional Anatomy and Physiology of Domestic Animals – William O. Reece – Google Boeken. Books.google.com. 4 March 2009. ISBN 978-0-8138-1451-3. Dicapai pada 2 December 2012. 
  17. ^ Modern Livestock and Poultry Production – James R. Gillespie, Frank B. Flanders – Google Boeken. Books.google.com. 28 January 2009. ISBN 1-4283-1808-9. Dicapai pada 2 December 2012. 
  18. ^ Friend, John B., Cattle of the World, Blandford Press, Dorset, 1978
  19. ^ McWhirter, Norris & Ross, Guinness Book of Records, Redwood Press, Trowbridge, 1968
  20. ^ "Hereford cattle weight". 
  21. ^ "FAO Cattle Weights". FAO. Dicapai pada 2015-05-05. 
  22. ^ Kenneth H. Mathews – 1999 – U.S. Beef Industry: Cattle Cycles, Price Spreads, and Packer concentration. Page 6
  23. ^ American Economic Growth and Standards of Living before the Civil War, Robert E. Gallman, John Joseph Wallis – 2007 p248
  24. ^ "Cattle increasing in size". Beef Magazine. Dicapai pada 2015-05-05. 
  25. ^ Rutter, S.M. (2006). "Diet preference for grass and legumes in free-ranging domestic sheep and cattle: current theory and future application.". Applied Animal Behaviour Science. 97 (1): 17–35. doi:10.1016/j.applanim.2005.11.016. 
  26. ^ a b c d e Adamczyk, K.; Górecka-Bruzda, A.; Nowicki, J.; Gumułka, M.; Molik, E.; Schwarz, T.; Klocek, C. (2015). "Perception of environment in farm animals – A review.". Annals of Animal Science. doi:10.1515/aoas-2015-003. 
  27. ^ a b c Coulon, M.; Baudoin, C.; Heyman, Y.; Deputte, B.L. (2011). "Cattle discriminate between familiar and unfamiliar conspecifics by using only head visual cues". Animal Cognition. 14 (2): 279–290. doi:10.1007/s10071-010-0361-6. 
  28. ^ a b Phillips, C. (2008). Cattle Behaviour and Welfare. John Wiley and Sons. 
  29. ^ Jacobs, G.H.; Deegan, J.F.; Neitz, J. (1998). "Photopigment basis for dichromatic color vision in cows, goats and sheep.". Vis. Neurosci. 15: 581–584. doi:10.1017/s0952523898153154. 
  30. ^ Phillips, C.J.C.; Lomas, C.A. (2001). "Perception of color by cattle and its influence on behavior". Journal of Dairy Science. 84: 807–813. doi:10.3168/jds.s0022-0302(01)74537-7. 
  31. ^ Phillips, C.J.C.; Lomas, C.A. (2001). "The perception of color by cattle and its influence on behavior". Journal of Dairy Science. 84 (4): 807–813. doi:10.3168/jds.S0022-0302(01)74537-7. 
  32. ^ "Why Do Bulls Charge When they See Red?". 
  33. ^ Bell, F.R.; Sly, J. (1983). "The olfactory detection of sodium and lithium salts by sodium deficient cattle.". Physiology and Behavior. 31 (3): 307–312. doi:10.1016/0031-9384(83)90193-2. 
  34. ^ Bell, F. R. (1984). "Aspects of ingestive behavior in cattle". Journal of Animal Science. 59 (5): 1369–1372. 
  35. ^ Heffner, R.S.; Heffner, H.E. (1983). "Hearing in large mammals: Horses (Equus caballus) and cattle (Bos taurus)". Behavioral Neuroscience. 97 (2): 299–309. doi:10.1037/0735-7044.97.2.299. 
  36. ^ Heffner, R.S.; Heffner, H.E. (1992). "Hearing in large mammals: sound-localization acuity in cattle (Bos taurus) and goats (Capra hircus)". Journal of Comparative Psychology. 106 (2): 107–113. doi:10.1037/0735-7036.106.2.107. 
  37. ^ Watts, J.M.; Stookey, J.M. (2000). "Vocal behaviour in cattle: the animal's commentary on its biological processes and welfare". Applied Animal Behaviour Science. 67 (1): 15–33. doi:10.1016/S0168-1591(99)00108-2. 
  38. ^ a b Bouissou, M.F.; Boissy, A.; Le Niendre, P.; Vessier, I. (2001). "The Social Behaviour of Cattle 5.". Dalam Keeling, L.; Gonyou, H. Social Behavior in Farm Animals. CABI Publishing. m/s. 113–133. 
  39. ^ Boissy, A.; Terlouw, C.; Le Neindre, P. (1998). "Presence of cues from stressed conspecifics increases reactivity to aversive events in cattle: evidence for the existence of alarm substances in urine". Physiology and Behavior. 63 (4): 489–495. doi:10.1016/s0031-9384(97)00466-6. 
  40. ^ Terlouw, E.C.; Boissy, A.; Blinet, P. (1998). "Behavioural responses of cattle to the odours of blood and urine from conspecifics and to the odour of faeces from carnivores.". Applied Animal Behaviour Science. 57 (1): 9–21. doi:10.1016/s0168-1591(97)00122-6. 
  41. ^ Begall, S.; Cerveny, J.; Neef, J.; Vojtech, O.; Burda, H. (2008). "Magnetic alignment in grazing and resting cattle and deer". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 105: 13451–13455. Bibcode:2008PNAS..10513451B. doi:10.1073/pnas.0803650105. 
  42. ^ Burda, H.; Begalla, S.; Červený, J.; Neefa, J.; Němecd, P. (2009). "Extremely low-frequency electromagnetic fields disrupt magnetic alignment of ruminants". Proc. Natl. Acad. Sci. USA. 106: 5708–5713. PMC 2667019Boleh diakses secara bebas. PMID 19299504. doi:10.1073/pnas.0811194106. 
  43. ^ Hert, J; Jelinek, L; Pekarek, L; Pavlicek, A (2011). "No alignment of cattle along geomagnetic field lines found". Journal of Comparative Physiology. 197 (6): 677–682. doi:10.1007/s00359-011-0628-7. 
  44. ^ Johnsen, J.F.; Ellingsen, K.; Grøndahl, A.M.; Bøe, K.E.; Lidfors, L.; Mejdell, C.M. (2015). "The effect of physical contact between dairy cows and calves during separation on their post-separation behavioural" (PDF). Applied Animal Behaviour Science. 166: 11–19. doi:10.1016/j.applanim.2015.03.002. 
  45. ^ Edwards, S.A.; Broom, D.M. (1982). "Behavioural interactions of dairy cows with their newborn calves and the effects of parity". Animal Behaviour. 30 (2): 525–535. doi:10.1016/s0003-3472(82)80065-1. 
  46. ^ Odde, K. G.; Kiracofe, G.H.; Schalles, R.R. (1985). "Suckling behavior in range beef calves". Journal of Animal Science. 61 (2): 307–309. doi:10.2134/jas1985.612307x. 
  47. ^ Reinhardt, V.; Reinhardt, A. (1981). Cohesive relationships in a cattle herd (Bos indicus). Behaviour. 77. m/s. 121–150. doi:10.1163/156853981X00194. 
  48. ^ a b c Reinhardt, C.; Reinhardt, A.; Reinhardt, V. (1986). "Social behaviour and reproductive performance in semi-wild Scottish Highland cattle". Applied Animal Behaviour Science. 15 (2): 125–136. doi:10.1016/0168-1591(86)90058-4. 
  49. ^ "Signs of Heat (Heat Detection and Timing of Insemination for Cattle)". Heat Detection and Timing of Insemination for Cattle (Penn State Extension). 
  50. ^ Knierim, U.; Irrgang, N.; Roth, B.A. (2015). "To be or not to be horned–consequences in cattle". Livestock Science. 179: 29–37. doi:10.1016/j.livsci.2015.05.014. 
  51. ^ Kondo, S.; Sekine, J.; Okubo, M.; Asahida, Y. (1989). "The effect of group size and space allowance on the agonistic and spacing behavior of cattle.". Applied Animal Behaviour Science. 24 (2): 127–135. doi:10.1016/0168-1591(89)90040-3. 
  52. ^ Laca, E.A.; Ungar, E.D.; Seligman, N.; Demment, M.W. (1992). "Effects of sward height and bulk density on bite dimensions of cattle grazing homogeneous swards". Grass and Forage Science. 47 (1): 91–102. doi:10.1111/j.1365-2494.1992.tb02251.x. 
  53. ^ Bailey, D.W.; Gross, J.E.; Laca, E.A.; Rittenhouse, L.R.; Coughenour, M.B.; Swift, D.M.; Sims, P.L. (1996). "Mechanisms that result in large herbivore grazing distribution patterns". Journal of Range Management. 49 (5): 386–400. doi:10.2307/4002919. 
  54. ^ Forbes, T.D.A.; Hodgson, J. (1985). "The reaction of grazing sheep and cattle to the presence of dung from the same or the other species". Grass and Forage Science. 40 (2): 177–182. doi:10.1111/j.1365-2494.1985.tb01735.x. 
  55. ^ a b c McTavish, E.J.; Decker, J.E.; Schnabel, R.D.; Taylor, J.F.; Hillis, D.M.year=2013. "New World cattle show ancestry from multiple independent domestication events.". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 110: E1398–406. PMC 3625352Boleh diakses secara bebas. PMID 23530234. doi:10.1073/pnas.1303367110. 
  56. ^ Bollongino, R.; Burger, J.; Powell, A.; Mashkour, M.; Vigne, J.-D.; Thomas, M. G. (2012). "Modern taurine cattle descended from small number of Near-Eastern founders". Molecular Biology and Evolution. 29 (9): 2101–2104. PMID 22422765. doi:10.1093/molbev/mss092.  Op. cit. in Wilkins, Alasdair (28 Mar 2012). "DNA reveals that cows were almost impossible to domesticate". io9. Dicapai pada 2 Apr 2012. 
  57. ^ Decker, J.E.; McKay, S.D.; Rolf, M.M.; Kim, J.; Molina Alcalá, A.; Sonstegard, T.S.; et al. (2014). "Worldwide patterns of ancestry, divergence, and admixture in domesticated cattle.". PLoS Genet. 10 (3): e1004254. PMC 3967955Boleh diakses secara bebas. PMID 24675901. doi:10.1371/journal.pgen.1004254. 
  58. ^ G A SlaferBarley Science: Recent Advances from Molecular Biology to Agronomy of Yield and Quality p.1 Routledge, 12 March 2002 ISBN 1-56022-910-1 Retrieved 2012-06-17
  59. ^ a b G Davies, J H Bank – A history of money: from ancient times to the present day University of Wales Press, 2002 – Retrieved 2012-05-17
  60. ^ J Huerta de Soto – 1998 (translated by M.A.Stroup 2012). Money, Bank Credit, and Economic Cycles. Ludwig von Mises Institute. ISBN 1-61016-189-0. Dicapai pada 2012-06-15. 
  61. ^ "A History of Money". Dicapai pada 19 May 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]