Animatronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Animatronik ialah penggunaan mekatronik untuk membuat mesin-mesn yang seakan-akan "hidup" daripada robotik. Antara contoh-contoh penggunaan animatronik merupakan replika haiwan (termasuk dinosaur), tumbuhan dan juga makhluk ghaib. Robot yang direka sebagai tiruan manusia yang meyakinkan dikenali sebagai android.

Animatronik digunakan terutamanya dalam perfileman, bahkan juga di taman tema dan bentuk hiburan yang lain. Kelebihan utamanya berbanding CGI dan gerak henti adalah makhluk yang disimulasikan itu wujud secara fizikal dan bergerak di hadapan kamera dalam masa nyata. Teknologi di sebalik animatronik semakin maju dan canggih selama ini, membuat boneka itu menjadi lebih realistik dan seakan-akan hidup.

Animatronik digunakan dalam situasi yang mana makhluk itu tak wujud; aksi terlalu berisiko atau mahal untuk menggunakan pelakon atau haiwan sebenar; atau aksi tidak dapat dilaksanakan dengan manusia atau haiwan yang hidup. Sistem animatronik boleh dilaksanakan dengan menggunakan kawalan komputer dan kawalan manusia, termasuk teleoperasi.