Plaster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kesan plaster pada runtuhan di Pompeii (79 TM)

Plaster ialah suatu bahan binaan yang digunakan sebagai lapisan untuk tujuan perlindungan atau hiasan dinding dan siling serta untuk membentuk dan mengukir hiasan tersebut.[1]

Jenis-jenis plaster biasa mengandungi sama ada gipsum, batu kapur atau simen,[2] namun kesemua jenis berfungsi dengan cara yang sama. Bahan ini dihasilkan dalam bentuk serbuk kering dan dicampur dengan air untuk membentuk suatu pes yang pekat tapi mulur sebaik sebelum ia ditempelkan kepada permukaan - tindak balas serbuk plaster dengan air membebaskan haba melalui suatu tindakan penghabluran yang kemudiannya mengeraskan plaster tersebut. Ia dapat dikerjakan dengan mudahnya baik menggunakan alat logam mahupun juga kertas pasir. Ia bukanlah bahan yang kuat, maka bahan penyokong yang tersembunyi mungkin diperlukan untuk ukiran hiasan yang menggunakan bahan mentha yang agak banyak.

Plaster jenis tertentu turut digunakan untuk tujuan perubatan, terutamanya bagi menyokong tulang-tulang kaki dan tangan yang patah sebelum ia diikat sehingga tempoh yang tertentu agar dapat pulih sepenuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Plaster. In: Weyer, Angela; Roig Picazo, Pilar; Pop, Daniel; Cassar, JoAnn; Özköse, Aysun; Vallet, Jean-Marc; Srša, Ivan, para penyunting (2015). EwaGlos. European Illustrated Glossary Of Conservation Terms For Wall Paintings And Architectural Surfaces. English Definitions with translations into Bulgarian, Croatian, French, German, Hungarian, Italian, Polish, Romanian, Spanish and Turkish. Petersberg: Michael Imhof. m/s. 50. 
  2. ^ Franz Wirsching "Calcium Sulfate" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2012 Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a04_555