Pergi ke kandungan

Anjing Xiasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Xiasi
Nama lainAnjing Xiasi Guizhou, anjing naga putih
Negara asalChina
Trait
Berat Jantan 16–20 kg (35–44 lb)
Betina 14–18 kg (31–40 lb)
Tinggi Jantan 46–50 cm (18–20 in)
Betina 45–47 cm (18–19 in)
Bulu Dawai
Warna Putih, krim
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Xiasi[a][1] ialah satu baka tugou yang dinamai sempena kampung Xiasi, Provinsi Guizhou di China. Di sana, ia telah diternak oleh orang Miao selama beribu-ribu tahun.[2][3] Anjing Xiasi, yang dibiakbakakan dalam sejarah sebagai anjing pemburu dan anjing pengawas, dihargai kini kerana membawa kekayaan kepada keluarga.[1][3] Kini, baka ini terancam genting dengan kepelbagaian genetik rendah dan anggaran hanya 270 ekor anjing Xiasi baka tulen yang tinggal.[2][4] Anjing Xiasi kini diterima dalam kebanyakan pertunjukan anjing China.

Menurut folklor China, anjing Xiasi pada asalnya dipanggil anjing Naga Putih (白龙犬, bái lóng quǎn). Semasa pemerintahan Maharaja Qianlong, seorang gabenor dihadiahi seekor anjing ini semasa kunjungan ke Xiasi, Guizhou. Sekembalinya ke ibu kota, si gabenor membawa anjing dalam pemburuan babi hutan dengan Maharaja Qianlong. Maharaja begitu kagum dengan kebolehan anjing itu dalam penangkapan babi hutan tercedera, sehingga baginda bertanya kepada gabenor, "Anjing jenis apakah ini? Ia begitu pantas." Gabenor tidak mahu berkata bahawa ia merupakan anjing Naga Putih kerana Maharaja sering menggelar diri sebagai "Maharaja Naga Sejati", maka dia menjawab, "Ini ialah anjing Xiasi."[5]

Anjing Xiasi telah dibiakbakakan selama berabad-abad di Xiasi dan di sekeliling Xiasi dan di bandar bersebelahan di Provinsi Guizhou.[3][5] Anjing Xiasi, yang terutamanya dikembangkan oleh orang Miao, dikembangkan untuk menjadi anjing pemburu berdaya tahan yang mampu menghadap buruan berbahaya yang terdapat di hutan tebal, di gunung tinggi, dan di jalan berbahaya di rantau itu.[5] Walaupun cukup terkenal di rantau itu, populasi baka ini merosot semasa abad ke-20 dan tinjauan tahun 1999 mendapati hanya 271 ekor anjing baka tulen.[5] Sejak itu, usaha pemuliharaan telah dijalankan untuk memelihara baka ini, yang pertama oleh Biro Penternakan Haiwan Provinsi Guizhou dan kemudian oleh Projek Perkembangan dan Penggunaan Baka Anjing Xiasi.[5]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Anjing Xiasi di China selatan

Anjing Xiasi bersaiz sederhana, berwarna putih atau krim dengan bulu dawai dan hidung merah jambu pucat.[2] Bulunya tebal dan keras, kerap menegak sendiri.[5] Bulu terdapat dengan tiga ukuran panjang: pendek, sederhana, dan panjang. Kepalanya patut bersaiz berpatutan dengan telinga mencucuk, hidung merah jambu, dan mulut persegi. Dadanya dalam dan bulat, dengan tungkai kuat, kaki teguh, dan ekor yang kekal menegak.[3][6][5][7] Jantan adalah setinggi 46–50 sentimeter (18–20 in) pada paras bahu, betina pula setinggi 46–47 sentimeter (18–19 in). Berat yang diingini untuk jantan ialah 16–20 kilogram (35–44 lb) dan untuk betina ialah 14–18 kilogram (31–40 lb).[5]

Anjing Xiasi terkenal kerana kepantasan dan daya ketahanannya serta patut mempunyai struktur padat dengan pergerakan pantas dan tangkas dan kuasa meletup.[5][7] Anjing ini ialah pemburu cemerlang, setia dan patuh kepada manusianya, dan ramah dengan orang asing.[5]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Pengujian genetik menunjukkan bahawa baka ini mempunyai kepelbagaian genetik rendah dan mungkin paling berkait rapat dengan mastif Tibet.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ شياسي; Cina: 下司犬; pinyin: Xiàsī quǎn; bahasa Inggeris: Xiasi dog
  1. ^ a b Crapon de Caprona, Marie-Dominique; Savolainen, Carl Peter Olavi (11 September 2012). Eirín López, José María; Glöckner, Gernot; Hale, M. L.; Trueman, J. (penyunting). "Extensive Phenotypic Diversity among South Chinese Dogs" [Kepelbagaian Fenotip Ekstensif dalam Kalangan Anjing China Selatan]. International Scholarly Research Notices (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 2013. doi:10.5402/2013/621836. ISSN 2356-7872. S2CID 56914841. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c "Chinese dogs: an overview" [Anjing China: gambaran keseluruhan] (dalam bahasa Inggeris). Week in China. 15 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2022. Dicapai pada 24 Mei 2025.
  3. ^ a b c d Ma, Dajun; Wei, Haijun; Cao, Jinhe; Xun, Xinguo (2 Ogos 2011). "贵州下司犬" [Anjing Xiasi Guizhou]. 中国工作犬业 (dalam bahasa Cina). 中国工作犬业杂志社. 2011 (4): 44–45. doi:10.3969/j.issn.1673-0135.2011.04.022. ISSN 1673-0135.
  4. ^ a b Zhang, Jiawei; Ran, Xueqin; Wang, Jiafu (3 Jun 2009). "下司犬线粒体DNA的遗传多样性研究 = Genetic Diversity of Mitochondrial DNA Sequences in Xiasi Dog" [Penyelidikan Kepelbagaian Genetik DNA Mitokondrion Anjing Xiasi = Kepelbagaian Genetik Jujukan DNA Mitokondrion pada Anjing Xiasi]. 山地农业生物学报 (dalam bahasa Cina). 山地農業生物學報編輯部. 28 (2): 151–156. doi:10.3969/j.issn.1008-0457.2009.02.012. ISSN 1008-0457. S2CID 87743450.
  5. ^ a b c d e f g h i j "中国本土犬系列介绍—— 贵州下司犬" [Pengenalan Siri Anjing Asli China: Anjing Xiasi Guizhou] (dalam bahasa Cina). Persatuan Pengurusan Anjing Pekerja China. 29 September 2020. Dicapai pada 24 Mei 2025.
  6. ^ "贵州下司犬" [Anjing Xiasi Guizhou] (dalam bahasa Cina). Universiti Guizhou. Dicapai pada 24 Mei 2025.
  7. ^ a b "Chinese Dog Breeds – Top List, Origins, Specificities & Prices" [Baka Anjing China – Senarai Teratas, Asal Usul, Kekhususan, dan Harga] (dalam bahasa Inggeris). Breeding Business. 1 Januari 2020. Dicapai pada 24 Mei 2025.