Pergi ke kandungan

Anjing Kunming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Kunming
Nama lainAnjing Kunming China
Anjing serigala Kunming
Anjing serigala Kunming China
Negara asalChina
Trait
Berat 57–93 lb (26–42 kg)
Jantan 62–93 lb (28–42 kg)
Betina 57–79 lb (26–36 kg)
Tinggi 24–30 in (60–75 cm)
Jantan 24–30 in (60–75 cm)
Betina 24–26 in (60–65 cm)
Bulu Lapis bulu ganda
Warna kelabu perak, kuning rumput, dll.
Saiz perinduk 5–10 ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Kunming,[a] anjing Kunming China, anjing serigala Kunming, atau anjing serigala Kunming China ialah satu baka anjing serigala pekerja yang dikembangkan di Kunming, China, pada tahun 1950-an daripada anjing Alsace yang dihibridkan dengan anjing tempatan; juga hibrid anjing–serigala. Ia diiktiraf sebagai baka pada tahun 2007. Ia kerap digunakan oleh pihak polis dan pihak tentera di negara asalnya dan telah dieksport ke pelbagai negara lain.[1] Ia merupakan satu-satunya baka anjing pekerja yang dikembangkan di China dengan pengiktirafan antarabangsa. Anjing Kunming juga digunakan untuk melaksanakan banyak tugas. Ini termasuk penemuan bau yang dikeluarkan oleh narkotik dan bahan letupan, pendedahan mayat manusia, dan penyelamatan orang, tetapi tidak terbatas kepada yang tersebut.[2]

Asal usul dan genetik baka

[sunting | sunting sumber]

Anjing Kunming China, anjing gembala Jerman, dan malinois Belgium merupakan baka Canis lupus familiaris, yang tergolong dalam keluarga Canidae dalam order Carnivora, yang tertabur di seluruh dunia.[3] Sebuah kajian tingkah laku tahun 2021 selanjutnya memeriksa keleluhuran baka ini dan mendapati bahawa stereotaip tingkah laku bagi anjing Kunming adalah lebih tekal dengan asal usul daripada silangan antara anjing kampung asli Kunming dengan anjing gembala Jerman berbanding dengan asal usul daripada anjing gembala Jerman timur.[1]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Baka ini mempunyai dua populasi warna lapis bulu beriktiraf: anjing daripada populasi Hitam Serigala (Wolf Black, WB) memaparkan warna hitam dan kuning yang tersebar di seluruh tubuh, sementara anjing daripada populasi Hitam Belakang (Back Black, BB) mempunyai belakang hitam dengan warna kuning pada abdomen dan anggota badan.[4] Anjing Kunming jantan biasanya berketinggian 60–75 cm (24–30 in) dan anjing Kunming betina pula berketinggian purata 60–65 cm (24–26 in), yang menjadikannya lebih kecil.[2]

Peranan kerja

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian tahun 2024 memerihalkan anjing Kunming China sebagai baka pekerja yang digunakan secara meluas oleh pihak tentera, pihak kastam, dan pihak polis di China.[5] Baka ini digunakan secara meluas oleh pihak berkuasa keselamatan awam, perkhidmatan kastam, perkhidmatan bomba, dan pihak tentera China, dengan melaksanakan peranan termasuk penjejakan, pengesanan, perlindungan keselamatan, dan operasi penyelamatan.[6] Pihak berkuasa keselamatan kebangsaan China sedang menggesa pihak polis di serata negara untuk mengutamakan penggunaan baka anjing ternakan negeri berbanding dengan anjing gembala Jerman, rottweiler, malinois, dan springerspaniel, semakin Beijing terus mengusahakan kebergantungan diri.[7]

Pada tahun 1950-an, pihak polis Yunnan di China memilih 20 ekor anjing serigala tempatan dari bandar raya Kunming di penara beraltitud tinggi untuk pembiakbakaan dan pelatihan. Anjing-anjing ini, dengan lapis bulu yang berwarna "hitam serigala" dan "kuning jerami", dan sesetengah dengan belakang hitam, menjadi asal usul bagi tiga strain utama anjing Kunming.[8] Sepanjang dekad-dekad berikutnya, Pangkalan Anjing Polis Kunming mengetuai program pembiakbakaan sistematik, dengan menggunakan pusingan berturut-turut pemilihan kumpulan dan kaedah saintifik lain untuk mengasaskan baka pekerja stabil dan boleh dipercayai.[6]

Pada tahun 1988, baka ini lulus dalam pengesahan peringkat kementerian dan secara rasmi dinamai "anjing Kunming", lalu menandakan pengiktirafan rasminya dalam sistem kepolisan China.[6]

Pada tahun 2007, anjing Kunming disertakan dalam Senarai Pengawasan Sedunia untuk Kepelbagaian Haiwan Bela Jinak Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lalu menjadikannya baka anjing polis pertama di China, dan setakat ini satu-satunya baka anjing polis, yang menerima pengiktirafan antarabangsa untuk hak harta intelek bebas.[9]

Program pengklonan

[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Kunming betina yang bernama Kunxun dilahirkan pada 19 Disember 2018 di Beijing, setelah diklon daripada seekor anjing polis berusia tujuh tahun berkhidmat yang bernama Huahuangma, yang ditempatkan di bandar raya Pu'er, Yunnan, yang telah membantu detektif dalam berpuluh-puluh siasatan pembunuhan dan telah dianugerahi pujian merit peringkat pertama pada tahun 2016.[10] Pengklonan itu dijalankan oleh Beijing Sinogene Biotechnology Co. Ltd, dalam usaha sama dengan Universiti Pertanian Yunnan dan Pangkalan Anjing Polis Kunming, di bawah program penyelidikan yang diasaskan oleh Kementerian Keselamatan Awam.[11] Juruteknik memperoleh sampel kulit daripada Huahuangma, mencipta embrio klon, dan menanamkannya di dalam seekor beagle ibu ganti; Kunxun dilahirkan melalui pembedahan caesar, dengan berat 540 g (19 oz) dan ketinggian 23 cm (9.1 in) pada kelahiran.[11] Kunxun menyelesaikan latihannya dan secara rasmi diterima berkhidmat sebagai anjing polis pada Ogos 2019.[10]

Pelatihan anjing polis Kunming bermerit dapat mengambil masa selama empat hingga lima tahun dan menelan belanja hampir-hampir 500,000 yuan (sekitar US$74,000), tanpa jaminan kejayaan memandangkan terdapat kadar penyingkiran tinggi dalam kalangan calon.[11]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Jawi: انجيڠ کونميڠ; Cina: 昆明犬; pinyin: Kūnmíng quǎn; bahasa Inggeris: Kunming dog
  1. 1 2 Li, Jinxiu; Huang, Qingguo; Wang, Shi-Zhi; Zhou, Qijun; Gao, Xu; Zhang, Yaping; Wang, Guodong (12 Januari 2021). Zhan, Jian-Xu (penyunting). "Behavioral evidence for the origin of Chinese Kunming dog" [Bukti tingkah laku untuk asal usul anjing Kunming China]. Current Zoology (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 67 (4): 469–471. doi:10.1093/cz/zoaa081. ISSN 2396-9814. PMC 8489011 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34616944 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 234243062.
  2. 1 2 Wei, Yunfang; Wan, Jiusheng; Chen, Fangliang; Chen, Chao; Li, Jing; Cheng, Luguang; Mao, Aiguo; Li, Feixiang; Wang, Bin; Huang, Qingguo; Tang, Shusheng; Wei, Hongjiang (27 September 2017). "A retrospective study of female reproductive parameters in the Kunming dog" [Kajian retrospektif tentang parameter pembiakan betina pada anjing Kunming]. Animal Science Journal (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 89 (1): 52–59. doi:10.1111/asj.12914. ISSN 1740-0929. PMID 28960617. S2CID 3457199.
  3. Hu, Qingmei; Cheng, Luguang; Cao, Xueting; Shi, Feng; Ma, Yunjie; Mo, Liling; Li, Junyu; Zhu, Siyi; Liu, Zichao (22 November 2024). "Comparative analysis of gut microbiota of Chinese Kunming dog, German Shepherd dog, and Belgian Malinois dog" [Analisis bandingan bagi mikrobiota tali perut bagi anjing Kunming China, anjing gembala Jerman, dan malinois Belgium]. Journal of Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Korea. 25 (6). doi:10.4142/jvs.24181. ISSN 1976-555X. PMC 11611487 Check |pmc= value (bantuan). PMID 39608779 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 274323123 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  4. Wang, Guodong; Cheng, Luguang; Fan, Ruoxi; Irwin, David Michael; Tang, Shusheng; Peng, Jianguo; Zhang, Yaping (12 Februari 2013). Yao, Yonggang (penyunting). "Signature of Balancing Selection at the MC1R Gene in Kunming Dog Populations" [Tunjuk Tanda Pemilihan Pengimbangan pada Gen MC1R dalam Populasi Anjing Kunming]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (2). Bibcode:2013PLoSO...855469W. doi:10.1371/journal.pone.0055469. ISSN 1932-6203. PMC 3570536. PMID 23424634. S2CID 4048950. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  5. Huang, Qingguo; Zhang, Mingzhi; Zhang, Shao-Jie; Ge, Xue-Zhong; Fu, Jin; Wen, Ting-Gang; Peng, Jianguo; Wang, Guodong; Wang, Shi-Zhi; Wang, Lu (8 Disember 2023). "Genetic study on heritability and novel SNP loci of temperament in Chinese Kunming Dog" [Kajian genetik tentang kebolehwarisan dan lokus-lokus SNP baharu bagi perangai pada anjing Kunming China]. Reproduction and Breeding (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 4 (1): 1–4. doi:10.1016/j.repbre.2023.11.003. ISSN 2667-0712. S2CID 266129052 Check |s2cid= value (bantuan).
  6. 1 2 3 "China Focus: Built for the front line, China's homegrown Kunming dog goes nationwide" [Fokus China: Dibina untuk barisan hadapan, anjing Kunming ternakan negeri China ke seluruh negara] (dalam bahasa Inggeris). Agensi Berita Xinhua. 24 Disember 2025. Dicapai pada 22 Mei 2026.
  7. Chen, Xiuhao; Cash, Joe (19 Disember 2025). Freed, Jamie (penyunting). "From Alsatians to autonomy: China seeks home-grown edge in police dogs" [Daripada alsatian kepada autonomi: China usahakan kelebihan dalam negeri pada anjing polis] (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Dicapai pada 22 Mei 2026.
  8. Yan, Yujie; Li, Yingqing (8 April 2024). "Homegrown police dog bred for success" [Anjing polis ternakan negeri dibiakbakakan untuk kejayaan] (dalam bahasa Inggeris). China Daily. Dicapai pada 22 Mei 2026.
  9. "China seeks edge in police dogs with local 'Kunming'" [China usahakan kelebihan pada anjing polis dengan 'anjing Kunming' tempatan] (dalam bahasa Inggeris). Taipei Times. 20 Disember 2025. Dicapai pada 22 Mei 2026.
  10. 1 2 "Across China: Cloned police dog starts training" [Merentasi China: Anjing polis klon memulakan latihan] (dalam bahasa Inggeris). Xinhuanet. 25 Mac 2019. Dicapai pada 22 Mei 2026.
  11. 1 2 3 Jiang, Wei (19 Mac 2019). "China's first cloned police dog ready for training" [Anjing polis klon pertama China sedia untuk latihan] (dalam bahasa Inggeris). China Daily. Dicapai pada 22 Mei 2026.

Templat:Hibrid mamalia