Anjing berjanggut Terceira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing berjanggut Terceira
Negara asalPortugal
Trait
Berat Jantan 25–30 kilogram (55–66 lb)[1]
Betina 21–26 kilogram (46–57 lb)[1]
Tinggi Jantan 52–58 sentimeter (20–23 in)[1]
Betina 48–54 sentimeter (19–21 in)[1]
Bulu lapis bulu ganda panjang dan beralun
Warna kuning, kelabu, hitam, atau perang kekuning-kuningan dengan tompok-tompok putih pada dada, perut, dan di hujung ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)
Jantan

Anjing berjanggut Terceira[a] ialah satu baka anjing gembala dan anjing pengawal Portugis dari pulau Terceira di Azores, yang sempenanya ia dinamai. Ia diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura dan oleh Direcção-Geral de Veterinária Portugal pada tahun 2004.[2][3] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing berjanggut Terceira diterbitkan daripada pelbagai anjing yang dibawa ke Azores oleh penjajah dan pelawat sejak petempatan kepulauan itu bermula pada abad kelima belas, khususnya daripada yang mempunyai aptitud untuk penggembalaan lembu.[1] Ia digunakan sebagai anjing gembala dan sebagai anjing pengawal.[1]

Ia diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura dan oleh Direcção-Geral de Veterinária Portugal pada tahun 2004, ikutan kerjasama antara Clube Português de Canicultura dengan Direcção Regional de Agricultura Terceira dan Universiti Azores.[2][3]:6 Bancian pada tahun 2005 mendapati 222 ekor anjing ini.[3]:6 Sebuah pertunjukan anjing baka tunggal dianjurkan di Terceira pada Januari 2005, dengan 73 peserta.[3]:6

Terdapat dua buah persatuan baka: Associação Açoreana do Cão Barbado da Ilha Terceira ("Persatuan Anjing Berjanggut Pulau Terceira Azores") di Terra Chã, di município Angra do Heroísmo di Terceira dan Clube Português do Barbado da Terceira ("Kelab Anjing Berjanggut Terceira Portugal") di Portugal tanah besar.[5]:156[6] Setakat tahun 2024, anjing berjanggut Terceira belum diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4] Sebilangan kecil anjing ini berada di Amerika Syarikat. Di sana, sejak tahun 2021, baka ini telah disertakan dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.[5]:156

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing berjanggut Terceira berotot dan berbinaan padu. Ia bersaiz sederhana dengan ketinggian median pada paras kelasa sekitar 55 cm (22 in) dan berat badan median sekitar 25 kg (55 lb); panjang tubuh adalah lebih besar sedikit daripada ketinggian.[1] Lapis bulunya panjang, tebal, dan beralun, dengan lapis bulu bawah tebal; helaian bulunya tebal pada kepala, khususnya di bawah rahang, yang di situ membentuk janggut yang daripadanya nama baka ini diterbitkan. Lapis bulunya mungkin berwarna kuning, kelabu, hitam, perang kekuning-kuningan, atau kelabu serigala dalam sebarang cahaya warna, dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih.[1]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ برجڠݢوت ترسيرا; Portugis: barbado da Terceira; barbado da Ilha Terceira

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h Barbado da Terceira (Portugis). Clube Português de Canicultura. Diarkibkan pada 4 April 2020.
  2. ^ a b Inês Rosado (2 Februari 2016). O Cão do Barrocal Algarvio vai ser a 11ª raça certificada em Portugal (Portugis). Visão. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  3. ^ a b c d Relatório e Contas 2005 (Portugis). Clube Português de Canicultura. Diarkibkan pada 18 Februari 2008.
  4. ^ a b FCI breeds nomenclature (Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  5. ^ a b Dana Simel, Wendy Dreese (Oktober 2022). Barbado da Terceira (Inggeris). Showsight Magazine. 30 (10): 154–158.
  6. ^ Clubes Filiados (Portugis). Clube Português de Canicultura. Diarkibkan pada 2 Disember 2023.