Anjing Serra de Aires (Portugis: cão da Serra de Airescode: pt is deprecated ; FCI no. 93) atau anjing gembala Portugis (bahasa Inggeris: Portuguese sheepdogcode: en is deprecated ) ialah satu bakaanjing bersaiz sederhana daripada jenis anjinggembala, dan merupakan salah satu anjing serantau asli Portugal. Nama aslinya merujuk Serra de Aires, satu banjaran dekat dengan Monforte di rantau Alentejo, kerap dikelirukan dengan "Serra d'Aire" sebanjar bukit atau gunung yang menandakan sempadan di antara Ribatejo dengan Oeste, di utara Sungai Tagus. Baka ini diberi nama gelaran "cão macaco" (anjing monyet, merujuk macaque atau monyet) kerana muka berbulunya dan sikap cergas dan bersemangat.