Annum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Annum ialah sebentuk kata nama Latin annus yang bererti tahun. Annum ialah kata tunggal berkasus akusatif bagi kata nama maskulin deklensi ke-2 declension annus (tunggal nominatif, iaitu bentuk rujukannya), anni (kata tunggal genitif dan kata jamak nominatif), oleh itu bersinonimnya dengan tahun.

Dalam bidang astronomi, istilah annum ditakrifkan bersamaan 365.25 hari (iaitu kepanjangan purata setahun dalam takwim Julius) yang panjangnya 86,400 saat SI sehari.[1] Biarpun tiadanya simbol yang diterima sejagat untuk tahun, NIST SP811[2] dan ISO 80000-3:2006[3] mengesyorkan simbol a (dalam Sistem Unit Antarabangsa, a juga dijadikan simbol untuk unit keluasan "are", tetapi tidak banyak masalahnya asalkan konteksnya difahami).

Kod Seragam Unit Ukuran[4] membezakan simbol-simbol tetapan ISO 1000, ISO 2955 dan ANSI X3.50 [1] Diarkibkan 2010-03-04 di Wayback Machine dengan menggunakan

ar untuk are (unit), dan:
at = a_t = 365.24219 hari untuk tahun tropika min
aj = a_j = 365.25 hari untuk tahun Julius min
ag = a_g = 365.2425 hari untuk tahun Gregory min
a = 1 aj tahun (tanpa penerang khusus)

Pengganda[sunting | sunting sumber]

  • per annum bererti "tahunan". (Kata depan Latin per berbentuk kasus akusatif.)
  • kiloannum, simbol ka, ialah unit masa bersamaan seribu tahun.
  • megannum (sepatutnya megannus, juga ditulis megaannum), simbol Ma, ialah unit masa bersamaan sejuta (106) tahun. Biasanya digunakan dalam bidang sains seperti geologi, paleontologi, dan mekanik samawi untuk mengukur zaman yang amat lama baik lampau mahupun akan datang. Contoh: spesies dinosaur Tyrannosaurus rex hidup kira-kira 65 Ma (65 juta tahun) dahulu. Bagi kegunaan astronomi, tahun yang digunakan ialah tahun Julius yang panjangnya tepat 365.25 hari. Dalam bidang geologi dan palentologi, unit tahunnya tidak begitu jelas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]