Pergi ke kandungan

Anugerah Juara Lagu ke-39

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
Ke-39
Tarikh16 Februari 2025
TempatAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
TajaanSamsung Malaysia
Unifi Mobile
PengacaraNazrudin Rahman
Sissy Imann
Fikry Ibrahim (Karpet Merah)
Malia Baby (Karpet Merah)
PenerbitPrimeworks Studios
Ketua JuriEdry Abdul Halim
Tempoh Tayangan180 minit
Juara Lagu"Hening Rindu"
Nyanyian: Marsha Milan
Muzik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatanna
Sorotan
Persembahan TerbaikAina Abdul ("Puas Sudah")
Vokal TerbaikErnie Zakri ("Aura")

Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2024 yang diadakan pada 16 Februari 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tema bagi Anugerah Juara Lagu kali ini adalah Nada Rasa, yang menekankan kekuatan muzik dalam menyampaikan emosi dan mesej mendalam melalui pelbagai jenis instrumen.[1]

Ini merupakan edisi Juara Lagu pertama yang menampilkan hanya 10 lagu bertanding, setelah kali terakhir jumlah lagu yang dipertandingkan kurang dari 12 lagu ialah pada edisi ke-6 (1991), yang menyaksikan 11 lagu bersaing. Edisi terakhir yang tidak menampilkan 12 lagu adalah pada edisi ke-25 (2010) dengan 14 lagu.

Separuh Akhir Muzik Muzik 39

Senarai Finalis

Berikut adalah senarai finalis yang berentap di AJL39 mengikut turutan persembahan.

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Sengaja" Akim Ahmad (Hang Nadim)
Stacy Anam (Bunga Cantik)
Amir Masdi "Amir Masdi"[2] NOVA Muzik Finalis
2 "Hening Rindu" Ikhwan Fatanna
Wan Saleh
Ikhwan Fatanna Marsha Milan "Ceritera"[3] Universal Music - Alternate Records Juara
3 "Pujaanku" Ali Sariah Ali Sariah
Heidimoru
Kugiran Masdo
Aisyah Aziz
[4] Warner Music Finalis
4 "Terus Bersinar" Mas Dewangga
Jova Devito
Datuk Arisz Ab Rahman
Mas Dewangga
Jova Devito
Hafiz Suip [5] NOVA Muzik
5 "Saksama" Akim & The Majistret Stacy Anam (Bunga Cantik) Akim & The Majistret [6] NOVA Muzik Ketiga
6 "Aura" Ernie Zakri
John Jeeves
Firdaus Rahmat
Ernie Zakri "Aura" [7] Universal Music Vokal Terbaik
7 "Puas Sudah" Aina Abdul "Imaji" [8] Aina Abdul Entertainment Persembahan Terbaik
8 "Diam" Hael Husaini
Iqie Hugh
Hael Husaini "Antonim Pt. I - EP" [9] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
9 "Bukan Lagi Kita" Hael Husaini
Iqie Hugh
Nadeera Zaini [10] Rocketfuel Entertainment - Huge Entertainment House Naib Juara
10 "Risiko" Apipapol Benzooloo
Ghidd Isobahtos
Meerfly
Tuju K-Clique
MK K-Clique
[11] Twntytwo Degree Enterprise Finalis

Keputusan

dagger Menandakan Anugerah Sampingan
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39)
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara Lagu "Hening Rindu" Ikhwan Fatanna
Wan Saleh
Ikhwan Fatanna Marsha Milan RM 100,000 dan trofi
Naib Juara "Bukan Lagi Kita" Hael Husaini
Iqie Hugh
Nadeera Zaini RM 50,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Saksama" Akim & The Majistret Bunga Cantik Akim & The Majistret RM 30,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Puas Sudah" Aina Abdul RM 12,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Aura" Ernie Zakri RM 12,000 dan trofi
Anugerah Pilihan Unifi Mobile "Puas Sudah" Aina Abdul RM 12,000 dan trofi

Jemaah Juri

Trivia

  • Marsha Milan merupakan penyanyi solo pertama dari Sabah yang memenangi Juara Lagu. Sebelum ini, penyanyi dari Sabah yang pernah memenangi Juara Lagu adalah kumpulan Estranged menerusi lagu "Itu Kamu" (2007) dan Noki menerusi lagu "Gila" (2020, bersama Kaka Azraff dan Loca B).
  • Nadeera Zaini mengulangi kejayaan Marsha Milan pada edisi ke-36 apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam percubaan pertama di Juara Lagu dan juga selepas lebih 10 tahun dalam industri muzik Malaysia. Nadeera Zaini juga merupakan alumni Big Stage kedua yang menyertai Juara Lagu selepas Aisha Retno pada edisi lepas menerusi lagu "Sutera" yang turut memenangi tempat kedua.
  • Edisi ini menyaksikan penyertaan ramai bekas juara dan pemenang vokal terbaik. Bekas juara yang menyertai edisi kali ini adalah Hafiz Suip menerusi "Awan Nano" (2011) dan "Bahagiamu Deritaku" (2013), Hael Husaini menerusi lagu "Jampi" (2017) dan "Haram" (2018, bersama Dayang Nurfaizah), Akim & The Majistret menerusi lagu "Potret" (2015) dan Aina Abdul menerusi lagu "Terus Hidup" (2022). Bekas pemenang vokal terbaik pula adalah Hafiz Suip (2010, 2011, 2012, 2019), Ernie Zakri (2017 bersama Syamel, 2020) dan Aina Abdul (2021, 2022, 2023).
  • Setelah pemenang mengikut kategori/genre dimansuhkan, Aina Abdul telah menjadi penyanyi kedua yang memenangi setiap anugerah dan tempat di Juara Lagu selepas Hafiz Suip melakukannya pada edisi ke-31 (2016). Beliau menjadi juara pada edisi ke-37 (2022), naib juara pada edisi ke-35 (2020), tempat ke-3 pada edisi ke-38 (2023), vokal terbaik pada edisi ke-36 hingga ke-38 (2021-2023), dan persembahan terbaik pada edisi ini.
  • Ini adalah kali pertama lagu ciptaan Ezra Kong tidak bertanding di pentas Juara Lagu sejak edisi ke-29 (2014). Beliau juga tidak mempunyai lagu yang mara ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 39.
  • AJL pada kali ini menyaksikan beberapa peserta (sama ada Penyanyi, Komposer mahupun Penulis Lirik) daripada Alumni Akademi Fantasia yang bertanding di AJL39 seperti Amir Masdi (AF2016), Marsha Milan (AF3), Aisyah Aziz (AF2013), Hafiz Suip (AF7), Akim Ahmad (AF7), Hael Husaini (AF2013) & Stacy Anam / Bunga Cantik (AF6).
  • Menurut ketua juri Edry Abdul Halim, markah juara dan naib juara dari segi lagu agak jauh, iaitu sekitar 15%, manakala markah dari segi persembahan agak rapat dan kompetitif. Beliau juga mendedahkan lagu "Puas Sudah" oleh Aina Abdul dan "Sengaja" oleh Amir Masdi berada dalam Top 5. Untuk vokal, Top 4 adalah Ernie Zakri, Nadeera Zaini, Aina Abdul dan Marsha Milan.[12]

Rujukan

  1. ^ Aqilah Paharuzi (22 Januari 2025). "Bertemakan #NadaRasa, AJL 39 Janjikan Persembahan Mega 10 Finalis". Xtra. Dicapai pada 18 Februari 2025.
  2. ^ https://music.apple.com/us/album/amir-masdi/1696572263
  3. ^ https://music.apple.com/us/album/ceritera/1781609867
  4. ^ https://music.apple.com/us/album/pujaanku-feat-aisyah-aziz-single/1697254424
  5. ^ https://music.apple.com/us/album/terus-bersinar/1712422823?i=1712422824
  6. ^ https://music.apple.com/us/album/saksama/1689005630?i=1689005631
  7. ^ https://music.apple.com/us/album/aura/1713574735
  8. ^ https://music.apple.com/us/album/imaji/1712295851
  9. ^ https://music.apple.com/us/album/antonim-pt-i-ep/1723376996
  10. ^ https://music.apple.com/us/album/bukan-lagi-kita/1761196240?i=1761196473
  11. ^ https://music.apple.com/us/album/risiko-feat-mk-k-clique-ghidd-meerfly-tuju-benzooloo/1733788476?i=1733788484
  12. ^ mStar (17 Februari 2025). "Marsha tinggalkan Nadeera jauh! Ini sebab juri pilih Hening Rindu juara AJL39". YouTube. Dicapai pada 18 Februari 2025.