Anugerah Juara Lagu ke-38

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
Ke-38
Tarikh3 Mac 2024
TempatAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
TajaanAlha Alfa Cosmetics
PengacaraSherry Alhadad
Alif Satar
Fiza Frizzy (Karpet Merah)
Fizi Ali (Karpet Merah)
PenerbitPrimeworks Studios
Ketua JuriDatuk Haji Mokhzani Ismail
PengarahGenervie Kam
Tempoh Tayangan180 minit
Juara Lagu"Hasrat"
Nyanyian: Amir Jahari
Muzik: Amir Jahari
Lirik: Amir Jahari
Sorotan
Persembahan TerbaikAisha Retno ("Sutera")
Vokal TerbaikAina Abdul ("Jangan Mati Rasa Itu")


Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai.

Separuh Akhir Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Senarai finalis[sunting | sunting sumber]

Senarai finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 telah diumumkan pada 17 Disember 2023.[1][2]

Tajuk lagu Komposer Penulis lirik Penyanyi
"Jangan Mati Rasa Itu" Aina Abdul Aina Abdul
"Sutera" Aisha Retno MFMF Aisha Retno
"Santai" Ezra Kong & Faizal Tahir Naqiu (menggantikan Faizal Tahir)
"Inilah Jalannya" Noh Salleh Kugiran Masdo
"Astana" Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel Ernie Zakri
"Darah" Naim Daniel & Firdaus Rahmat Marsha Milan Londoh
"Kalam" Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Shiha Zikir
"Hasrat" Amir Jahari Amir Jahari
"Kucuma" A Ramlee & Ezra Kong Wany Hasrita & Afieq Shazwan (menggantikan Dato Jamal Abdillah)
"Bintang" Hael Husaini Hael Husaini
"Waktu" Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Hasif Upin & Ziana Zain
"Selagi Ku Ada" Amylea Azizan Khai Bahar & Nabila Razali


Keputusan[sunting | sunting sumber]

dagger Menandakan Anugerah Sampingan
Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-38
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara Lagu "Hasrat" Amir Jahari RM 100,000 dan trofi
Naib Juara "Sutera" Aisha Retno MFMF Aisha Retno RM 50,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Jangan Mati Rasa Itu" Aina Abdul RM 30,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Sutera" Aisha Retno MFMF Aisha Retno RM 12,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Jangan Mati Rasa Itu" Aina Abdul RM 12,000 dan trofi
Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa dagger "Jangan Mati Rasa Itu" Aina Abdul RM 12,000 dan trofi

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

• Pengarah untuk AJL 38 adalah Genervie Kam, isteri kepada penyanyi Hazama. Edisi kali ini Hazama tidak tercalon untuk ke peringkat semi final Muzik-muzik 38.

• Rata-rata lagu yang dipertandingkan baik di SFMM38 mahupun AJL38 tidak mempunyai tontonan yang tinggi di platform YouTube. Mengundang sedikit kegusaran ramai kerana pilihan lagu kurang popular di kalangan pendengar lagu tempatan. Ini bersesuaian dengan objektif untuk menaikkan karya-karya terbaik lagi berkualiti, bukan mengangkat lagu-lagu popular.

• Ketiga-tiga penyanyi yang mendapat tempat juara, naib juara dan tempat ketiga mempunyai nama yang bermula dengan abjad "A".

• Aina Abdul secara rasmi tersenarai didalam pemenang Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut (hat-trick) bersama Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip.

• Aina Abdul mencipta sejarah rasmi Anugerah Juara Lagu apabila menjadi Penyanyi, Komposer dan Penulis Lirik (orang yang sama) pertama berjaya memegang kesemua trofi Juara (Terus Hidup, AJL-37), Naib Juara (Semalam, AJL-35) dan Ketiga (Jangan Mati Rasa Itu, AJL-38).

• Amir Jahari meneruskan tradisi alumni graduan Akademi Fantasia menjuarai AJL menuruti jejak Rich (Estranged), Aizat Amdan, Hafiz Suip, Akim Ahmad (Akim & The Majistreet) dan Hael Hussaini.

• Mula debut di AJL 27 dengan lagu 'Tanpamu' Amir menunggu 11 tahun untuk merangkul gelaran juara.

• Amir Jahari merupakan peserta kelahiran Sarawak ke 3 menjuarai AJL setelah Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ GP, Mustazah (17 Disember 2023). "Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024) : Keputusan Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik (SFMM) 2023". Iluminasi. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  2. ^ Azmi, Mohammad Shahemy (17 Disember 2023). "Aina, Ernie, Marsha kembali berentap di pentas AJL38". Kosmo. Dicapai pada 17 Disember 2023.