Anugerah anumerta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh anugerah anumerta

Anugerah anumerta ialah anugerah yang diberikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Banyak hadiah, pingat dan anugerah boleh diberikan secara anumerta Sebagai contoh, pelakon Australia, Heath Ledger telah memenangi banyak anugerah selepas kematiannya pada 2008, terutamanya mengenai lakonannya sebagai The Joker dalam filem The Dark Knight.[1] Pingat-pingat ketenteraan, seperti Salib Victoria atau Pingat Kehormatan, sering diberikan selepas kematian. Gelaran Wira Kesatuan Soviet juga diberikan secara anumerta. Semasa Perang Dunia II, banyak negara mengamalkan pemberian anugerah anumerta. [2]

Di Kesatuan Soviet, satu-satunya anugerah anumerta yang dianugerahkan secara fizikal ialah Darjah Perang Patriotik. Semua anugerah lain tidak diberikan secara fizikal. Sehingga 1977, selepas kematian seorang penerima anugerah, semua pingat dan anugerah telah dikembalikan.[3]

Anugerah dan gelaran sukan boleh dianugerahkan secara anumerta, contohnya juara Formula Satu 1970 Jochen Rindt, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada lewat musim, tetapi masih mempunyai mata yang mencukupi untuk diumumkan sebagai juara.[4]

Hadiah, pingat dan anugerah tertentu sangat jarang diberikan semata-mata selepas kematian, terutamanya yang menghormati orang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan untuk tujuan tertentu.

Anugerah tersebut termasuk:anugerah Pingat Penghormatan Gabungan, kepada veteran Gabungan yang menonjolkan diri mereka secara ketara semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), dan Pingat Dag Hammarskjöld, yang dinugerahkan kepada anggota tentera, polis atau orang awam yang meninggal dunia semasa berkhidmat dalam operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Senarai anugerah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Heath Ledger's Family 'So Proud' of Globe Nod". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-06. Dicapai pada 2022-04-06.
  2. ^ "Sacrifice Remembered: Posthumous Awards of the Purple Heart in WWII". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25. Dicapai pada 2022-04-06.
  3. ^ "A Few Interesting Pieces - Auke de Vlieger". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-12-22. Dicapai pada 2023-06-04.
  4. ^ "Jochen Rindt | Formula 1®". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-06. Dicapai pada 2022-04-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]