Anushka Shetty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anushka Shetty
Anushka Shetty di TeachAIDS Interview
Kelahiran
Sweety Shetty[1]

(1980-11-07) 7 November 1980 (umur 43)[2]
WarganegaraIndia
Pusat pendidikanKolej Mount Carmel, Bangalore
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–kini
AnugerahKalaimamani, Anugerah Nandi, Anugerah Filmfare

Sweety Shetty (lahir 7 November 1980), lebih dikenali sebagai Anushka Shetty, ialah seorang pelakon dan model India yang bekerja di industri filem Telugu dan Tamil. Beliau telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Anugerah CineMAA, Anugerah Nandi, Anugerah Filem Tamil Nadu dan tiga Anugerah Filmfare dari lapan pencalonan.

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Telugu 2005 Super, yang memperoleh beliau, pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filmfare – Telugu. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem arahan S. S. Rajamouli, Vikramarkudu, yang menjadi kejayaan komersial utama. Filem beliau seterusnya Lakshyam (2007) dan Souryam (2008), dan Chintakayala Ravi (2008) juga ialah kejayaan pecah panggung. Pada tahun 2009, Shetty memegang dua watak dalam filem Arundhati, yang memperoleh beliau, kejayaan kritis dan pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik – Telugu, Anugerah Nandi, Anugerah Cinemaa untuk Pelakon Wanita Terbaik. Pada tahun berikutnya, lakonan Shetty sebagai pelacur dalam Vedam telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filmfare dan Anugerah CineMaa sebanyak dua kali berturut-turut.[4] Berikutan kejayaan beberapa siri filem, beliau diiktiraf sebagai salah seorang pelakon wanita terulung di pawagam Telugu.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sweety "is a boring person, that's why I become Anushka for my fans: Anushka Shetty". indiatimes.com. Dicapai pada 30 June 2017.
  2. ^ "'Baahubali' "actress Anushka Shetty celebrates her 34th birthday!". dnaindia.com. Dicapai pada 30 June 2017.
  3. ^ "Anushka "'settled' in Hyderabad". indiatimes.com. Dicapai pada 30 June 2017.
  4. ^ "Meet super-talented Anushka Shetty! - Rediff.com Movies". Movies.rediff.com. 31 May 2010. Dicapai pada 18 June 2011.
  5. ^ "Top Telugu actresses of 2009 - Rediff.com Movies". Movies.rediff.com. 29 December 2009. Dicapai pada 18 June 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]