Apit-apit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuih apit-apit.

Apit-apit atau juga dikenali sebagai kuih sepit, atau rokok arab merupakan sejenis kuih tradisional Melayu[1] dan Peranakan.

Terdapat dua versi apit-apit, iaitu:-

  1. apit-apit gulung (rokok arab)
  2. apit-apit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit) Di Brunei, ia dikenali sebagai Sapit.[2]

Asal[sunting | sunting sumber]

Apit-apit telah lama dibuat dan terdapat secara meluas banyak negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Kuih kapit diperbuat da­ri­pada campuran tepung beras, te­lur, gula dan santan. Meskipun ia makanan tradisi kaum Cina, hakikatnya kuih ini juga digemari masyarakat berbilang kaum di nega­ra ini.

Kuih ini antara menu penyeri sewaktu dan selepas majlis makan besar pada malam Tahun Baru Cina. Ia ia merupakan hidangan ringkas yang dijadikan pemanis mulut yang dihidang bersama teh panas.[3]

Nama[sunting | sunting sumber]

Namanya diambil dari cara pembuatannya di mana adunan akan dikepit di antara dua acuan, yang berbentuk pengepit.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Pada masa dahulu, apit-apit hanya dihasilkan semasa hari penting, tetapi kini apit-apit banyak dihasilkan untuk jualan harian. Ia adalah kuih kering dan tahan lama, tetapi perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Kini apit-apit dijual secara meluas malah boleh ditempah melalui Internet untuk tujuan borong.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Ia agak kurang popular untuk hidangan umum kerana ia mudah pecah dan sukar disimpan kerana akan menjadi lemau jika masuk angin. Ia popular dikalangan rakyat Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura.

Resipi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  1. ½ kg tepung gandum
  2. 1 biji kelapa (diambil santannya)
  3. ½ kg gula pasir 2 cawan tepung gandum
  4. Sedikit minyak untuk menggoreng
  5. 3 biji telur

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

  1. Telur dikepuk/pukul sehingga naik kembang dan gebu.
  2. Masukkan santan, gula dan tepung, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak di atas api yang sederhana dan tunggu sehingga minyak panas.
  4. Curahkan adunan ke dalam acuan kuih kapit dan kapit adunan tadi.
  5. Goreng di dalam minyak panas dengan suhu 100 darjah Celsius.
  6. Keluarkan adunan tadi lalu digulung atau dilipat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]