Apit-apit (kuih)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apit-apit
Sekotak kuih apit-apit
Nama alternatifKuih Semprong, Kuih Sapit, Kuih Sepit, Kuih Kapit, Kuih Gulong, Kuih Belanda, Rokok Arab
JenisWafer (Kuih)
Jenis sajianSnek
Tempat asalIndonesia, Malaysia, Brunei, Singapura
Kawasan/rantauIndonesia, Pulau Pinang, Melaka, Brunei, Singapura, Sabah, Sarawak
Bahan utamaTepung gandum, gula pasir, santan, telur, minyak masak
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Apit-apit atau juga dikenali sebagai kuih semprong, kuih sapit, kuih sepit, kuih kapit, kuih gulong, kuih Belanda, rokok Arab,[1] merupakan sejenis kuih tradisional Melayu[2] dan Peranakan.

Sejarah dan asalnya[sunting | sunting sumber]

Apit-apit telah lama dibuat dan terdapat secara meluas banyak negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Apit-apit memperlihatkan kaitan jajahan antara Indonesia dan Belanda, seperti yang biasa ditemui di sebahagian besar kota besar di Indonesia. Ia dipercayai berasal dari wafer roti telur Belanda. Belanda mempunyai sebuah banyak jenis biskut termasuk biskut wafer nipis yang mirip dengan Apit-apit. Banyak teknik biskut dan kek telah diwariskan kepada orang Melayu oleh Belanda, Inggeris, dan Portugis. Biskut-biskut ini mungkin dibawa ke bahagian-bahagian Malaysia dan Singapura dari Pulau Pinang dan Melaka oleh Peranakan Cina yang, tanpa mengetahui nama snek Belanda yang mereka hadapi, hanya menyebutnya Kuih Belanda atau Apit-apit.

Meskipun kini ia makanan tradisi kaum Cina, hakikatnya kuih ini juga digemari masyarakat berbilang kaum di nega­ra ini.

Terdapat dua versi apit-apit, iaitu:-

  1. apit-apit gulung (rokok arab)
  2. apit-apit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit) Di Brunei, ia dikenali sebagai Sapit.[3]

Kuih ini antara menu penyeri sewaktu dan selepas majlis makan besar pada malam Tahun Baru Cina. Ia ia merupakan hidangan ringkas yang dijadikan pemanis mulut yang dihidang bersama teh panas.[4]

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih apit-apit.

Pada masa dahulu, apit-apit hanya dihasilkan semasa hari penting, tetapi kini apit-apit banyak dihasilkan untuk jualan harian. Ia adalah kuih kering dan tahan lama, tetapi perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Kini apit-apit dijual secara meluas malah boleh ditempah melalui Internet untuk tujuan borong.

Resipi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  1. ½ kg tepung gandum
  2. 1 biji kelapa (diambil santannya)
  3. ½ kg gula pasir 2 cawan tepung gandum
  4. Sedikit minyak untuk menggoreng
  5. 3 biji telur

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

  1. Telur dikepuk/pukul sehingga naik kembang dan gebu.
  2. Masukkan santan, gula dan tepung, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak di atas api yang sederhana dan tunggu sehingga minyak panas.
  4. Curahkan adunan ke dalam acuan kuih kapit dan kapit adunan tadi.
  5. Goreng di dalam minyak panas dengan suhu 100 darjah Celsius.
  6. Keluarkan adunan tadi lalu digulung atau dilipat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysia at Random. Editions Didier Millet. 1 February 2010. m/s. 64–. ISBN 978-981-4217-95-8. Dicapai pada 18 August 2013.
  2. ^ Kuih Tradisional T'ganu Tembusi Pasaran Dubai[pautan mati kekal]
  3. ^ "Kekalkan warisan kuih tradisi Brunei". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-17. Dicapai pada 2015-03-23.
  4. ^ "Kuih kapit menu penyeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-22. Dicapai pada 2015-03-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]