Pergi ke kandungan

Ara jejawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Jejawi
Pokok Jejawi
Pengelasan saintifik
Alam:
Pokok
Divisi:
Pokok berbunga
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Subgenus:
Urostigma
Species

Many; see text for examples

Pokok Jejawi.

Pokok ara jejawi atau jejawi (genus Ficus, subgenus Urostigma) adalah subgenus kebanyakan spesies pokok ara tropika dengan sifat pertumbuhan yang pelik. Ia adalah pokok besar yang mula tumbuh sebagai biji benih yang tumbuh di atas pokok lain (atau binaan seperti bangunan atau jambatan), dimana burung yang makan benih ara meninggalkan biji benihnya. Akarnya melilit turun dari batang pokok hos, mencari tanah di bawah. Apabila ia mencecah tanah, akar pokok ara dengan cepat membesar dan mempulur. Di mana akar ara melintas sesama sendiri, ia bercantum, membentuk jaringan di sekeliling pokok hos. Pokok Ara bersaing dengan pokok hos bagi mendapatkan cahaya, air dan galian, sementara akarnya menghalang pokok hos membesar. Akhirnya pokok hos mati dan reput, meninggalkan pokok Ara berdiri tegak seperti pokok yang lain, tetapi dengan batang berjalin dari akar mengaku, dan bukannya batang padu.

Pokok Jejawi di Taman Botanikal Melbourne
Hadapan Bangunan Mahkamah Old Lee County di Fort Myers, Florida

Satu lagi ciri-ciri luar biasa bagi Jejawi adalah keupayannya menghasilkan akar udara ("adventitious") dari dahannya. Ciri-ciri menghasilkan akar udara membenarkan sebatang pokok untuk melitupi kawasan yang luas. Satu pokok Jejawi yang ditanam pada tahun 1873 di Perangkarang mahkamah Lahaina di Hawai, kini tumbuh dan menutupi dua per tiga ekar.

Sebagaimana ahli lain dalam genus ini (yang termasuk ara boleh dimakan biasa Ficus carica), Jejawi memiliki buah unik dan proses ini dibantu oleh serangga; lihat bayam bagi perincian.

Ia berasal dari India, Pakistan dan Sri Lanka, tetapi telah diimport ke kawasan tropika lain. Ia juga merupakan pokok kebangsaan India. Pokok Jejawi pertama di Amerika Syarikat di tanam oleh Thomas Alva Edison di Kubu Myers, Florida. Ia diberikan kepada Edison oleh Harvey Firestone selepas Firestone melawat India pada tahun 1925 dan ditanam di Ladang Edison dnd Ford Winter. Pokok itu, asalnya hanya 4 kaki tinggi kini melitupi 400 kaki.

Senarai spesies

[sunting | sunting sumber]
  • Jejawi India (Ficus benghalensis) mampu tumbuh menjadi pokok gergasi yang melitupi kawasan beberapa ekar. Jejawi Agung di Taman Botani India, Howrah, dipercayai pokok terbesar di dunia.
  • Florida Strangler Fig (Ficus aurea) juga merupakan tempatan bagi selatan Florida, Kepulauan Caribbean, dam dibezakan dari di atas melalui urat daunnya yang lebih kasar.
  • Ara Suci (Ficus religiosa), Ara Teluk Moreton (Ficus macrophylla) dan Ara Port Jackson Fig (Ficus rubiginosa) juga merupakan spesies Jejawi.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]