Ariff Alfian Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ariff Alfian Rosli adalah pelajar tajaan Petronas,Malaysia di University College Dublin (UCD), Dublin, Ireland jurusan perubatan. Ariff adalah anak kedua dari empat beradik kepada Rosli Haron.

Terbaik SPM[sunting | sunting sumber]

Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan Ariff dan keluarganya terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripada bapanya sebagai penjamin pertama.[1]

Menghilang dan ditemui semula[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2011, Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci Ariff Alfian kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Ireland. Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya kerana terikat dengan akta tersebut. Status Ariff Alfian di Dublin sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di negara ini.

Sejak 2009, bapanya, Rosli Haron (56 tahun) cuba mengesan lokasi anaknya yang putus hubungan tetapi gagal. Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya. Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra telah menerima laporan kehilangan pada 2009. Rosli Haron adalah pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkhidmat selama 31 tahun.


Dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Malangya Ariff Alfian tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya. Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa mahukan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada Petronas , masyarakat Malaysia di Dublin. Pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.Tapi Jun 2009, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.[2]

UMNO berusaha memujuk[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember 2011 bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan dan memujuk Ariff Alfian Rosli.[3]

Ariff Alfian Rosli telah diberitakan telah melangsungkan perkahwinan [Civil Partnership] di Dublin dengan seorang lelaki bernama Jonathan apabila gambar-gambar tersebar di lawam web www.biggayweddingproject. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]