Arizal Thani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arizal Thani telah mencipta lagu seawal tahun 1996 ketika beliau sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti di Malaysia. Memanndangkan pada ketika itu industri muzik Malaysia dibanjiri oleh muzik dengan genre ballad Melayu yang mendayu, beliau menangguhkan hasrat untuk menerbitkan sebarang lagu (dan pada masa yang sama beliau mendalami ilmu muzik). Dipengaruhi oleh muzik classical, psychedelic rock dan pop, beliau telah berjaya menulis puluhan lagu sepanjang tempoh tersebut. Kemampuan untuk menulis lirik sendiri dengan penggunaan kata-kata berkias dan perbendaharaan kata dari bahasa Melayu klasik, jelas memberikan kelebihan kepada beliau untuk membuktikan karya beliau adalah lain dari yang sedia ada di pasaran. Beberapa karya beliau juga telah dimuatkan sebagai muzik latar untuk beberapa drama terbitan tempatan. Antara lagu yang ditulis oleh beliau adalah Soul_3 (Hilang), Idham (Hanya Dia, Benarkah, Jatuh Pada Mu),Ejarn (Lufkustik), Hafizah Naser (Gatra - OST Kitab Cinta)[1], Zehra Zambri (Milikku Jua) [2], Sabhi Saddi (Jalan Pulang)[3], Rizu FORTEEN (Satu Hari Lagi), MAGIK (Sewarna, Cinta Funkology) dan Maulana AF8 (Sastraduka).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.lizarazak.com/2011/06/sinopsis-dan-trailerdrama-kitab-cinta-arahan-erma-fatima/
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-10. Dicapai pada 2015-08-11.
  3. ^ http://www.budiey.com/sabhi-saddi-lancar-single-nadiku-gemerlapan-jalan-pulang/