Arked permainan video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
GiGO, pusat permainan besar Sega di Tokyo, Jepun.

Arked permainan video (juga dikenali sebagai pusat hiburan di United Kingdom, pusat permainan (ゲームセンター gēmusentā?) di Jepun, atau sebagai "arked") adalah tempat di mana pengunjung bermain permainan video arked yang ditempatkan di dalam kabinet khas yang berhias. Kabinet tersebut terdiri daripada monitor video, alat kawalan permainan video (selalunya kayu ria) serta butang kawalan, perkakasan dan perisian komputer, serta mekanisme pembayaran berasaskan wang syiling, token atau kad magnetik.

Sementara kebanyakan permainan arked era 1980-an seperti Space Invaders dan Donkey Kong dimainkan di kabinet tinggi, beberapa permainan seperti Ms. Pac-Man dimainkan di kotak yang lebih kecil dengan bahagian atas yang diperbuat daripada kaca atau kaca akrilik yang leper dan cerah. Di samping itu, beberapa permainan perlumbaan arked seperti The Fast and the Furious serta permainan simulasi penerbangan turut menyertakan kerusi atau ruang tertutup untuk pemain.

Selain permainan video, arked juga boleh mempunyai permainan lain seperti mesin pinball. Di beberapa negara, beberapa arked permainan video dibenarkan untuk menyediakan mesin perjudian seperti mesin slot atau mesin pachinko.

Arked permainan video mula muncul pada lewat 1970-an dan menjadi paling popular semasa zaman keemasan permainan arked iaitu pada awal 1980-an. Arked permainan video menjadi popular di kalangan kanak-kanak, menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa mengenai gejala ponteng sekolah yang disebabkan oleh arked permainan video. Banyak arked permainan video mula ditutup pada lewat 1990-an, memandangkan teknologi konsol permainan video mula menyaingi dan seterusnya mengatasi keupayaan permainan arked. Walau bagaimanapun, arked permainan video tetap popular di Jepun di mana ia dipanggil sebagai pusat permainan (ゲームセンター).

Pengendali utama mesin arked permainan video[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]