Judi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.

Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Jenis perjudian[sunting | sunting sumber]

Perjudian kasino[sunting | sunting sumber]

Manakala oleh kerana apa-apa jua permainan boleh dimainkan untuk wang, dan apa jua jenis permainan yang dimainkan untuk wang boleh juga digunakan untuk suka-suka, beberapa permainan biasanya ditawarkan di dalam sesebuah kasino.

Permainan atas meja[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Permainan meja
The Caesars Palace main fountain. The statue is a copy of the ancient Winged Victory of Samothrace.
A pachinko parlor in Tokyo, Japan

Permainan elektronik[sunting | sunting sumber]

perjudian[sunting | sunting sumber]

Kesan perjudian[sunting | sunting sumber]

Atas pemikiran[sunting | sunting sumber]

Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik. Mereka sentiasa mencari bantuan daripada alam ghaib untuk kejayaan dalam hidup. Contohnya mereka mungkin memberi "batu hikmah" yang "dapat meningkatkan tuah" untuk menjayakan hidup. Pendek kata, perjudian akan mempengaruhi seseorang sehingga berpemikiran magis.

Ke atas kehidupan[sunting | sunting sumber]

Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan pendapatan kepada seseorang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah kewangan.[1]

Pandangan judi daripada sudut Islam[sunting | sunting sumber]

Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi, atau disebut mereka sebagai al-Maisir (الميسر). Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi'ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Pengharaman judi menurut al-Quran". Utusan Online. 15/11/2011. Dicapai 18 Julai 2014.  Check date values in: |date= (bantuan)