Arkib dan Perpustakaan Negara Ethiopia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arkib dan Perpustakaan Negara Ethiopia, yang terletak di Addis Ababa, merupakan perpustakaan dan arkib negara bagi Habsyah. Ia telah dirasmikan oleh Maharaja Haile Selassie pada tahun 1944 dan memulakan perkhidmatan dengan buku-buku yang disumbangkan oleh maharaja.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1976, proklamasi No. 50/76 memberi hak undang-undang kepada perpustakaan untuk mengumpul tiga buah salinan bagi setiap bahan yang diterbitkan dalam Habsyah. Pada tahun 1999, perpustakaan itu ditubuhkan semula dengan proklamasi no. 179.1999 sebagai sebuah institusi nasional, yang menytebabkan perubahan struktural dan misi untuk menjadi lima perpustakaan dan arkib negara terbaik di Afrika pada tahun 2020.[1] Buat masa ini, ia merupakan unit di bawah Kementerian Budaya dan Pelancongan Habsyah.

Arkib telah ditubuhkan pada tahun 1979, dan koleksinya terdiri daripada manuskrip kuno dan sejarah yang ditulis seawal abad ke 14 dan 15. Arkib termasuk surat yang ditulis oleh beberapa raja, maharani, dan putera.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "About Us". Ethiopian National Archives and Library Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 28 September 2013.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]