Arthur Japin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Arthur Japin.

Arthur Valentijn Japin (lahir 26 Julai 1956 di Haarlem) ialah seorang penulis novel berbangsa Belanda.

Novel pertamanya, De zwarte met het witte hart (1997), ("Si Hitam dengan hati yang putih"), merupakan cerita tentang dua putera Ashanti, Kwame Poku dan Kwasi Boachi, yang dibawa dari apa yang kini Ghana ke istana raja Belanda, Willem II dalam tahun 1837. Buku ini laris dijual dan kini dianggap sebuah klasik kesusasteraan Belanda. Pada November 2007, sebuah opera berasaskan novel ini dilakonkan buat kali pertama di Rotterdam, dengan sebuah libreto bahasa Inggeris karangan Arthur Japin dan muzik gubahan Jonathan Dove dari United Kingdom.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.