Pergi ke kandungan

Libreto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Antonio Ghislanzoni, libretis Itali terkemuka abad ke-19

Libreto (Itali: libretto "buku kecil" terbitan libro "buku") ialah teks yang digunakan dalam karya muzik panjang seperti "skrip" lakonan dan gubahan muzik untuk opera, opereta, oratorio keagamaan mahupun sekular, kantata, muzikal dan balet.[1] Isi libreto memaparkan semua patah kata bicara watak dan latar yang ditetapkan dalam persembahan.

Hubungan penggubah muzik dan libretis

[sunting | sunting sumber]

Libreto untuk opera, oratorio dan kantata dalam abad yang ke-17 dan 18 kebiasaannya tidak ditulis oleh penggubah opera, tetapi oleh penyajak-penyajak terkenal. Metastasio (1698–1782) (nama betul Pietro Trapassi) merupakan salah seorang libretis terkemuka di Eropah untuk era tersebut. Libreti beliau banyak digunakan oleh ramai penggubah-penggubah di zamannya.

Antara libretis lain yang terkenal pada abad ke-18 ialah Lorenzo da Ponte, yang menulis libreto untuk tiga opera agung Mozart , begitu juga untuk penggubah-penggubah lain. Eugène Scribe merupakan salah seorang libretis abad ke-19, yang banyak menulis untuk karya-karya opera penggubah Meyerbeer, begitu juga untuk penggubah-penggubah lain seperti Daniel Auber, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Gioachino Rossini dan Giuseppe Verdi.

Pasangan libretis Perancis Henri Meilhac dan Ludovic Halévy menulis sejumlah yang besar libreto untuk opera dan opereta untuk penggubah Jacques Offenbach, Jules Massenet dan Georges Bizet. Libretis Arrigo Boito pula banyak menulis libreto untuk, antara lainnya, Giuseppe Verdi dan Amilcare Ponchielli, termasuk dua opera gubahannya sendiri.

Libreto selalunya ditulis sebelum gubahan muzik lengkap. Beberapa penggubah, seperti Mikhail Glinka, Alexander Serov, Rimsky-Korsakov, Giacomo Puccini, dan Pietro Mascagni kebiasaannya menulis muzik tanpa teks dan memberikannya kepada para libretis untuk kata-kata kepada baris-baris melodi vokal.

Sesetengah penggubah pula gemar menulis libreto untuk opera-opera gubahan mereka sendiri, contohnya Richard Wagner yang kerap menggabungkan legenda dan peristiwa yang berlaku di Jerman ke dalam corak epik untuk opera dan drama muzik beliau. Penggubah Alban Berg pula sebagai contohnya mengadaptasikan hasil karya Georg Büchner yang berjudul "Woyzeck" untuk libreto operanya yang berjudul "Wozzeck".

Kadang-kala sesebuah libreto ditulis dengan kerjasama rapat bersama penggubah, ini melibatkan adaptasi atau keseluruhan kerja seni seperti contohnya kerjasama di antara penggubah Nikolai Rimsky-Korsakov dan penulis libretonya, Bel'sky.

Kerap juga kerjasama tidak rasmi terjadi untuk kerja seni keseluruhan, iaitu setiap satu seperti karya muzik, lirik dan “buku” (contohnya, dialog percakapan dan arahan pementasan) ditulis oleh orang yang berlainan. Salah satu contoh adalah, drama muzikal yang mana penggubahnya adalah Jerry Bock, penulis lirik adalah Sheldon Harnick, dan penulis “book” ialah Joseph Stein.

Ciri-ciri sastera

[sunting | sunting sumber]

Dari awal lagi (sekitar tahun 1600), libreto opera ditulis dalam bentuk puisi, dan berterusan hingga ke abad ke-19, walaupun genre muzik teater dengan dialog lisan telah kerap bertukar ganti di antara dialog dan puisi. Semenjak akhir abad ke-19, beberapa penggubah opera telah mula menulis muzik dalam bentuk prosa atau puisi bebas libreti.

Muzik libreto, boleh dikatakan amat kerap ditulis dalam bentuk prosa (kecuali untuk lirik lagu). Muzik libreto ialah kerja muzik yang diadaptasi daripada sebuah drama, kadang-kala juga dipinjam dari dialog asal, contohnya drama muzikal "Oklahoma!" yang mana dialog drama tersebut diambil dari hasil karya penulis Lynn Riggs yang berjudul "Green Grow Lilacs". Libreto untuk drama muzikal "Carousel" diambil dari hasil karya dramatis Hungary, Ferenc Molnar, yang berjudul "Liliom", manakala dialog drama "My Fair Lady" pula kebanyakannya diambil dari drama "Pygmalion" hasil karya George Bernard Shaw.

Namun, terdapat juga pengecualian yang amat ketara untuk ini seperti contohnya, opera karya George Gershwin yang berjudul "Porgy dan Bess" yang dibuat berdasarkan hasil tulisan DuBose Heyward dan Dorothy Heyward yang berjudul "Porgy". Walaupun 95% dari opera tersebut adalah dalam bentuk nyanyian nyanyian, namun resitatif adalah bahagian yang besar membentuk set drama untuk muzik, iaitu dalam bentuk prosa, manakala aria, duet, nyanyian trio dan sebagainya, adalah dalam bentuk puisi.

Syarat-syarat atau kelayakan muzik

[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana tradisi-tradisi muzik yang berbeza berkembang dari masa kesemasa di tempat-tempat yang berlainan, libreto juga berubahan menurut perubahan – perubahan berdasarkan kehendak dan amalan tempatan atau sesetengah tempat.

Sebagai contoh, sebuah komik opera Itali abad ke-18 seperti karya penggubah Giovanni Battista Pergolesi yang berjudul "La Serva Padrona" dipersembahkan menerusi nyanyian berterusan di Itali, tetapi di Perancis, bahagian resitatif ditukar kepada dialog lisan.

Bahasa dan terjemahan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai bahasa asal untuk opera, bahasa dan penggubah Itali mendominasi genre ini di Eropah (kecuali di Perancis) untuk keseluruhan abad ke-18, dan malah sehingga ke abad yang seterusnya di Rusia.

Pengecualian penting sebelum tahun 1800 boleh didapati dalam kerjaseni penggubah Henry Purcell iaitu opera Jerman di Hamburg pada era Barok, opera balada dan Singspiel untuk abad ke-18, dan sebagainya. Selain dari kesusasteraan dan lagu, libreto beliau mempunyai banyak masalah dan cabaran untuk terjemahan.

Pada masa lalu (malah hari ini), kerja-kerja drama muzikal asing dengan dialog lisan terutamanya komedi, kadangkala dipersembahkan dengan bahagian nyanyian dalam bahasa asal dan dialog lisan dalam bahasa tempatan. Walau bagaimanapun, ini mengukuhkan idea sesetengah orang bahawa perkataan-perkataan untuk lagu tidak dikira penting, satu tanggapan biasa yang salah bagi orang yang tidak benar-benar memahami drama muzikal atau opera.

Ini sebenarnya tidaklah merosakkan sama sekali seni muzik, seperti yang pernah dibuat oleh pelakon-penyanyi terkenal, Betty Grable, Don Ameche dan Carmen Miranda. Tetapi, perubahan yang dibuat menukar maksud asal lirik dalam terjemahan yang dibuat seperti dalam drama muzikal "Show Boat", "The Wizard of Oz" (filem 1939), "My Fair Lady" (atau "Carousel"), yang mana lirik-lirik lagu dan teks lisan berkait rapat antara satu sama lain. Lirik – lirik yang ditulis adalah untuk plot drama dan bukan sekadar untuk menyediakan kata-kata untuk lagu yang bagus.

Dengan adanya bahan bercetak atau projektor dalam persembahan-persembahan opera atau drama muzikal di rumah-rumah opera hari ini menjadikan nyanyian dalam bahasa asal opera iaitu bahasa Itali terutamanya sebagai lebih praktikal, walaupun sesetengah orang merasakan lebih bagus mendengar lagu drama di dalam bahasa sendiri.

Status para libretis dan libreto

[sunting | sunting sumber]

Di dalam sejarah penulisan opera, para libretis kurang mendapat penghargaan berbanding dengan para penggubah. Pada abad ke-17, nama-nama libretis langsung tidak direkodkan untuk opera-opera yang dibuat.

Setelah hasil karya penulisan mula mendapat tempat untuk hak milik atau penjualan, nama-nama mereka mula direkodkan di dalam manuskrip musik. Namun begitu, sehingga ke akhir abad ke-18, nama – nama para libretis masih juga kerap ditinggalkan atau jarang disebut-sebut sepertimana yang dilaporkan oleh Lorenzo da Ponte.

Pada abad ke-20 an, sesetengah libretis mula dikenal ramai sebagai hasil kerjasama terkenal sebagai contohnya Gilbert (libretis) dan Sullivan (penggubah).

Pada hari ini, kesemua skor muzik (dahulu dan kini) untuk opera atau opereta menuliskan nama kesemua penyumbang, kebiasaannya nama penulis ditulis sebagai nama kedua atau di kaki nota.

Penerbitan libreti

[sunting | sunting sumber]

Libreti boleh didapati dalam beberapa format, sesetengah darinya adalah lengkap dan sesetengahnya tidak. Teks-teks libreti, seperti contohnya, dialog lisan, lirik nyanyian, dan arahan-arahan pentas, biasanya dicetak berasingan dengan muzik. Untuk opera-opera penting, kadang-kala (terutamanya untuk opera-opera yang terdapat di dalam perpustakaan umum), format ini ditambah dengan notasi muzik berpetikan melodik.

Skor muzik yang diterbitkan untuk opera secara lumrahnya mengandungi libreto seluruh, walaupun terdapat juga perbezaan di antara skor dan teks terbitan yang berasingan. Oleh kerana muzik moden lebih cenderung untuk diterbitkan dalam dua format bersilang (seperti contoh, buku – buku, skrip, skor vokal untuk piano, bahan muzikal, percakapan), kedua-dua ini diperlukan untuk membuat satu bacaan yang lengkap untuk keseluruhan pementasan.

  1. ^ "librétto". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. Dicapai pada 14 Jun 2023. 1. a. Piccolo libro in genere... 5. componimento drammatico, per lo più in versi, scritto appositamente (spesso riducendo altra opera letteraria o ricavandone la materia) per offrire il testo al compositore di un’opera musicale...

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]