Asalkan Dia Bahagia (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asalkan Dia Bahagia
Umum
PengarangHani Fazuha
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitIdea Kreatif
Tarikh penerbitan
Januari 2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman410
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670718507

Asalkan Dia Bahagia ialah sebuah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Hani Fazuha, diterbitkan pada Januari 2016 oleh Idea Kreatif.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.

Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.

Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya.

“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.

Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.

“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang. “Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang. “Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Asalkan Dia Bahagia telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 8 Mac 2019 di TV3, dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah sebagai pelakon utama.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hani Fazuha (2016). Asalkan Dia Bahagia. Idea Kreatif. ISBN 9789670718507.
  2. ^ Asalkan Dia Bahagia by Hani Fazuha Goodreads. Dicapai pada 29 Februari 2020.
  3. ^ "Asalkan Dia Bahagia". MyInfotaip. 8 Mac 2019.