Mira Filzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mira Filzah
MiraFilzah.jpg
Mira Filzah dalam salah satu adegan drama Abang Beduk.
Kelahiran Nur Amirah Filzah binti Badioezaman
(1993-04-02) 2 April 1993 (umur 24)
Ipoh, Perak, Malaysia
Kediaman Bangi, Selangor
Warganegara Malaysia
Nama lain Amirah Filzah, Mira
Pendidikan Perniagaan Antarabangsa
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Pekerjaan Pelakon, pengacara, penulis blog, model, penyanyi
Tahun aktif 2013–kini
Terkenal kerana Dunia Lola, segmen dalam TV Hijabista, Astro Ria
Cinta Si Wedding Planner
Ketinggian 162cm
Berat 50 kg (110 lb)

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang peragawati, usahawan dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur dan juga seorang pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, Mira Filzah juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya. Bukan hanya itu, beliau juga bakal merasmikan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS.

Antara Drama yang terkenal hasil lakonan Mira Filzah adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun[1], sebelum beralih pada bidang lakonan filem pula. Drama televisyen pertamanya merupakan Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas 'senyap' dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Perniagaan Antarabangsa [2], Mira Filzah tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi filem Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.

Penampilan muslimah dan wajah yang cantik dengan berhijab dilihat sebagai bonus untuk dirinya serta mendapat peminat yang ramai di mana penampilan tersebut bukan halangan untuk dia mencuba nasib mengetengahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan tanah air. Jelasnya dalam sebuah interview, gadis muslimah ini tidak menerima sebarang tawaran berlakon yang memerlukan watak lelaki dan perempuan bersentuhan walaupun berlapik. Katanya lagi, penampilan bertudung perlulah seiring dengan sikap. Apa yang dilarang oleh agama seharusnya dielakkan seboleh-bolehnya agar dapat menjaga maruah diri dan keluarganya.

Tawaran yang datang selepas dia membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telemovie selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telemovie Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu apatah lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai.

Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton telemovie tersebut memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.

Tidak sampai setahun melibatkan diri dalam industri hiburan Malaysia, nama beliau sudah cukup dikenali di kalangan peminat.

Tidak dinafikan lagi, pelakon baharu cantik ini mula dikenali dan menjadi viral di laman sesawang Facebook kerana memperagakan uniform rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telemovie baharunya iaitu Din Sardin (2015). Jelas beliau, berita tentang gambarnya yang viral di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali di mata masyarakat.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit baginya tidak disia-siakan untuk menerajui sebuah drama yang sedang hangat dan menjadi perbualan peminat, Cinta Si Wedding Planner(2016) yang bersiaran di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 sehingga 8 malam. Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan pelakon baharu ini bersama aktor hebat dan ternama Malaysia, Ady Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat feedback positif daripada rata-rata peminat. Walaupun belum habis ditayangkan, dikatakan drama ini akan menyambung telemovie pada Hari Raya Tahun 2016, Cinta Si Wedding Planner Raya.

Menurut beliau, akan ada beberapa lagi drama yang bakal menyusul menjelang tahun 2016 buat tontonan peminat.

Mira Filzah juga tercalon dan memenangi Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baru MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH) sebagai Artis Baru Wanita Popular.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Televisyen Catatan
2013 Dunia Lola Laila/Lola Astro Ria
2015 Eksperimen Cinta Suraya TV3
2016 Cinta Si Wedding Planner Izara Batrisya Slot Akasia TV3
Ketupat Palas Mr. Handsome Ayu Slot Lestary TV3
Tika Langit Terbuka (Episod 1 : Down Syndrome) Maria Astro Oasis
Abang Bomba I Love You Dr Dahlia Astro Ria
2017 Meh, Sandar Pada Aku Afnan Tasneem
  • Hero: Aliff Aziz
Slot Dahlia TV3
Ops Cinta Din Sardin Che Ta
  • Hero: Izzue Islam
TV9
3 Gadis Manis Aisyah Astro Gempak Web Drama
Meh Sandar Lagi Afnan Tasneem
  • Hero: Aliff Aziz
Slot Akasia TV3
Jula Juli

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Watak
Din Sardin 2015 Che Ta
Abang Haji 2015 Intan
Abang Beduk 2015 Aishah
Nasi Dagang Lembu Korban 2015 Umaira
Dia Untukku 2016 Zahra
Ustaz Enjin 2016 Shuhara (Belum ditayangkan)
Dika Baran 2016 undangan khas
Cili 2016 undangan khas
Cinta Si Wedding Planner Raya 2016 Izara Batrisya (ditayangkan pada Aidilfitri)
Bella 2016 Bella
Duit Kawin 2016 Rozana
Love You Miss Pomen 2017 Saerah
Jula Juli Bintang Cinta 2017 Jula
Dosa Perempuan 2017 Tasya (Belum ditayangkan)
Malam Tanpa Yasin 2017 Adawiyah
Jula Juli Bintang Putus Cinta 2017 Jula (Ditayangkan pada Aidilfitri)

Rancangan Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Primadona (2014) sebagai ejen Primadona - Astro Prima
  • Trek Selebriti (2016) sebagai artis jemputan - Astro Ria
  • LePaknil (2016) sebagai artis jemputan - Astro Ria
  • Ketuk-Ketuk Ramadan (2016) sebagai artis jemputan -TV3
  • Ye Ke (2016) sebagai artis jemputan -TV3
  • Bonda Bonding (2016) sebagai artis jemputan - Astro Ria
  • CCTV! (2017) sebagai artis jemputan - Astro Ria
  • Shuib,Artis&Telemovie Citra (2017) sebagai artis jemputan - Astro Ria

Pengacara[sunting | sunting sumber]

  • KLTV (2014-5) - HyppTV (Hypp Inspirasi)
  • Qari Junior (2015) - TV3
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29 (2016) - TV3
  • 3 Juara (2016) -TV3
  • MeleTOP (2016) - (pengacara jemputan) - Astro Ria
  • Mahligai Cinta (2017) - TV3

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
[3]
Hot FM
[4]
Muzik Muzik
[5]
JOOX
[6]
2017 "Sandar Padaku" (berduet dengan Aliff Aziz) [7] [8] style="background: #DDF; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="no table-no2"|Akan dikeluarkan OST Drama Meh, Sandar Pada Aku!

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah MeleTOP Era Artis Baharu MeleTOP Menang
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 Artis Baharu Wanita Popular Menang
2016 Anugerah Melodi Personaliti Drama Melodi Dicalonkan
Personaliti Sensasi Melodi Dicalonkan
2017 Anugerah DFKL Aktres Pilihan Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pengacara TV Popular Dicalonkan
2017 Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]