Asalkan Dia Bahagia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi sebuah novel dengan tajuk sama, lihat Asalkan Dia Bahagia (novel).
Asalkan Dia Bahagia
Genre
Berdasarkan daripada
Asalkan Dia Bahagia
karya Hani Fazuha
PenciptaHani Fazuha
Ditulis oleh
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mana Ada Hati" oleh Ayda Jebat
Lagu penutup"Peneman" oleh Hazama
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAdam Ariez
Wan Zarra Rania
Wan Larra Armani
PenerbitWan Zamri Wan Abdul Kadir
Wan Nursyafiqa (bersama)
Fouziah Abd Rahim (bersama)
Juliana Mazlan (bersama)
Penyunting
  • Qeisufi
  • Aisyah Nur Medina
  • Zulkarnain Hulk
  • Hakimi Salleh
  • Fauzi Yahya
  • Rangga Malaya
  • Aidilfitri
  • Amir Tapah
  • Saufi Dollah
  • Luqman Hanafi
  • KN Ramli
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 Mac 2019 – 16 April 2019
Kronologi
MengikutiDia Menantu Rahsia
Diikuti olehKamar Kamariah

Asalkan Dia Bahagia ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Ayda Jebat, Shukri Yahaya dan Idris Khan.[1] Diadaptasi daripada novel 2016 bertajuk sama oleh Hani Fazuha, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 8 Mac 2019 hingga 16 April 2019 menggantikan Dia Menantu Rahsia.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Adira yang menjadi rebutan abang angkatnya sendiri. Adira tahu selama ini bahawa dia adalah anak angkat kepada Puan Zarina dan Tuan Bakhtiar. Hubungan Adira dan anak lelaki mereka, Ikmal Reza juga sangat rapat. Menginjak dewasa, Ikmal tinggal di luar negara setelah tamat belajar lalu bekerja di sana. Ikmal merasakan tidak selesa jika dia pulang kerana Adira bukan mahramnya tetapi sebaliknya ada sesuatu yang cuba disembunyikan Ikmal.

Tidak mahu Ikmal berterusan membawa diri di luar negara kerana Adira, Puan Zarina bercadang mahu mengahwinkan Adira. Adira yang terdengar perbualan ibu angkatnya itu merasakan sedikit terkilan dan seperti mahu menghalaunya secara halus. Sudah terlalu banyak budi yang diberikan Puan Zarina kepada Adira. Kerana kasihnya Adira pada ibu angkatnya itu, dia menerima untuk dijodohkan dengan Haris Aryan, anak teman baik keluarga angkatnya iaitu Datin Maria dan Dato Hijaz.

Haris juga merupakan teman baik Ikmal. Apabila mengetahui Haris bakal berkahwin dengan Adira, Ikmal terus pulang ke Malaysia dan meminta Adira untuk menolak lamaran tersebut. Ikmal berang kerana selama ini, dia sebenarnya mencintai Adira dan perasaan itu disembunyikan. Tetapi malangnya, perkahwinan Adira dan Haris tetap berlangsung. Perkahwinan mereka diuji dengan lebih-lebih lagi masing-masing tidak pernah meluahkan rasa cinta.

Timbul rasa curiga, lebih-lebih lagi Haris membuat pengakuan dia sudah berkahwin sebelum ini. Pengakuan tersebut sering mengganggu Adira. Masing-masing merasa curiga, mungkin adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka. Bagi Haris, orang ketiga itu adalah Ikmal dan bagi Adira, Afida adalah isteri pertama Haris. Adira sering meluahkan perasaan sedihnya kepada Ikmal. Tanpa pengetahuan Adira, Ikmal adalah racun yang merosakkan dalam senyap.

Di belakang Adira, Ikmal sentiasa mencari peluang untuk merebut Adira dan apabila Adira sering mengadu pada Ikmal, Haris tahu Ikmal akan menggunakan peluang itu untuk merampas Adira daripadanya. Tanpa sedar, kedua mereka sebenarnya sudah saling jatuh cinta tetapi tidak diluahkan kerana ego.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Putri Jannah Izwandy sebagai Adira 13 tahun
  • Danish Hakeem Ikmal sebagai Ikmal 16 tahun
  • Zaftfareel Felton sebagai Baby
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Adira 5 tahun

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Menurut Ayda Jebat, Asalkan Dia Bahagia mendapat sambutan yang baik di Indonesia kerana kebanyakan penonton drama itu di platform digital YouTube datangnya dari negara jiran. Beliau dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Tak sangka, ramai juga warganet dari Indonesia yang kini menonton dan meminati drama Melayu dari negara ini. Kalau dulu, masyarakat kita gemar menonton sinetron Indonesia. Tetapi, sekarang drama Malaysia pula diterima baik penonton di sana".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Asalkan Dia Bahagia". MyInfotaip. 8 Mac 2019.
  2. ^ Asalkan Dia Bahagia (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 17 April 2019.
  3. ^ Norhayati Nordin (9 April 2019). "Asalkan Dia Bahagia popular di Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Asalkan Dia Bahagia Berikutnya
Dia Menantu Rahsia Kamar Kamariah