Askar Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Pusat Latihan Rekrut Port Dickson ditubuhkan tahun 1933 hasil desakan pembesar-pembesar Melayu yang menekan penjajah agar ditubuhkan pasukan askar-askar yang khusus terdiri daripada anak watan untuk mempertahankan tanah air.

Sebelum itu pasukan Burma Rifles dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negara. Dengan penubuhan Askar Melayu, 35-40 peratus kos pertahanan negara dapat dijimatkan.

  • 23.11.1932 Jabatan Perang di London setuju dengan idea penubuhan Askar Melayu. Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan $70,000 untuk membeli ladang getah milik Syarikat Kong Sang di di Port Dickson.

Rekrut pertama[sunting | sunting sumber]

  • 1.2.1933 pengambilan pertama rekrut untuk dilatih sebagai Askar Melayu. 1000 pemuda telah memohon melalui pegawai-pegawai daerah negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tapi cuma 25 orang benar-benar layak.

1.3.1933 mereka melaporkan diri di Haig Lines , Port Dickson kira-kira 7 km di selatan Port Dickson. Kini Haig Lines dikenali sebagai Latihan Tentera Darat atau Lateda.

Pegawai pemerintahnya ialah G.Mc Bruce , Ejutan ialah Kapten K.G.Exham. Sarjan Mejar Regimen ialah AE. Mc Carthy . Sarjan Kuartermaster ialah E. Oldfiled.

Rekrut ini ditempatkan di beberapa bangunan yang dinamakan Arras, Vimy, Somme, Mons dan La Cateau. Latihan rekrut selama 5 bulan.

Nama 25 rekrut itu ialah Abdul Samad Abdullah, Abdul Ghafar Abdullah, Abdul Rahman MD Yatim, Abdul Manaf bin Abdullah, Ahmad Abdullah , Ahmad bin Dono, Ahmad bin Nordin, Ariffin Sulaiman , Awang Abdullah , Buyong Md Yassin, Kadir Haji Hassan, Ibrahim bin Sidek, Ismail bin Tahar, Ismail Manap , Ismail Ahmad, Ismail Mahmood, Jantan Abdul Rahman, Jibal Ahmad, Md Taib Jais, Mohammad Kenit, Musa Ismail, Ngah bin Abdullah, Osman Enggok, Osman Yunus dan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman.

Gaji[sunting | sunting sumber]

  • Bayaran gaji diberi mengikut pangkat :
  • RM 55.00 Sarjan mejar
  • RM 46.00 Kuartermaster
  • RM 38.00 Sarjan Mjar Kompeni
  • RM 32.00 Colour Sarjan
  • RM 32.00 Sarjan Amra
  • RM 26.00 Sarjan
  • RM 19.50 Lans Sarjan
  • RM 18.00 Koperal
  • RM 16.50 Lans Koperal
  • RM 16.50 Bandsman
  • RM 15.00 Prebet

Bekas pegawai pemerintah[sunting | sunting sumber]

Pegawai pemerintah yang pernah berkursus di sini ialah :

Filem Sarjan Hassan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dibuat tahun 1957. Filem ini arahan P. Ramlee dan Lamberto Avellana. Pelakonnya ialah P. Ramlee , Saadiah , Jins Shamsuddin , Salleh Kamil dan Omar Rojik . Produser ialah Shaws Malay Film Productions Ltd.

Sebahagian daripada pelakon diambil dari rekrut Pusat Latihan Rekrut Port Dickson . Salah seorang pelakon tambahan filem ini ialah allahyarham Aman bin Kassim yang tinggal di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Selangor.

Rejimen Askar Melayu diraja