Port Dickson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Port Dickson
Rumah Api Tanjung Tuan
Panggilan: 
PD
Port Dickson yang terletak di Malaysia
Port Dickson
Port Dickson
Lokasi Port Dickson di Semenanjung Malaysia
Koordinat: 2°31′N 101°48′E / 2.517°N 101.800°E / 2.517; 101.800
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
Ditubuhkan1800-an
Penduduk
(2010)[1]
 • Jumlah115,631
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman webMajlis Perbandaran Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. Port Dickson adalah salah satu bandar di dalam lingkungan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan, dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan.


Lokasi[sunting | sunting sumber]

Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong. Mukim-mukim di Port Dickson merangkumi Sirusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 90 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29), dan hanya tiga jam setengah dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan, pelancong dari Singapura termasuk juga warga Kuala Lumpur dan Selangor lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang dan pantai-pantai sekitarnya. Harga tol adalah RM3.20 bagi kenderaan ringan.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di sebuah tanjung kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan tanjung tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirahat untuk pegawai dan peladang British.

Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.

Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.[1]

Asal nama[sunting | sunting sumber]

  • Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
  • Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
  • Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Peta Port Dickson
Pemandangan di salah satu pantai di sekitar Port Dickson
  • 1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
  • 1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan kereta api ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah. Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
  • 1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa.
  • 1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
  • 1965 Port Dickson Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
  • 1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.

Pantai[sunting | sunting sumber]

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya termasuklah:

  • The Lexis Hibiscus
  • Ancasa Resort Apartment
  • Avillion Village Resort
  • Klana Beach Resort
  • Avillion Admiral Cove
  • The Regency Tanjung Tuan Beach Resort
  • Langit-langi Hotel
  • D'Wharf Residences @ PD Waterfront
  • Bayu Beach Resort
  • Casa Rachado Resort
  • Corus Paradise Resort
  • Desa Lagoon Resort
  • Duta Villa Golf Resort
  • Duta Hacienda Riviera Resort
  • Eagle Ranch Resort
  • Glory Beach Resort
  • Grand Lexis Port Dickon
  • Guoman Resort
  • Ilham Resort
  • Hotel Le Paris
  • Lexis Hibiscus Port Dickson
  • Lexis Port Dickson
  • Ris Beach Hotel
  • Selesa Beach Resort
  • Hotel Seri Malaysia
  • Sunshine Bay Resort
  • Primaland Resort
  • Cozzi Hotel
  • Akar Beach Resort
  • PD World Marina Resort
  • Mirage Hotel
  • Grandpa Hotel
  • Thistle Port Dickson
  • The Guest Hotel & Spa
  • Tasik Villa International Resort

Pasaraya/Pusat Beli-belah[sunting | sunting sumber]

  • Oceanic Mall @ The Store (sekarang dikenali sebagai Regina Mall)
  • TF Value-Mart, PD Waterfront
  • Billion Shopping Centre
  • Giant Lukut
  • Family Store Teluk Kemang
  • Tesco Hypermarket Lukut
  • Pasaraya SAKAN
  • Pasaraya KU, PD Sunggala Gateway
  • Pasaraya Mesra

Galeri imej[sunting | sunting sumber]

Pekan-pekan di daerah Port Dickson[sunting | sunting sumber]

  1. Linggi
  2. Permatang
  3. Pengkalan Kempas
  4. Teluk Kemang
  5. Pasir Panjang
  6. Tanjung Tuan
  7. Bandar Sunggala
  8. Sirusa
  9. Siliau
  10. Lukut
  11. Kuala Lukut
  12. Bukit Palong
  13. Jimah
  14. Bandar Springhill

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]