Asmahani Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asmahani Husin merupakan seorang pelakon di Malaysia.Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau berasal Tanah Merah, Kelantan.

Bidang Lakonan[sunting | sunting sumber]

Mula bekerja di ibu pejabat UMNO pada 1977, pembabitan Asmahani dalam bidang lakonan bermula dengan Badan Kesenian UMNO sebelum menyertai Angkatan Seni Pentas Ibu Kota pada tahun 1979.

Tidak lama selepas itu, penulis skrip Bidin Subari menawarkannya berlakon teater Umbut Keladi Tidak Berisi yang merupakan lakonan pentas pertamanya.

Lakonannya itu mendapat perhatian penerbit RTM, Allahyarham Rosli Jalil yang kemudian menawarkannya berlakon drama TV Perginya Membelah Awan pada tahun 1980.

Antara teater lakonannya ialah Tinggi-Tinggi Si Matahari dan Anak Kerbau Mati Mak yang kemudian diadaptasikan ke drama TV.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu turut diingati kerana lakonan berkesannya dalam drama TV seperti Suara Lautan, Penunggu Senja dan Embun. Dalam bidang perfileman, dia hanya sempat berlakon Kabus Tengah Hari.

Beliau telah memenangi Anugerah Seri Angkasa 2005 bagi kategori Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik.

Bidang Politik[sunting | sunting sumber]

Sejak bekerja di Pergerakan Pemuda UMNO pada 2003, dia sudah mula mengurangkan kegiatannya sebagai pelakon TV. Beliau kini menjawat jawatan Setiausaha Peribadi kepada Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Abdul Rahman Dahlan.