Anugerah Seri Angkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Anugerah Seri Angkasa adalah acara penganugerahan televisyen dan radio di Malaysia. Ia mula dicetuskan oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada 1972 dan ia yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM merupakan anugerah berprestij yang mengiktiraf para penggiat penerbitan program-program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia.

Bagaimanapun mulai tahun 2004, kementerian telah membuka peluang kepada stesen-stesen penyiaran tempatan yang lain untuk turut serta mempertandingkan hasil penerbitan warga kerja masing-masing.

Ternyata peluang itu tidak disia-siakan dan ia mendapat sambutan dan kerjasama menggalakkan. Sejak dari itu, ASA mula mempertandingkan hasil kerja stesen-stesen penyiaran selain RTM seperti Astro, TV3, ntv7, 8TV, Star fm, Best 104, Cats fm, AMP, Manis fm dan IKIM fm.

Ini sekali gus menjadikan ASA bukan setakat medan untuk mempertandingkan hasil kerja para penggiat bidang penyiaran tetapi juga menjadi medan persaingan di kalangan stesen-stesen penyiaran terbabit.

Trend ini dapat dilihat apabila setiap stesen penyiaran berlumba-lumba menghantar pencalonan karya terbaik terbitan masing-masing.

Kategori yang dipertandingkan[sunting | sunting sumber]

Kategori TV[sunting | sunting sumber]

  • Drama TV Terbaik
  • Drama TV Bersiri Terbaik
  • Pengarah Drama TV Terbaik
  • Skrip Drama TV Terbaik
  • Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
  • Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
  • Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
  • Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
  • Pelakon Komedi TV Terbaik
  • Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik
  • Buletin Berita TV Terbaik
  • Liputan Berita TV Terbaik
  • Laporan Khas Berita TV Terbaik
  • Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
  • Dokumentari TV Terbaik
  • Majalah TV Terbaik
  • Bicarawara TV Terbaik
  • Penyampai Berita TV Terbaik
  • Wartawan TV Terbaik
  • Hiburan Muzikal TV Terbaik
  • Komedi TV Terbaik
  • Candawara (Game Show) TV Terbaik
  • Rancangan Agama TV Terbaik
  • Pengacara TV Terbaik
  • Penerbitan Sukan TV Terbaik
  • Pengulas TV Terbaik
  • Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
  • Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik
  • Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
  • Kru Kamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
  • Promo TV Terbaik
  • Montaj TV Terbaik
  • Suntingan Rancangan TV Terbaik
  • Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik
  • Audio Rancangan TV Terbaik
  • Pengimbangan Muzik TV Terbaik
  • Rekaan Set TV Terbaik
  • Tatarias TV Terbaik

Kategori Radio[sunting | sunting sumber]

  • DJ Radio Lelaki Terbaik
  • DJ Radio Wanita Terbaik
  • Pengulas Radio Terbaik
  • Penyampai Berita Radio Terbaik
  • Buletin Berita Radio Terbaik
  • Liputan Berita Radio Terbaik
  • Drama Radio Terbaik
  • Skrip Drama Radio Terbaik
  • Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik
  • Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
  • Majalah Radio Terbaik
  • Dokumentari Radio Terbaik
  • Bicarawara Radio Terbaik
  • Rancangan Hiburan Radio Terbaik
  • Rancangan Interaktif Radio Terbaik
  • Rancangan Agama Radio Terbaik
  • PSA Radio Terbaik
  • Promo Radio Terbaik (Jingle/Teaser/Sketsa)
  • Pengimbangan Muzik Radio Terbaik

Kategori Khas[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Khas Juri
  • Anugerah Tokoh Seri Angkasa

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kali terakhir anugerah ini dibuka hanya kepada RTM ialah pada tahun 2001.
  • Anugerah RTM menggantikan ASA sebagai acara untuk kakitangan RTM sahaja.

Pautan[sunting | sunting sumber]