Asyraf Khalid
Asyraf Khalid | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Asyraf bin Khalid 31 Mei 1992 |
| Pekerjaan | Ahli Perniagaan, Hos Podcast |
| Pasangan | Tya Arifin (k. 2015) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu bapa | Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham (ibu kandung) Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin (ibu tiri) Dato' Sri Haji Khalid Mohamad Jiwa (bapa kandung) Dato' Sri Rayyan Joseph King Abdullah (bapa tiri) |
Muhammad Asyraf bin Dato' Sri Haji Khalid dilahirkan pada 31 Mei 1992 di Kedah, Malaysia. Beliau merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik dan anak kepada usahawan terkenal Malaysia, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Yang Mulia Tengku Zawyah binti Tengku Izham, seorang ahli kerabat Diraja Kedah.[1]
Asyraf mula mendapat perhatian umum pada usia 12 tahun apabila bapanya berkahwin dengan Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006. Beliau merupakan satu-satunya anak Khalid yang hadir pada majlis tersebut dan kemudiannya muncul dalam pelbagai penerbitan media, termasuk edisi Majalah NONA yang menjadi antara paling laris, yang memaparkan beliau bersama ibu dan adik-beradiknya.[2]
Walaupun berasal daripada keluarga campuran, hubungan antara Tengku Zawyah dan Siti Nurhaliza mendapat pujian ramai. Sebuah video yang tular pada tahun 2023 menunjukkan kemesraan mereka di sebuah majlis keluarga, dan ramai memuji sikap saling menghormati dan keharmonian antara kedua-duanya.[3]
Walaupun pada awalnya dikenali sebagai anak kepada Dato’ Sri Khalid dan anak tiri kepada Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid kini semakin dikenali atas merit beliau sendiri dalam dunia perniagaan.[4] Hari ini, beliau diiktiraf sebagai seorang usahawan muda yang berpengaruh di Malaysia, menerajui pelbagai syarikat dalam bidang kesihatan, pendidikan, media, dan penjenamaan.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Adik-beradik beliau termasuk ;
Anas Khalid, Pengarah Urusan Rolls Royce Malaysia ; beliau berkahwin dengan Alyssa Hishammuddin, anak kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein;
Adib Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Payong, sebuah syarikat pemula fintech, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios; beliau berkahwin dengan pelakon terkenal Malaysia, Izara Aishah;
Aazief Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Snuff dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CTDK Holdings; beliau tidak dilaporkan berkahwin secara rasmi setakat tahun 2025.
Beliau juga mempunyai dua adik (adik beradik sebapa) hasil perkahwinan bapanya dengan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza:
Siti Aafiyah Khalid (lahir 2018)
Muhammad Afwa Khalid (lahir 2021)
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Asyraf Khalid merupakan seorang usahawan dan perunding media dari Malaysia. Beliau ialah pengasas kepada syarikat komunikasi dan media, Larenme PR & Media, yang memberi tumpuan kepada pengurusan media sosial, perhubungan awam, dan pemasaran berasaskan pengaruh. Larenme telah menguruskan kempen untuk jenama-jenama terkenal seperti PRUBSN, Unifi Business, Kahf dan banyak lagi.
Pada tahun 2024, Asyraf dilantik sebagai Pengarah bagi program Oxford LEAP, sebuah program pemecut kepimpinan dan keusahawanan yang direka dengan kerjasama rakan kongsi dari Oxford, dengan matlamat untuk memberikan pendedahan global kepada usahawan dan eksekutif dari Asia Tenggara.[5]
Beliau juga merupakan pengarah di PTTI, salah satu platform pendidikan dalam talian terbesar di Malaysia yang memberi fokus kepada pelajar SPM. Di sini, beliau turut menjadi hos dan penerbit untuk Podcast Budak SPM.
Asyraf turut berkhidmat sebagai Pengarah Pemasaran bagi jenama lampin bayi yang sedang berkembang pesat, Milk Diaper (The Milk Inc.), yang menyasarkan pasaran serantau ASEAN.
Pada tahun 2025, beliau melabur dalam Roti Awan, sebuah syarikat F&B tempatan, di mana beliau merupakan pemilik bersama dan pengarah.[6]
Podcast
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Januari 2024, Asyraf Khalid bersama rakan rapatnya, Ishraq Kamarudin, telah melancarkan sebuah saluran podcast bernama Apa Cerita? Podcast. Podcast ini diwujudkan dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada golongan muda menerusi perkongsian kisah kejayaan tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang perniagaan, politik, hiburan dan sosial.[7]
Asyraf dan Ishraq sebelum ini pernah bekerjasama dalam perniagaan di bawah syarikat A Klasse Essentials Sdn Bhd pada tahun 2016. Ketika itu, mereka turut menganjurkan program perkongsian secara langsung yang dikenali sebagai The Story, sebuah acara pentas yang berlangsung di Istana Budaya. Acara ini menampilkan tokoh-tokoh ternama seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, serta pengasas bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.
Pada tahun 2018, Ishraq menyertai AirAsia sebagai Pembantu Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, manakala Asyraf meneruskan pembangunan syarikat dan jenama-jenama di bawah naungannya. Kini, dengan Apa Cerita?, kedua-dua sahabat ini kembali dengan semangat baharu untuk membina platform kandungan yang memberi nilai dan inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Antara tetamu terkenal yang pernah muncul dalam Apa Cerita? Podcast termasuk:
- Tun Dr Mahathir Mohamad – Bekas Perdana Menteri Malaysia
- Tan Sri Syed Zainal Abidin – Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
- Tan Sri Abdul Wahid Omar – Bekas Menteri dan tokoh korporat
- Dato’ Wira Ameer Ali Mydin – Pengarah Urusan Mydin
- Meri – Pengasas jenama fesyen Bulan Bintang
- John Lemon – Pengasas Hausboom
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Penyanyi dan usahawan
- Alif Satar – Penyanyi dan pelakon
- YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Ahli Parlimen Muar
- Tan Sri Johari Abdul – Speaker Dewan Rakyat
dan ramai lagi tokoh yang memberi inspirasi menerusi pengalaman hidup dan perjuangan mereka.
Beliau juga menjadi hos dan penerbit bagi podcast lain seperti Unibizity (dengan kerjasama Unifi Business) dan Podcast Budak SPM (dengan PTTI).
Di bawah syarikat produksinya, beliau turut menerbitkan beberapa rancangan podcast lain termasuk:
- Kata Kita Podcast (diacarakan oleh pelakon Diana Danielle)
- Yousihat Podcast (diacarakan oleh Dr. Malar)
- Jom Borak Podcast
Syarikat & Jawatan
[sunting | sunting sumber]Asyraf kini terlibat secara langsung dalam beberapa syarikat dan peranan utama berikut:
- A Klasse Essentials – Pengarah & Pengasas bersama (bersama Tya Arifin), syarikat induk bagi Jamu Mutyara dan Jiwaku Kids
- Larenme PR & Media – Pengasas dan Pengarah
- Oxford LEAP – Pengarah
- PTTI – Pengarah Perkongsian Strategik
- Milk Diaper – Pengarah Pemasaran
- Klasse Production – Pemilik bersama dan pengarah
- Roti Awan – Pemilik bersama dan pengarah
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Asyraf Khalid mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan usahawan terkenal dari Indonesia, Tya Arifin, pada November 2015. Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh ramai tokoh kenamaan termasuk selebriti, ahli politik dan usahawan terkemuka Malaysia serta Indonesia.[8]
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata:
- Arif Jiwa Asyraf lahir pada 31 Mar 2017
- Azzahra Jiwa Asyraf lahir pada 19 May 2019
- Aghnia Amira Jiwa Asyraf, lahir pada 20 Disember 2024
Asyraf pernah menyatakan bahawa keluarga adalah teras kekuatannya dan menjadi pendorong utama dalam setiap keputusan perniagaan dan kehidupan. Beliau juga kerap berkongsi momen kehidupan keluarga di media sosial, dan sering dipuji atas keakraban dan nilai kekeluargaan yang dipamerkan bersama isteri serta anak-anaknya.
Selain peranan sebagai suami dan bapa, Asyraf turut dikenali sebagai seorang yang peramah, berfikiran terbuka, dan mempunyai semangat tinggi dalam membantu anak muda serta komuniti sekeliling. Beliau juga sering dijemput untuk memberi ceramah, temu bual dan sesi perkongsian pengalaman dalam bidang keusahawanan serta pembangunan diri.
Pendidikan & Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Asyraf menerima pendidikan menengahnya di Kolej Tuanku Ja’afar, salah sebuah sekolah berasrama penuh swasta yang terkemuka di Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Perniagaan (Pemasaran) di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia.
Menurut temu bual dan perkongsian daripada individu terdekat, minat Asyraf dalam bidang keusahawanan telah mula terserlah sejak kecil lagi. Diinspirasikan oleh bapanya, beliau mula menjual alat tulis seperti pen dan pemadam seawal usia tujuh tahun. Semasa remaja, beliau turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual telefon bimbit, cakera keras luaran, dan pelbagai barangan elektronik, yang menjadi asas kepada pemahaman awalnya tentang pemasaran dan pengurusan produk.
Pada November 2015, beliau mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan usahawan dari Indonesia, Tya Arifin. Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan dari Malaysia dan Indonesia, termasuk selebriti, ahli politik, dan tokoh-tokoh perniagaan. Pasangan ini sering menjadi perhatian media kerana gabungan kehidupan berkeluarga dan keusahawanan yang dijalani bersama.
SimplySiti
[sunting | sunting sumber]Asyraf Khalid memulakan kerjayanya pada tahun 2009 sebagai Pelatih Pengurusan (Management Trainee) di SimplySiti, sebuah jenama kosmetik yang diasaskan bersama oleh bapanya, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, dan ibu tirinya, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Sebagai sebahagian daripada latihan tersebut, beliau menjalani penempatan secara bergilir di beberapa jabatan utama termasuk pemasaran, jualan, logistik dan kewangan, dengan tempoh tiga bulan bagi setiap jabatan untuk memahami secara menyeluruh operasi syarikat tersebut.[9]
Selepas setahun, beliau dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif Pemasaran. Pada Januari 2016, Asyraf dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.[10] Sepanjang tempoh perkhidmatannya, SimplySiti telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit yang dinamakan Luminous White, yang dilaporkan telah terjual melebihi 500,000 unit.[11] Beliau turut terlibat dalam usaha menjalin kerjasama penjenamaan bersama AirAsia, yang menyaksikan pesawat AirAsia dihiasi dengan jenama SimplySiti serta imej Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Mutyara
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2017, Asyraf Khalid meletakkan jawatan di SimplySiti dan menubuhkan syarikat A Klasse Essentials Sdn. Bhd. yang menguruskan jenama kesihatan Mutyara dan Jiwaku Kids. Di bawah kepimpinannya, Mutyara berkembang pesat dalam industri makanan tambahan herba di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Anugerah & Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Jenama Mutyara telah menerima pelbagai pengiktirafan industri termasuk:
- The BrandLaureate SMEs Best Brand e-Branding Award 2020 (Kategori Kesihatan & Kecantikan)
- Superbrand Malaysia Award
- 100 Top Young CEOs 2020 (Kategori Kesihatan & Kecantikan)
- NONA Superwoman Award 2020 (The Promising Entrepreneur)
- Malaysia Best Business Award 2022 (Usahawan Selebriti – Kesihatan & Kecantikan)
- BISA Award 2023 oleh Sinar Harian
Selain itu, Mutyara dianugerahkan Anugerah Gladiator oleh Richworks selama tiga tahun berturut-turut (2020–2022), yang diberikan kepada syarikat dengan pencapaian pendapatan melebihi RM10 juta sebulan. Syarikat ini mencatatkan peningkatan hasil tahunan daripada RM2 juta (2019) kepada RM12 juta (2020).
Madame Izara
[sunting | sunting sumber]Dalam satu temu bual bersama Richworks, Asyraf Khalid berkongsi mengenai cabaran awal beliau dalam dunia perniagaan selepas meninggalkan SimplySiti.[1] Beliau memulakan sebuah jenama kosmetic bernama Madame yang beroperasi selama dua tahun sebelum terpaksa ditutup akibat beberapa kekangan kewangan dan operasi.
Ketika itu, Asyraf berhadapan dengan pelbagai beban hutang dan kegagalan perniagaan. Namun, beliau tetap berpegang teguh kepada impian untuk berjaya, dan mula mencari bimbingan serta ilmu perniagaan daripada mentor dan pakar industri.
Selepas kegagalan Madame, beliau menubuhkan jenama kesihatan Mutyara, yang menjadi titik perubahan dalam perjalanan keusahawanannya. Kejayaan Mutyara membuka jalan kepada pelancaran jenama kesihatan kanak-kanak Jiwaku Kids, serta pelaburan dalam jenama kesihatan wanita Kilafit, yang dibangunkan bersama beberapa personaliti tempatan termasuk Kilafairy.
Menurut Asyraf, visi jangka panjang beliau adalah untuk membangunkan A Klasse Essentials sebagai sebuah inkubator jenama – membantu selebriti dan tokoh awam membina jenama produk mereka sendiri, dengan pengurusan operasi sepenuhnya dikendalikan oleh pasukan profesional di bawah syarikat beliau.
Inisiatif sosial - The Story
[sunting | sunting sumber]Pada usia 22 tahun, Asyraf Khalid dilantik sebagai Presiden Generasi Bersatu Malaysia (GBM), sebuah NGO yang diusahakan untuk menyuntik semangat pemikiran besar dan aspirasi dalam kalangan belia.
Salah satu projek ketuanya adalah program motivasi dikenali sebagai The Story, yang dijalankan bersama Kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Acara ini menjemput tokoh-tokoh terkenal Malaysia untuk berkongsi cerita inspirasi mereka dengan audien belia. Antara barisan penceramah VIP yang pernah hadir ialah:
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Dato’ Kamarudin Meranun
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza
- Chef Wan
- Aznil Nawawi
- Fauziah Ahmad Daud
- Norman KRU
- Raja Singham (BAC Education Group)
'The Story' mendapat sambutan hangat daripada para belia dan telah disiarkan serta dirakam dalam beberapa episod sebagai bahan video. Ia dirakam dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), termasuk dalam “My Story” initiative mereka pada Oktober 2018.[12][13]
Program ini berjaya menarik perhatian ribuan belia dan mencerminkan komitmen Asyraf terhadap pembangunan modal insan dan inspirasi generasi akan datang.
Legasi dan Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Asyraf Khalid dikenali bukan sahaja sebagai anak kepada tokoh korporat terkenal dan kepada selebriti terkemuka, tetapi juga sebagai individu yang membina legasinya sendiri dalam bidang keusahawanan, media, dan pembangunan bakat muda. Beliau berjaya menubuhkan pelbagai perniagaan dan program yang memberi impak kepada industri kesihatan, pendidikan dan hiburan digital di Malaysia dan rantau ASEAN.
Melalui jenama seperti Mutyara, PTTI, Jiwaku Kids, Roti Awan dan inisiatif seperti Oxford LEAP serta penghasilan pelbagai kandungan podcast yang berpengaruh, beliau telah membina satu ekosistem yang menyatukan usahawan, selebriti dan pemimpin muda dalam satu platform yang dinamik. Gaya kepimpinan beliau yang inklusif dan strategik terus menjadi inspirasi kepada ramai usahawan muda di Malaysia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ [3]
- ^ [4]
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ Releases, Press (2024-02-26). "Apa Cerita? Podcast To Share Life Stories Of Successful And Interesting Individuals | TRP". https://www.therakyatpost.com/ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-26. External link in
|website=(bantuan) - ^ [1]
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ [3]
- ^ "Partners Generasi Bersatu Malaysia in Presenting 'MY STORY'". UniKL Newsroom. 2 Oct 2018.
- ^ "'The Story' of Tun Mahathir". YouTube.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "brandlaureate" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "superbrand" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "gladiator" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "revenue" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "larenme" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "apacerita" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "oxfordleap" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "asyrafig" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "apaapple" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "earlylife" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.