Tya Arifin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tya Arifin
Kelahiran
Nurtria Wulandari binti Arifin

(1994-10-22) 22 Oktober 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon, Penyanyi, Pengacara
Tahun aktif2011 - kini
PasanganAsyraf Khalid (k. 2015)[1]
Anak-anak2
Ibu bapaArifin bin Hasan AS (bapa)
Komariah binti Mahmud (ibu)

Nurtria Wulandari "Tya" Arifin (lahir 22 Oktober 1994)[1] merupakan seorang pelakon wanita Indonesia dan menantu tiri penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.[1][2][3] Tya memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Gending Sriwijaya pada tahun 2012 dan memulakan kerjaya muzik pada 2013 menerusi lagu "Bawalah Aku". Beliau juga berbakat dalam beatboxing[4] dan aktif menjual jamu.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya lakonan Tya Arifin bermula pada 2011. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem Gending Sriwijaya arahan Hanung Bramantyo lakonan bersama Julia Perez (allahyarhamah), Agus Kuncoro, Slamet Rahardjo dan Jajang C. Noer yang ditayangkan pada 10 Januari 2013.[6]

Pada tahun 2013, beliau merakamkan single solo pertamanya bertajuk "Bawalah Aku" ciptaan Anang Hermansyah.[7][8]

Tya membintangi dua sinetron dalam tahun 2015—Para Pencari Tuhan untuk siaran di SCTV dan Preman Pensiun untuk RCTI.[9][10] Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dan Beto Kusyairy dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Cendana. Tya turut merakamkan runut bunyi telefilem itu dengan judul sama.[11]

Beliau mengacarakan rancangan In Love With Tya yang memfokuskan kehidupan dan kerjayanya, yang memulakan siaran di Naura bermula 8 April 2019.[12]

Sebagai seorang usahawati, beliau menjual produk jamu yang diwarisi daripada nenek moyang beliau, di bawah jenama Mutyara Beauty.[13][14][15]

Tya bakal muncul dalam filem penyiasatan, Misi Operasi X, memegang watak sebagai Fifi, kekasih Don Pedro, lakonan Ebi Kornelis. Filem ini turut dibintangi oleh Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj dan Adam Shahz.[16][17]

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2019, Tya telah dilantik oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Ibu 2019. Beliau berkata mengenai pelantikannya: "Satu penghormatan dan kebanggaan buat diri saya apabila mendapat pengiktirafan itu. Pihak HKL tahu bagaimana perjalanan saya sebagai ibu yang gigih mahu menyusukan anak. Ia secara tidak langsung menjadi tanggungjawab besar buat saya untuk menyebarkan maklumat betul kepada umum,".[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia, Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri Siti Nurhaliza pada 1 November 2015[19][20] dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017.[21] Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, Malaysia.[22]

Pada Januari 2019, Tya mengumumkan menimang cahaya mata kedua.[23] Pada 8 Mei, beliau dan suami, Asyraf dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung bernama Azzahra Jiwa, menjadikan pasangan ini mempunyai dua anak.[24][25]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Gending Sriwijaya
Merry Go Round
Tak Sempurna
King of Rock City
2014 2014
EARTHBOUND: Tragedi Tsunami Aceh Filem pendek
2015 Garuda Superhero
Gila dan Jiwa
2019 Preman Pensiun Kinanti
M.O.X: Misi Operasi X Fifi

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Stesen TV Catatan
2014 Jamesbond
2015 Para Pencari Tuhan SCTV
Preman Pensiun Kinanti RCTI

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Bidadari Cendana Astro Citra Lakonan pertama di Malaysia
Perempuan Disarung Ungu Marziah Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen TV Catatan
2018 Maharaja Lawak Mega 2018 Astro Warna Juri
MeleTOP Astro Ria Pengacara jemputan
2019 Artis jemputan
In Love With Tya Naura HD

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2015 Bawang Merah Bawang Putih Melor

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2013
"Bawalah Aku"
2016
"Bidadari"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah KPID 2014 Pemeran Karakter Wanita Terpuji Menang
2015 Festival Film Bandung 2015 Pemeran Wanita Sinetron Serial Terpuji Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Artis Indonesia Menantu Siti Nurhaliza Ini Jatuh Dari Tangga, Begini Kondisinya Sekarang Tribun Seleb, 18 November 2017. (Indonesia).
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Januari 2016). Letak diri sebaris pelakon baru lain Berita Harian. Dicapai pada 23 November 2016.
  3. ^ Zaidi Mohamad (4 Julai 2019). Tya masih teringin berlakon Berita Harian. Dicapai pada 23 November 2019.
  4. ^ Yohanes Adi Pamungkas (12 Julai 2015). Tya Arifin mahir beatbox di tengah dominasi kaum laki-laki Tabloid Bintang. Dicapai pada 12 Julai 2015. (Indonesia)
  5. ^ Zaidi Mohamad (7 Julai 2018). Tya Arifin tak segan jual jamu Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2019.
  6. ^ Gending Sriwijaya, Para Pejuang dari Negeri Sriwijaya Liputan6 (23 April 2013). Dicapai pada 11 Jun 2013. (Indonesia)
  7. ^ Adib Mujaddid (14 September 2013). Anang Hermansyah pilih Tya Arifin nyanyikan lagunya KapanLagi.com. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  8. ^ Tya Arifin ‘gandeng’ Anang Hermansyah Media Bisnis Daily (9 Disember 2013). Dicapai pada 10 Disember 2013. (Indonesia)
  9. ^ Kesan Tya Arifin bergaul dengan mantan preman TribunNews (9 Januari 2019). Dicapai pada 23 Jun 2019. (Indonesia)
  10. ^ Ferry Noviandi dan Wahyu Tri Laksono (8 Januari 2019). Bahasa jadi kendala Tya Arifin main di film Preman Pensiun Suara.com. Dicapai pada 23 Jun 2019). (Indonesia).
  11. ^ Ahmad Shah (5 Jun 2016). Aiman Hakim, Beto Kusyairy dan Tya Arifin terperangkap dalam cinta 3 segi Astro Gempak. Dicapai pada 5 Jun 2016.
  12. ^ Tya Arifin on Instagram: In Love with Tya malam ini pukul 9 di Astro Naura Tya Arifin. Dicapai pada 8 April 2019.
  13. ^ Siti Zarinah Sahib (8 Ogos 2018). Tya tauke jamu Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  14. ^ Nur Sofea (29 Julai 2018). Tya Arifin luaskan legasi jamu keluarga dengan Mutyara Beauty Her Inspirasi. Dicapai pada 29 Julai 2018. "Dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan jamu, Tya Ariffin kini memperkenalkan Mutyara Beauty".
  15. ^ Rifatun Nadhiroh (11 Januari 2019). Kini Sukses Berbisnis Jamu Mutyara, Tya Arifin Artis 'Preman Pensiun' Umumkan Hamil Anak Kedua TribunNews. Dicapai pada 20 Mei 2019. (Indonesia)
  16. ^ Feride Hikmet Atak (29 Oktober 2019). Tya hargai kepercayaan suami Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2019.
  17. ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 November 2019). Tya syukur dapat restu suami Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2019.
  18. ^ Feride Hikmet Atak (10 November 2019). Tya terharu ramai ikut petua menyusukan anak Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2019.
  19. ^ Mauludi Rismoyo (27 Ogos 2015). Cerita Tya Arifin 'Ditembak' Bangsawan Malaysia di Kemang DetikHOT. Dicapai pada 1 September 2015. (Indonesia)
  20. ^ Saharuddin Musthafa (8 Novemebr 2015). Persandingan Asyraf - Tya Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2015.
  21. ^ Zaidi Mohamad (31 Mac 2017). Asyraf, Tya namakan anak Arif Jiwa Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2017.
  22. ^ Veynindia Esaloni Pardede (12 Ogos 2016). Di Malaysia, Tya Arifin Sibuk Silaturahmi ke Keluarga Suami DetikHOT. Dicapai pada 12 Ogos 2016. (Indonesia)
  23. ^ Hilda T. (15 Januari 2019). Hamil Anak Kedua, 10 Potret Terbaru Tya Arifin Menantu Siti Nurhaliza IDN Times. Dicapai pada 2 Mei 2019. (Indonesia)
  24. ^ Tya Arifin selamat bersalin, namakan bayi kedua Azzahra Jiwa Asyraf Astro Awani (8 Mei 2019). Dicapai pada 16 Mei 2019.
  25. ^ Menantu Siti Nurhaliza, Tya Arifin melahirkan anak kedua InsertLive (8 Mei 2019). Dicapai pada 16 Mei 2019. (Indonesia)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]