Khalid Mohamad Jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Khalid Mohd Jiwa

Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa (atau juga dikenali sebagai Datuk K) adalah seorang usahawan Melayu di Malaysia. Dato' Sri Khalid adalah pengerusi syarikat kosmetik No 1 Malaysia, SimplySiti Sdn. Bhd. Dato Sri Khalid juga merupakan pengarah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Beliau juga adalah suami kepada penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Sebelum pernikahan bersama Dato Siti, Beliau berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham nanum bercerai pada 2004. Mereka memiliki empat orang anak, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.[1]

Muhd Anas Zawawi adalah seorang ahli perniagaan yang di segani di Malaysia. Pada tahun 2012, beliau telah bernikah dengan Nasha Alyssa yang merupakan anak kepada Dato Sri Hishamudin Tun Hussien, ( Menteri Dalam Negeri, Malaysia )

Muhammad Adib & Muhammad Asyraf merupakan icon usahawan muda di Malaysia. Mereka di kenali kerana telah mencapai banyak kejayaan di usia yang muda. Adib adalah CEO Tune Music, yang merupakan anak syarikat Tune Group. Adib Merupakan rakan kongsi Tan Sri Tony Fernandes & Dato Sri Kamarudin Meranun.[2]

Asyraf pula adalah President Generasi Bersatu Malaysia & pengarah exekutif Simplysiti. [3] Aazief pula masih belajar di University.

Rujukan[sunting | sunting sumber]