Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Awang ialah nama gelaran umum bagi kanak-kanak lelaki yang tidak dikenali namanya dalam masyarakat Melayu sementara Semek / Mek adalah gelaran umum bagi kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali namanya. Awang tidak dianggap perkataan menghina atau merendah-rendahkan seseorang, hanya digunakan sebagai ganti nama ketiga dalam istilah umum, sama seperti istilah sianu.

Nama Awang sering dikaitkan dengan kebiasaan bagi kanak-kanak seperti comot, babir (tidak mendegar kata), bergelumang lumpur dan melucukan . Dalam masyarakat Melayu, beberapa cerita kelakar dikaitkan dengan nama Awang (sebagai nama umum).

Contohnya Awang Kenik, Awang Tiga Suku, Awang Buntal, Awang Pusing Keliling dan Awang Buncit, yang kesemuanya menggunakan perkataan Awang bagi menggambarkan sifat umum.

Terdapat juga gelaran Awang yang digunakan oleh pencerita hikayat seperti Awang Batil.

Penulis Utusan Malaysia menggelar dirinya sebagai Awang Selamat dan Awang Sulung. Dalam Hikayat Malim Deman, watak Awang Selamat adalah watak pembantu kepada hero. Watak Awang Selamat sering muncul dalam hikayat-hikayat.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar Awang semasa kecilnya. Ini kerana wataknya yang nakal , gelap dan tidak kacak . Beliau agak berlainan dengan adik-beradiknya yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ramlah Adam ' Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra ' DBP , 2004 hlm 4.

awang juga adalah nama keluarga bangsawan brunei. nama ini diwarisi melalui anak lelaki.