Awang Mahyan Awang Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Awang Mahyan Awang Mohamad merupakan bekas jurulatih pasukan bolasepak Sarawak dalam Liga Malaysia pada 1980-1990. Beliau telah mencipta slogan 'Ngap Sayot' untuk menyuntik semangat pasukan bola sepak negeri itu. Ngap Sayot bermaksud pasukan lawan mudah dikalahkan. Frasa ini turut digunakan di sekolah menengah tertentu.

Beliau pernah terjun ke dalam Sungai Sarawak apabila pasukan bolasepak Sarawak berjaya melangkah ke Piala Malaysia. Pada masa tersebut agak sukar untuk negeri-negeri untuk melangkah ke Piala Malaysia kerana hanya 8 pasukan sahaja yang akan bertanding. Kini beliau aktif dalam sukan boling padang

Pada 20 Mei 2010, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu menggunakan slogan Nyap Sayot. Ikrar itu sempena kemenangan DAP dalam Pilihan raya kecil Sibu 2010 dan bagi menghadapi Pilihan raya DUN Sarawak 2011.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]