Liga Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Liga Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak di Malaysia dan ia juga selalunya diringkaskan sebagai Liga M. Penyelenggaraan Liga Malaysia dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Bola sepak telah bermula di Malaysia seawal tahun 1921 dengan teranjurnya Piala Malaya (iaitu nama asal bagi Piala Malaysia).

Ketika ini Liga Malaysia merangkumi kejohanan yang berbentuk liga dan piala. Semenjak pertama kali diadakan iaitu 1921 hingga 1988 kejohanan bola sepak di Malaysia dijalankan secara amatur.

Pada tahun 1989 Liga Malaysia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik setelah diperkenalkan liga bertaraf separuh profesional. Mulai musim 1993 Liga Malaysia telah memasuki era profesional sepenuhnya.


Sistem Piramid Bolasepak Malaysia[sunting | sunting sumber]

2023[sunting | sunting sumber]

Tahap Liga/Divisyen
I Liga Super Malaysia (MSL)
14 Kelab
↓1 Play-off penyingkiran
↓1 Tempat penyingkiran
II Liga Premier Malaysia (MPL)
Tidak diadakan sejak 2023
II Liga M3 Malaysia
14 Kelab
↑1 Tempat promosi
↑1 Tempat play-off promosi
↓2 tempat penyingkiran
III Liga M4 Malaysia
15 Kelab dipecahkan kepada 3 zon
↑2 Tempat promosi
Zon 1
Tengah/Selatan
6 kelab
Zon 2
Pantai Timur
5 kelab
Zon 3
Borneo
4 kelab
IV Liga M5 Malaysia
Liga Super Perlis
Liga M5 PBDLMS
Liga Bolasepak Manjung
Liga Bolasepak Kelantan
Liga Amatur Pahang
Liga Mahkota Pekan
Liga M5 PBKL

Liga Putrajaya

A-Ligue Champions League M5

Southern Selangor League
Citi League
Footy Premier League
MAHSA-Kronos M5 League
SLigue Sarawak
VLigue M5 Sabah


Musim 2022[sunting | sunting sumber]

Tahap Liga/Divisyen
I Liga Super Malaysia (MSL)
12 Kelab
↓2 Tempat penyingkiran
II Liga Premier Malaysia (MPL)
12 Kelab
↑2 Tempat promosi
↓2 Tempat play-off penyingkiran
III Liga M3 Malaysia
12 Kelab
↑2 Tempat play-off promosi
↓2 tempat penyingkiran
IV Liga M4 Malaysia
12 Kelab
↑2 Tempat promosi
↓2 tempat penyingkiran
V Liga M5 Malaysia

Liga Negeri-Negeri

Wilayah Persekutuan
Melaka
Johor
Negeri Sembilan
Kedah
Perlis
Kelantan

Liga-Liga Sosial (TBD)

Liga Shah Alam
Liga Bolasepak Subang
Sunarize Soccer League
Liga Premier Sosial Selangor
Liga Amatur Shah
Liga Amatur Terengganu
Liga Komuniti Puchong
Liga Lembah Klang M4
Liga Mahsa

2021[sunting | sunting sumber]

Tahap Liga/Divisyen
I Liga Super Malaysia (MSL)
12 Kelab
↓2 Tempat penyingkiran
II Liga Premier Malaysia (MPL)
12 Kelab
↑2 Tempat promosi
↓2 Tempat play-off penyingkiran
III Liga M3 Malaysia
20 Kelab
↑2 Tempat play-off promosi
↓8 tempat penyingkiran
IV Liga M4 Malaysia
Liga Negeri-Negeri

Wilayah Persekutuan
Melaka
Johor
Negeri Sembilan
Kedah
Perlis
Kelantan

Liga-Liga Sosial (TBD)

Liga Shah Alam
Liga Bolasepak Subang
Sunarize Soccer League
Liga Premier Sosial Selangor
Liga Amatur Shah
Liga Amatur Terengganu
Liga Komuniti Puchong
Liga Lembah Klang M4
Liga Mahsa


Liga[sunting | sunting sumber]

Tahap Satu - Profesional[sunting | sunting sumber]

Tahap Dua - Profesional[sunting | sunting sumber]

Tahap Tiga - Separuh Profesional[sunting | sunting sumber]

Liga ini dikendalikan oleh Liga Bolasepak Amatur Malaysia

Tahap Empat - Amatur[sunting | sunting sumber]

Liga ini terdiri daripada liga-liga yang dikendalikan oleh pengendali swasta dan persatuan-persatuan negeri. Liga-liga ini harus diiktiraf oleh Liga Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Amatur Malaysia untuk dijadikan sebahagian daripada Liga M4.

Tahap Lima- Amatur[sunting | sunting sumber]

Sistem liga persatuan-persatuan negeri[sunting | sunting sumber]

Selangor[sunting | sunting sumber]

Sistem liga Persatuan Bola Sepak Selangor adalah sistem liga persatuan negeri di negeri Selangor dan bermula dari tahap 5 dalam sistem liga Malaysia dengan Liga Super Selangor di atas. PNSB merupakan juara bertahan pada musim 2014. Sistem liga ini mempunyai 3 divisyen utama di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Selangor disamping liga-liga daerah dan kawasan Selangor yang masing-masing dikelolakan oleh persatuan daerah dan kawasan. 4 Pasukan bertanding di atas sistem bolasepak persatuan negeri: Selangor (Liga Super Malaysia), PKNS (Liga Premier Malaysia), Megah Murni dan AirAsia Allstars (Liga FAM Malaysia).

Tahap

Liga/Divisyen
V Liga Super
(20 Kelab)
VI Bahagian Perdana
(19 Kelab)
VII Bahagian I
(19 Kelab)
VIII Bahagian II
(19 Kelab)
Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Sistem liga Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur adalah sistem liga persatuan negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bermula dari tahap 5 dalam sistem liga Malaysia dengan Liga Super Kuala Lumpur di atasnya. Young Fighters merupakan juara bertahan pada musim 2014. Sistem liga ini mempunyai 3 divisyen utama di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur. Sebanyak 8 Pasukan bertanding di atas sistem bolasepak persatuan negeri: Felda United dan Sime Darby (Liga Super Malaysia), SPA, DRB Hicom dan Kuala Lumpur (Liga Premier Malaysia) serta Felcra, Young Fighters dan MOF (Liga FAM Malaysia).

Tahap

Liga/Divisyen
V Liga Super
(14 kelab)
1 tempat promosi ke Liga M4
VI Bahagian Satu
(24 kelab)
VII Bahagian Dua
(24 kelab)
Melaka[sunting | sunting sumber]

Sistem Liga Melaka adalah sistem liga persatuan negeri di Melaka dan bermula dari tahap 5 dalam sistem liga Malaysia dengan Liga Melaka Divisyen Satu di atasnya. UTeM FC merupakan juara bertahan pada musim 2017. Sistem liga ini mempunyai 3 divisyen utama di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Melaka Bersatu. Sebanyak 1 pasukan bertanding di atas sistem bolasepak persatuan negeri: Melaka United (Liga Super).

Tahap

Liga/Divisyen
V Divisyen 1
13 pasukan
1 tempat promosi ke Liga M4
2 tempat penyingkiran
VI Divisyen 2
11 pasukan
2 tempat promosi
2 tempat penyingkiran
VII Divisyen 3
26 pasukan
2 tempat promosi

Piala[sunting | sunting sumber]

Profesional

Profesional dan Separuh Profesional

Separuh Profesional dan Amatur

Kesemua piala ini dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Piala Sumbangsih

Piala Cabaran