Pilihan raya DUN Sarawak 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pilihan raya DUN Sarawak 2011
Malaysia
← 2006 16 April 2011 (2011-04-16) 2016 →

Semua 71 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak
  Parti majoriti Parti minoriti
  Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.jpg Baru Bian.jpg
Pemimpin Abdul Taib Mahmud Baru Bian
Parti Barisan Nasional Pakatan Rakyat
Pemimpin sejak 1981 (1981) 2009[1]
Kerusi pemimpin Balingian Ba'kelalan
Pilihan raya
lepas
62 kerusi, 61.8% 8 kerusi, 37.1%
Kerusi sebelum 63 7
Kerusi yang
dimenangi
55 15
Perubahan kerusi 8 8
Undian popular 372,379 277,329
Peratusan 55.4 41.2
Peralihan undi 6.4 4.1

Ketua Menteri

Abdul Taib Mahmud
Barisan Nasional

Ketua Menteri yang dilantik

Abdul Taib Mahmud
Barisan Nasional

PR ADUN SARAWAK.jpg
Peta DUN Sarawak 2011

Pilihan raya DUN Sarawak 2011 adalah pilihan raya yang ke-10 apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac 2011. Penamaan calon dibuat pada 6 April 2011 manakala hari pengundian diadakan pada 16 April 2011.

Pilihan raya tersebut menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, walaupun dengan kekalahan beberapa kerusi.[2] BN kehilangan lapan kerusi, terutamanya melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Pemimpin SUPP yang merupakan timbalan ketua menteri George Chan Hong Nam gagal mempertahankan kerusinya. Parti pembangkang Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi, tetapi masih gagal mencapai matlamatnya untuk menafikan majoriti dua pertiga BN. Parti komponen yang mempunyai paling banyak pertambahan kerusi ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang memenangi dua kali ganda kerusi iaitu 12 kerusi berbanding 6 kerusi pada tahun 2006.[2]

Taib, yang telah menjadi Ketua Menteri selama 30 tahun, mengangkat sumpah bagi penggal kelapannya pada malam yang sama.[3]

Profil Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

DUN Sarawak mempunyai 71 kawasan pilihan raya. N57 Belaga merupakan DUN yang terbesar di Sarawak.

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar melalui pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 21 Mac 2011.

Pada awalnya Pakatan Rakyat Sarawak(PKR-DAP-PAS-SNAP) berbincang untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional di 71 DUN. Walau bagaimanapun, akhirnya PKR dan SNAP bertembung di 25 kerusi semasa hari penamaan calon. Sebagai parti yang di asaskan di Sarawak, SNAP merasakan bahawa hak kawasan tradisi (kawasan majoriti Dayak) seperti cuba dirampas dan diceroboh oleh rakan pakatan mereka iaitu PKR.

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon diadakan pada 6 April 2011 de seluruh 71 DUN di Sarawak. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Selepas proses penamaan selesai, terdapat pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di DUN Belaga dan DUN Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di DUN Ngemah serta DUN Jepak.

Parti bertanding[sunting | sunting sumber]

Pada kali ini Barisan Nasional bertanding di kesemua 71 kerusi DUN di Sarawak. Pakatan Rakyat Sarawak termasuk SNAP sebelum ini berbincang untuk tidak bertandng sesama sendiri untuk melawan BN satu lawan satu. Namun, SNAP dan PKR tidak ada jalan penyelesaian mengenai jumlah kerusi yang menyebabkan pembankang berlawan sesama sendiri di lebih 20 kerusi, terutama di kawasan majoriti Dayak.

Parti Kerusi ditandingi
Barisan Nasional: 71
    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu 35
    Parti Rakyat Sarawak 9
    Parti Demokratik Progresif Sarawak 8
    Parti Rakyat Bersatu Sarawak 19
Pakatan Rakyat: 69
    Parti Keadilan Rakyat 49
    Parti Tindakan Demokratik 15
    Parti Islam SeMalaysia 5
Parti Kebangsaan Sarawak 26
Parti Cinta Malaysia 6
BEBAS 41
Total 213

Kempen pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional memberi jaminan untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mempertingkatkan program pembangunan untuk semua rakyat. Program pembangunan yang sedang dilaksanakan termasuk projek-projek kemudahan asas seperti jalan raya bekalan air, elektrik dan sekolah akan dilaksanakan mengikut jadual demi kemudahan rakyat.

Antara isu besar yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat adalah mengenai hak tanah adat terutama bagi kaum Dayak. Selain itu, dakwaan tidak berasas terhadap Ketua Menteri Sarawak juga menjadi bahan kempen yang mana mengatakan beliau mempunyai kekayaan luar biasa melalui pembalakan yang berleluasa di Sarawak. Pakatan Rakyat juga berjanji akan melantik Ketua PKR Sarawak, Baru Bian jika mereka menang pilihan raya.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengatakan Pakatan Rakyat terutama PKR merupakan pari luar atau semenanjung yang mengganggu parti asal Sarawak berasaskan kaum Dayak.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Sejumlah 18,363 pengundi pos yang layak mengundi di dalam pilihan raya ini. Di bawah undang-undang pilihan raya Malaysia, guru-guru, tentera, polis dan pelajar yang jauh daripada kawasan pilihan raya mereka layak untuk menyerahkan undi mereka.[4]


s • b Ringkasan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak - 16 April 2011
Undi % undian Kerusi % drp kerusi +/–
Barisan Nasional: 372,379 55.36 55 77.46 8[nb 1]
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 192,785 28.66 35 49.30
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 111,781 16.62 6 8.45 6
Parti Rakyat Sarawak (PRS) 35,120 5.22 8 11.27
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 32,693 4.86 6 8.45 2
Pakatan Rakyat: 277,329 41.23 15 21.13 8[nb 2]
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 134,847 20.05 12 16.90 6
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 117,100 17.41 3 4.23 2
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 15,663 2.33 0 0.00
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 9,719 1.44 0 0.00
Parti Cinta Malaysia (PCM) 2,895 0.43 0 0.00 1
Bebas 20,064 2.98 1 1.41
Keseluruhan jumlah 672,667 100.00 71 100.00

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[5]

  1. ^ BN had an assemblyman (Larry Sng) who did not belong to any party. Sng did not contest the election and his seat (Pelagus) was won by an independent, counting as one additional loss for BN.
  2. ^ Coalition formed after previous election.

Berikut adalah keputusan rasmi yang telah diumumkan oleh SPR:[6]

Calon-calon yang bertanding[sunting | sunting sumber]

No. DUN Parti Penyandang Ahli yang Dipilih Parti yang dipilih Jumlah Undi Lawan Parti Lawan Jumlah Undi Majoriti Penyandang Terdahulu
BN 55 | PR 15 | Bebas 1
N1 Opar BN Ranum Anak Mina BN 3,360 Stephen Anak Sagir
Joseph Jindy Anak Peter Rosen
Boniface Willy Anak Tumek
SNAP
Bebas
PR
674
475
1,354
2,006 Ranum Anak Mina (BN-SUPP)
N2 Tasik Biru BN Datuk Peter Nansian Ngusie BN 5,829 Frankie Jurem Anak Nyombui
Datuk John Tenewi Nuek @ John Tenewi
SNAP
PR
825
3,757
2,072 Datuk Peter Nansian Ngusie (BN-SPDP)
N3 Tanjung Datu BN Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem BN 4,218 Gilbert Asson Anak Kulong
Nani Bt Sahari
Bebas
PR
215
1,002
3,216 Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem (BN-PBB)
N4 Pantai Damai BN Dr.Abdul Rahman Bin Junaidi BN 7,425 Suhaini Bin Selamat
Wan Zainal Abidin Bin Wan Senusi
Bebas
PR
111
2,354
5,071 Dr.Abdul Rahman Bin Junaidi (BN-PBB)
N5 Demak Laut BN Dr.Hazland Bin Abang Hipni BN 5,522 Ali Hossen Bin Abang PR 1,770 3,752 Datuk Dr.Abang Hj Abd. Rauf Abang Hj. Zen (BN-PBB)
N6 Tupong BN Datuk Ir.Haji Daud Abdul Rahman BN 8,304 Baharuddin @ Din Shah Bin Mokhsen PR 3,753 4,551 Datuk Ir.Haji Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
N7 Samariang BN Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali BN 8,008 Zulrusdi Bin Mohamad Hol PR 2,557 5,431 Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
N8 Satok BN Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg BN 4,691 Ahmad Nazib Johari PR 1,891 2,800 Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (BN-PBB)
N9 Padungan PR Wong King Wei PR 11,957 Dominique Ng Kim Ho
Sim Kiang Chiok
Bebas
BN
439
4,073
7,884 Dominique Ng Kim Ho (PR-PKR)
N10 Pending PR Violet Yong Wui Wui PR 14,375 Prof.Dr Sim Kui Hian BN 6,780 7,595 Violet Yong Wui Wui (PR-DAP)
N11 Batu Lintang PR See Chee How PR 13,235 Sih Hua Tong
Soo Lina
BN
Bebas
4,854
290
8,381 Voon Lee Shan (PR-DAP)
N12 Kota Sentosa PR Chong Chieng Jen PR 12,594 Yap Chin Loi BN 7,770 4,824 Chong Chieng Jen (PR-DAP)
N13 Batu Kawa BN Christina Chiew Wang See PR 7,439 Tan Joo Phoi BN 6,896 543 Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
N14 Asajaya BN Hj.Abdul Karim Rahman Hamzah BN 7,597 Arip Bin Ameran PR 3,108 4,489 Hj.Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
N15 Muara Tuang BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud BN 11,039 Noraini Binti Hamzah PR 3,196 7,843 Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
N16 Bengoh BN Dr.Jerip Susil BN 8,093 Willie Anak Mongin
Wejok Anak Tomik
Richard@Peter A/L Margaret
PR
Bebas
SNAP
4,447
1,007
928
3,646 Dr.Jerip Susil (BN-SUPP)
N17 Tarat BN Roland Sagah Wee Inn BN 6,287 Ateng Anak Jeros
Peter Ato Anak Mayau
SNAP
PR
567
4,292
1,995 Roland Sagah Wee Inn (BN-PBB)
N18 Tebedu BN Dato' Sri Micheal Manyin Jawong BN 6,196 Kipli Bin Ale
Christoper Anak Kiyui
Anthony Anak Nais
Bebas
PR
SNAP
260
2,130
468
4,066 Dato' Sri Micheal Manyin Jawong (BN-PBB)
N19 Kedup BN Maclaine Ben @ Martin Ben BN 6,476 Lainus Anak Andrew Luwak
Amin Anak Banti
Belayong Anak Jawan
PR
Bebas
SNAP
4,211
397
666
2,265 Frederick Bayoi Manggie (BN-PBB)
N20 Sadong Jaya BN Aidel Bin Lariwoo BN 4,008 Mahayudin Bin Wahab
Abang Eddy Allyanni Bin Abang Fauzi
Bebas
PR
402
1,074
2,934 Dato' Hj Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
N21 Simunjan BN Haji Naroden Majais BN 5,495 Mashor Bin Hussein
Zaini Bin Le'
Mac Palima Anak Nyambil
PR
Bebas
PCM
1,417
179
237
4,048 Haji Naroden Majais (BN-PBB)
N22 Sebuyau BN Haji Julaihi Bin Narawi BN 4,045 Ali Bin Semsu
Adam Bin Ahid
Bebas
PR
67
1,769
2,276 Haji Julaihi Narawi
N23 Lingga BN Hajjah Simoi Peri BN 3,652 Abg Ahmad Arabi Bin Abg Bolhassan
Abang Othman Bin Abang Haji Gom
PR
SNAP
1,146
359
2,506 Hajjah Simoi Peri (BN-PBB)
N24 Beting Maro BN Razaili Gapor BN 3,069 Abang Ahmad Kerdee Bin Abang Masagus PR 2,678 391 Datuk Haji Bolhassan Di (BN-PBB)
N25 Balai Ringin BN Snowdan Lawan BN 4,145 Ibi Anak Uding
Dan A/K Giang
Lipeh Anak Mawi
Cobbold Anak Lusoi
Sujal Anak Gansi
PR
SNAP
PCM
Bebas
Bebas
1,260
765
126
85
32
2,885 Snowdan Lawan (BN-PRS)
N26 Bukit Begunan BN Mong Dagang BN 3,671 Lias Anak Julai
Jimmy Lim @ Jimmy Donald
Ivanhoe Anthony Anak Belon
Bebas
PR
SNAP
188
898
638
2,773 Mong Dagang (BN-PRS)
N27 Simanggang BN Datuk Francis Harden Hollis BN 4,758 Leon Jimat Donald PR 2,311 2,447 Datuk Francis Harden Hollis (BN-SUPP)
N28 Engkilili PR Dr.Johnical Rayong Ngipa BN 4,928 Jimmy Simon Maja
Semijie Anak Janting
Marudi @ Barudi Anak Mawang
Bebas
SNAP
PR
414
393
1,121
3,807 Dr.Johnical Rayong Ngipa (BN-SUPP)
N29 Batang Ai BN Malcom Mussen Lamoh BN 4,460 Nicholas Bawin Anggat PR 1,719 2,741 Malcom Mussen Lamoh (BN-PRS)
N30 Saribas BN Ricky@Mohamad Razi Bin Sitam BN 3,865 Abang Zulkifli Abang Engkeh PR 2,137 1,728 Dr.Haji Wahbi Haji Junaidi (BN-PBB)
N31 Layar BN Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang BN 3,703 Joe Anak Unggang
Stanley Embat Pharoh Anak Laja
Ngumbang@Kibak Anak Datu
SNAP
PR
Bebas
183
1,787
170
1,916 Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang (BN-PBB)
N32 Bukit Saban BN Robert Lawson Chuat BN 3,899 Jerah Anak Engkiong @ Edward Jerah
Dayrell Walter Entrie
PR
SNAP
1,125
641
2,774 Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
N33 Kalaka BN Datuk Abdul Wahab Aziz BN 6,865 Ismail Bin Hussein
Mohd Yahya Bin Abdullah
Bebas
PR
1,665
1,511
5,170 Datuk Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
N34 Krian BN Ali Anak Biju PR 5,178 Liman Anak Sujang
Datuk Peter Nyarok Anak Entrie
Banyi Anak Beriak
SNAP
BN
Bebas
216
3,088
125
2,090 Datuk Peter Nyarok Entrie (BN-SPDP)
N35 Belawai BN Datu Len Talif Salleh BN 5,164 Abdul Wahab Bin Abdullah
Kiprawi Bin Suhaili
PR
Bebas
618
133
4,546 Datuk Haji Hamden Ahmad (BN-PBB)
N36 Semop BN Razaili Gapor BN 4,814 Ong Chuang Siew
Ajiji Bin Fauzan
PR
Bebas
564
419
4,250 Dato' Sri Awang Asfia Awang Nassar (BN-PBB)
N37 Daro BN Murni Suhaili BN 3,867 Jamaludin Bin Ibrahim
Mohamad Zamhari Bin Berawi
Noh @ Mohamad Noh Bin Bakri @ Bakeri
PR
Bebas
Bebas
475
670
129
3,197 Murni Suhaili (BN-PBB)
N38 Jemoreng BN Gani @ Abu Seman Jahwie BN 4,505 Asbor Bin Abdullah
Abdul Hafiz Bin Noh
Bebas
Bebas
77
1,579
2,926 Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
N39 Repok BN Wong Hua Seh PR 7,900 Datuk David Teng Lung Chi BN 5,221 2,679 Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
N40 Meradong PR Ting Tze Fui PR 6,884 Ling Kie Kiong BN 4,197 2,687 Ting Tze Fui (PR-DAP)
N41 Pakan BN Dato' Sri William Mawan Ikom BN 3,938 Jamal Bin Abdullah @ Tedong Anak Gunda SNAP 2,741 1,197 Dato' Sri William Mawan Ikom (BN-SPDP)
N42 Meluan BN Wong Judat BN 4,615 John Brian Anthony Anak Jeremy Guang
Labang Anak Jamba
PR
SNAP
2,973
312
1,642 Wong Judat (BN-SPDP)
N43 Ngemah Bebas Alexander Vincent BN 2,361 Yakup Bin Khalid
Gabriel Adit Demong
Micheal Anak Lias
Aris Anak Alap
Bebas
PCM
SNAP
PR
278
1,366
577
650
995 Gabriel Adit Demong (Bebas)
N44 Machan BN Datuk Gramong Juna BN 3,683 Agustine Anak Liom @ August Kiom
Kong Tat Kim
George Chen Nguk Fa
SNAP
PCM
PR
338
696
2,054
1,629 Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
N45 Bukit Assek PR Wong Ho Leng PR 13,527 Chieng Buong Toon
Hii Tiong Huat
BN
Bebas
4,700
180
8,827 Wong Ho Leng (PR-DAP)
N46 Dudong BN Yap Hoi Liong PR 9,649 Datuk Tiong Thai King
Apandi Bin Abdul Rani
BN
Bebas
9,332
174
317 Datuk Dr.Soon Choon Teck (BN-SUPP)
N47 Bawang Assan BN Dato' Sri Wong Soon Koh BN 7,316 Alice Lau Kiong Yeng PR 5,508 1,808 Dato' Sri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
N48 Pelawan BN Wong Kee Woan PR 13,318 Vincent Goh Chung Siong BN 6,927 6,391 Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
N49 Nangka BN Dr.Annuar Rapa'ee BN 7,710 Norisham Mohd.Ali PR 2,408 5,302 Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
N50 Dalat BN Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming BN 6,288 Sylvester Ajah Subah @ Ajah Bin Subah
Salleh Bin Mahali
PR
Bebas
1,298
257
4,990 Datin Hajjah Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
N51 Balingian BN Pehin Sri Abdul Taib Mahmud BN 6,210 Suriati Abdullah
Datuk Salleh Jafaruddin
PR
Bebas
871
1,056
5,154 Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
N52 Tamin BN Joseph Mauh Ikeh BN 4,998 Mengga Anak Mikui PR 3,706 1,292 Josepn Mauh Ikeh (BN-PRS)
N53 Kakus BN John Sikie Tayai BN 3,366 Dick @ Laurence Dick Sekalai
Paul Anyie Raja
Entali Anak Empin
PCM
PR
Bebas
186
2,764
141
602 John Sikie Tayai (BN-PRS)
N54 Pelagus BN George Lagong Independent 5,740 Stanley Nyitar @ Unja Anak Malang
Edward Sumbang Anak Asun
BN
PR
2,903
1,171
2,837 Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
N55 Katibas BN Datuk Ambrose Blikau Enturan BN 3,326 Toh Heng San
Munan Anak Laja
SNAP
PR
897
1,070
2,256 Datuk Ambrose Blikau Enturan (BN-PBB)
N56 Baleh BN Dato' Sri Dr.James Jemut Masing BN 5,452 Bedindang Anak Manjah PR 1,334 3,898 Dato Sri Dr.James Jemut Masing (BN-PRS)
N57 Belaga BN Liwan Lagang BN 3,974 John Bampa
Mathew Anak Munan
Basah Kesing @ Ali Basah Kesing
Micheal Jok
Kenneth Adan Silek
SNAP
Independent
PR
Bebas
Bebas
368
27
1,046
94
330
2,928 Liwan Lagang (BN-PRS)
N58 Jepak BN Datuk Haji Talip Zulpilip BN 5,470 Ramli Anak Malaka
Abdul Jalil Bin Bujang
Abdul Kuddus Bin Ramlee
Awang Abdillah Bin Awang Nassar
SNAP
PR
Independent
Independent
433
2,342
477
89
3,128 Datuk Haji Talip Zulpilip (BN-PBB)
N59 Kidurong PR Chiew Chiu Sing PR 12,493 Henry Ling Kuong Meng BN 5,563 6,930 Chiew Chiu Sing (PR-DAP)
N60 Kemena BN Dr.Stephen Rundi Utom BN 6,369 Liam Anak Rengga
Bernard Binar Anak Rading
Unggun Anak Bayang
Bebas
PR
SNAP
197
3,020
285
3,349 Dr.Stephen Rundi Utom (BN-PBB)
N61 Bekenu BN Hajjah Rosey Yunus BN 4,946 Dayang Juliana Awang Tambi
Thony Anak Badak
Ishak Bin Mahwi
PCM
PR
SNAP
284
570
1,232
3,714 Hajjah Rosey Yunus (BN-SPDP)
N62 Lambir BN Ripin Lamat BN 4,625 Johari Bin Bujang
Zulhaidah Binti Suboh
SNAP
PR
693
3,104
1,521 Datuk Swin Jemaah @ Aidan Wing (BN-PBB)
N63 Piasau BN Ling Sie Kiong PR 5,598 Datuk Patinggi Tan Sri Dr.George Chan Hong Nam BN 4,408 1,190 Datuk Patinggi Tan Sri Dr.George Chan Hong Nam (BN-SUPP)
N64 Pujut BN Fong Pau Teck PR 9,120 Andy Chia Chu Fatt BN 5,271 3,849 Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
N65 Senadin BN Datuk Lee Kim Shin BN 7,334 Dr. Michael Teo Yu Keng PR 7,276 58 Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
N66 Marudi BN Sylvester Entri Muran BN 4,578 Micheal Ding Tuah
Gerang Anak Dagom
Edwin Dundang Bugak
Bebas
PR
SNAP
122
1,376
281
3,202 Sylvester Entri Muran (BN-SPDP)
N67 Telang Usan BN Dennis Ngau BN 3,597 Harrison Ngau Laing
Kebing Wan
Jok Ding
PR
SNAP
Bebas
2,745
705
623
845 Lihan Jok (BN-PBB)
N68 Bukit Kota BN Dr.Abdul Rahman Bin Ismail BN 6,835 Leong Kwang Yew
Usop Bin Jidin
Ladis Bin Pandin
PR
Bebas
Bebas
1,774
398
353
5,061 Dr.Abdul Rahman Bin Ismail (BN-PBB)
N69 Batu Danau BN Palu @ Paulus Gumbang BN 3,667 Dr.Lau Liak Koi
Lawrence Cosmas Sunan Anak Simpang
PR
SNAP
1,348
140
2,319 Palu @ Paulus Gumbang (BN-SPDP)
N70 Ba'Kelalan BN Baru Bian PR 2,505 Willie Liau BN 2,032 473 Nelson Balang Ringin (BN-SPDP)
N71 Bukit Sari BN Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan BN 6,018 Japar Suyut PR 955 5,063 Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tawie, Joseph (2009-10-22). "Baru takes charge of Sarawak PKR". Malaysian Mirror. Malaysia Today. Dicapai 2011-04-16. 
  2. ^ a b Jahabar Sadiq (2011-04-17). "BN retains two-thirds majority but Sarawak's fixed deposit shattered". The Malaysian Insider. Dicapai 2011-04-17. 
  3. ^ "Taib sworn in as Chief Minister". New Straits Times. 2011-04-16. Dicapai 2011-04-16. 
  4. ^ "Casting of postal votes begins". The Star (Malaysia). 2011-04-13. Dicapai 2011-04-16. 
  5. ^ "Official results". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 2011-04-16. 
  6. ^ http://prusarawak.spr.gov.my/dunsarawak/laporan/5_awamPAPARAN.php# Keputusan Pilihanraya Sarawak ke-10