Ayat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ayat ialah unit tatabahasa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu patah perkataan yang membawa hubungan sintaksis yang minimum dengan perkataan-perkataan yang disusuli atau menyusulinya. Ayat boleh terdiri daripada perkataan-perkataan yang dikumpulkan dengan penuh erti untuk mengungkapkan kenyataan, soalan, seruan, permintaan, perintah, atau cadangan.[1]

Seperti dengan semua ungkapan bahasa, ayat boleh terdiri daripada kata-kata fungsi dan kandungan, dan mengandungi sifat-sifat yang nyata pada bahasa semula jadi, seperti intonasi cirian dan pola pemasaan. Jl

Komponen ayat[sunting | sunting sumber]

Klausa[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu, klausa biasanya mengandungi sekurang-kurangnya satu ungkapan kata nama subjek dan satu kata kerja atau kata sifat finitum. Biarpun subjek biasanya merupakan ungkapan kata nama, namun jenis-jenis ungkapan yang lain (seperti ungkapan gerund) juga diterima, lagipun sesetengah bahawa membolehkan subjek digugurkan.

Terdapat dua jenis klausa, iaitu klausa bebas dan klausa subordinat (pautan). Klausa bebas menunjukkan buah fikiran yang lengkap, yakni ayat yang lengkap: contohnya, Saya sedih. Klausa subordinat bukan ayat lengkap: contohnya, kerana saya tiada kawan.

Sebaris ayat lengkap yang ringkas terdiri daripada satu klausa. Ayat-ayat lengkap yang lain terdiri daripada dua klausa ke atas (rujuk di bawah).

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Mengikut struktur[sunting | sunting sumber]

Satu skema yang lazim untuk mengelaskan ayat-ayat mengikut bilangan dan jenis klausa finitum:

Mengikut tujuan[sunting | sunting sumber]

Ayat-ayat juga boleh dikelaskan berdasarkan tujuannya:

  • Ayat penyata, iaitu jenis ayat yang paling am, secara amnya membuat pernyataan: "Saya kena pergi kerja."
  • Ayat tanya atau soalan lazimnya digunakan untuk meminta keterangan — "Saya kena pergi kerjakah?" — tetapi adakalanya tidak; rujuk soalan retorik.
  • Ayat seru atau seruan pada amnya merupakan suatu bentuk pernyataan yang lebih tegas dan meluahkan perasaan: "Saya kena pergi kerja!"
  • Ayat perintah menyuruh seseorang untuk membuat sesuatu (malah jika disebut dengan tegas, boleh dikira ayat seru dan perintah sekaligus): "Pergi kerja." atau "Pergi kerja!"

Ayat besar dan kecil[sunting | sunting sumber]

Ayat besar ialah ayat biasa yang terdiri daripada subjek dan predikat. Contohnya: "Saya ada sebiji bola." Dalam ayat ini, kita boleh menukar orangnya: "Kami ada sebiji bola." Bagaimanapun, ayat kecil ialah sejenis ayat yang luar biasa dan tidak mengandungi kata kerja/sifat finitum. Contohnya, "Siti!" "Ya." "Kopi." dsb. Contoh-contoh ayat kecil yang lain ialah tajuk (cth. tajuk rencana ini), ungkapan stereotaip ("Helo!"), ungkapan perasaan ("Wah!"), pepatah, dsb. Ini juga termasuk ayat namaan seperti "Makin ramai, makin meriah". Ini tidak mengandungi kata-kata kerja untuk menguatkan erti di sekitar kata nama dan biasanya ditemui pada puisi dan cogan kata.[2]

Ayat-ayat yang terdiri daripada sepatah perkataan dipanggil ayat sepatah kata, sementara perkataan itu pula dipanggil kata ayat.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Sentence' - Definitions from Dictionary.com". Dictionary.com. Dicapai pada 2008-05-23.
  2. ^ "Exploring Language: Sentences". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2012-11-08.
  3. ^ Jan Noordegraaf (2001). "J. M. Hoogvliet as a teacher and theoretician". Dalam Marcel Bax, C. Jan-Wouter Zwart, and A. J. van Essen (penyunting). Reflections on Language and Language Learning. John Benjamins B.V. m/s. 24. ISBN 90-272-2584-2.CS1 maint: multiple names: editors list (link)