Azizan Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azizan Razak
Naib Ketua Amanah Kawasan Ketereh AMANAH Kelantan
Memegang jawatan
2022
Kelantan
Memegang jawatan
2020
Butiran peribadi
Lahir1972
Parti politik Parti Amanah Negara (2016-kini)
Laman web rasmihttps://amanahkelantan.com/ir-azizan-razak/

Ir Mohd Azizan Bin Abdul Razak, juga dikenali sebagai Ir Azizan Razak, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang aktif dalam Parti Amanah Negara. Beliau dilahirkan pada 27 Mac 1972 di Kg Berangan, Kadok. Ir Azizan Razak memegang jawatan Naib Ketua Kawasan Amanah Ketereh pada masa kini.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ir Azizan Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kadok, Kota Bharu, Kelantan dari tahun 1979 hingga 1984. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Machang. Setelah itu, beliau mengikuti pengajian di peringkat tinggi dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Marin dengan kejuruteraan mekanikal. Ir Azizan Razak juga merupakan seorang Jurutera Profesional (Ir.) dan mempunyai Teknologi Profesional (Ts) sebagai pengiktirafan terhadap kepakarannya dalam bidang ini.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum terlibat secara aktif dalam politik, Ir Azizan Razak mempunyai kerjaya yang cemerlang. Beliau adalah Pengurus Besar bagi Syarikat Argentina iaitu IMPSA dari tahun 1997 hingga 2014, dan juga menjadi Regional Director bagi Syarikat Italy- ATB RIVA CALZONI SPA dari tahun 2015 hingga 2019. Beliau juga adalah Managing Director bagi syarikat sendiri iaitu LFG & Services Sdn Bhd.

Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]

Ir Azizan Razak menyertai Parti Amanah Negara sebagai parti politik. Beliau kini memegang jawatan Naib Ketua Kawasan Amanah Ketereh. Salah satu inisiatif politik penting yang dijalankan oleh Ir Azizan Razak adalah membantu pelajar-pelajar yang tercicir di Dun Kadok.

Penglibatan Luar Politik[sunting | sunting sumber]

Ir Azizan Razak turut aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat. Beliau menjadi Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ulumah dan Kebajikan Masyarakat Kadok, Timbalan Presiden Koperasi UTM AJ90, Bendahari Alumni Sekolah Menengah Sains Machang 89, dan Penasihat Industri bagi beberapa universiti termasuk UNIMAS, ICEP UiTM, dan Lincoln University.

Anugerah dan Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Ir Azizan Razak telah dihargai dengan beberapa anugerah dan pengiktirafan profesional. Beliau dianugerahi "Jurutera Profesional" oleh Lembaga Jurutera Malaysia serta "Teknologis Profesional" oleh Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).