Universiti Malaysia Sarawak
![]() | |
Moto | Unimas Gemilang "Glorious Unimas" |
---|---|
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 1992 |
Canselor | TYT Tun Haji Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
Naib Canselor | YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi[1] |
Lokasi | , |
Kampus | Kampus utama di Kota Samarahan |
Penggabungan | ASAIHL |
Laman sesawang | http://www.unimas.my |
Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baharu yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.
Kini, UNIMAS mempunyai 8 fakulti, 3 institut dan 7 pusat.
UNIMAS telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang menepati standard ISO/IEC 27001:2005 dan MS ISO/IEC 27001:2007. Skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan Pusat Data UNIMAS yang merangkumi perkakasan, perisian sistem, pangkalan data dan sistem operasi untuk aplikasi kritikal universiti.
Teknologi pendidikan[sunting | sunting sumber]
Sejak 2006, UNIMAS telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle yang diberi nama Morpheus.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Kepimpinan UNIMAS
- ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.