Bab al-Jabiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bab al-Jabiyah (Bahasa Arab: باب الجابية‎; "Pintu Palung Air") ialah sebuah pintu purba Damsyik, Syria. Pada satu ketika dahulu, Bab al-Jabiyah merupakan pintu masuk utama barat Damsyik. Pintu ini membawa kepada Souk Medhat Pasya, bahagian separuh Laluan Lurus moden, dan jalan ini masih menghubungkan Bab al-Jabiyah dengan Bab Sharqi di bahagian timur Kota Lama.[1] Nama moden pintu ini mula digunakan pada zaman Kekhalifahan Umaiyah dan datang daripada nama al-Jabaliyah yang terletak di Tanah Tinggi Golan, yang pada masa itu menjadi ibu negara kerajaan Ghasan, sebuah negeri ufti Romawi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Williams, Wynne (1998). The Three Worlds of Paul of Tarsus. Routledge. p. 163. ISBN 0-415-13592-3. 
  2. ^ Toponymy, Monuments, Historical Geography and Frontier Studies. 21. Dumbarton Oaks. 2002. p. 102. ISBN 0-88402-284-6. 

Koordinat: 33°30′29.25″N 36°18′6″E / 33.5081250°N 36.30167°E / 33.5081250; 36.30167


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.