Bab Kisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bab Kisan tempat dari mana Santa Paul melarikan diri dari Damsyik.
Bab Kisan

Bab Kisan (Bahasa Arab: باب كيسان, "Pintu The Kisan") ialah satu daripada lapan pintu-pintu purba yang terdapt di Damsyik, Syria. Pintu ini, yang kini terletak di bahagian tenggara Kota Lama Damsyik, dinamakan sempena nama seorang hamba yang menjadi masyhur pada zaman penaklukan Khalifah Mu'awiyah. Temboknya dibina pada zaman Romawi (juga dikenali sebagai "Byzantine") dan dbina bagi memuja tuhan mitos Romawi, Zuhal. Bab Kisan digunakan Santa Paul untuk melarikan diri dari Damsyik.

Paul tinggal di Damsyik selepas mendakwa (Acts 9:1–9) beliau melihat Jesus Christ semasa dalam perjalanan ke kota Damsyik. Selepas tinggal di Damsyik selama tiga tahun, beliau pergi untuk tinggal di tanah jajahah Kerajaan Nabatea yang digelarnya sebagai "Arabia" buat masa yang tidak diketahui, dan kemudian pulang ke Damsyik, yang pada masa ini di bawah pemerintahan Nabatea. Selepas tiga tahun lagi (Gal. 1:17;20), beliau terpaksa melarikan diri dari kota itu pada waktu malam (Acts 9:23;25; 2 Cor. 11:32ff) selepas tindak balas daripada puak Yahudi yang menentang keras ajaran yang dibawanya. Paul melepaskan diri melalui Pintu Kisan dan kini terdapat sebuah gereja kecil dipanggil Gereja Santa Paul di situ.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 33°30′23″N 36°18′55″E / 33.50639°N 36.31528°E / 33.50639; 36.31528


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.