Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jump to navigation
Jump to search
![]() | Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Aras 3, Blok B7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Telefon : 88881267 @ 88881263
Telefaks : 88883731
OBJEKTIF ,FUNGSI , VISI dan MISI =[sunting | sunting sumber]
Objektif[sunting | sunting sumber]
Objektif Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang adalah :
- Menyelia pentadbiran Jabatan-Jabatan di bawahnya dan merancang pembangunan Mahkamah serta mengkaji dan mencetus inisiatif baru ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran keadilan negara dengan cekap, tepat dan berkesan.
Fungsi[sunting | sunting sumber]
Fungsi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang adalah :
- Mengurus Bajet
- Mengawal dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti
- Menggubal dasar dan pindaan undang-undang
- Menyemak Akta/Peruntukan Undang-Undang yang sedia ada untuk disesuaikan dengan keperluan semasa
- Mendaftar dan menyelia Lembaga Pemegang Amanah di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
- Mengawal selia Amanah Raya Berhad di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532)
- Menjadi urus setia kepada :-
- Jemaah Pengampunan bagi Kes-Kes Keselamatan dan Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (yang dipengerusikan oleh SBP Yang DiPertuan Agong).
- Jawatankuasa Bertindak dan Penyelarasan Undang-Undang.
- Panel Aduan Undang-Undang
- Bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan/ Negara Luar/ Badan Antarabangsa dalam aspek perundangan
- Merancang dan melaksanakan projek pembangunan Mahkamah dalam tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun
- Menguruskan keperluan ICT
- Mengurus keperluan dan pembangunan sumber manusia
- Penyelidikan dan inisiatif-inisiatif baru mengenai Sistem Undang-Undang
- Memberikan perkhidmatan sokongan dalam aspek pentadbiran dan publisiti ke atas Jabatan-jabatan yang diselia
Visi[sunting | sunting sumber]
Untuk menjadi sebuah agensi ulung yang menyumbang kepada sistem pentadbiran keadilan negara
Misi[sunting | sunting sumber]
Menyelia pentadbiran Jabatan-jabatan di bawahnya, merancang dan membangun infrastruktur Mahkamah serta membuat penambahbaikan dalam sistem keadilan negera berdasarkan kepada kehendak Kerajaan dan keperluan masyarakat