Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Perdana Menteri
جابتن ڤردان منتري
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Perdana Putra Putrajaya.jpg
Gambaran keseluruhan
DibentukJulai 1957; 63 tahun yang lalu (1957-07)
JenisKerajaan
Ibu pejabatPerdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Kakitangan33,802 (2018)
Belanjawan tahunanRM 4,048,073,200 (2020)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
Tapak webwww.jpm.gov.my

Jabatan Perdana Menteri (Tulisan Jawi: جابتن ڤردان منتري; singkatan JPM) merupakan sebuah kementerian kerajaan persekutuan di Malaysia. Ia ditubuhkan bertujuan untuk memastikan perkhidmatan di semua bahagian terlaksana menurut dasar, pengawalan dan garis panduan semasa. Ia diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia dan diikuti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Jabatan ini merangkumi Pejabat Perdana Menteri dan lebih 50 agensi dan badan kerajaan. Ia ditubuhkan pada tahun 1957 dan kini berpusat di Perdana Putra, Putrajaya.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA)
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (Kabinet)
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Rumah Penginapan Persekutuan (RP)

Kuarters Kakitangan Awam

Kompleks Kediaman Kakitangan Awam

Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia
Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
Istana Negara Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertua Negeri
Jabatan Audit Negara Malaysia
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Jabatan Peguam Negara (AGC)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Munsyi Muda Bahasa

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)

Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan
Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi
Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Pejabat Ketua Setiausaha Negara Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA)

Pejabat Koordinasi Inisiatif Swasta (PICO)
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Biro Pengaduan Awam (BPA)

Institut Integriti Malaysia (IIM)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)

Jawatankuasa Aduan (JA)

Panel Penilaian Operasi (PPO)

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Urus Setia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (UJKT)
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) PlaTCOM Ventures Sdn Bhd

Yayasan Steinbeis Malaysia

Lembaga Pembangunan Langkawi
Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT)
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Yayasan Pelaburan Bumiputera
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK)
Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC)

Pejabat Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam)
Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah
Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China
Kompleks Seri Perdana (Kediaman rasmi Perdana Menteri)
Bangunan Perdana Putra (Kompleks Jabatan Perdana Menteri)
Kompleks Setia Perdana (Kompleks Jabatan Perdana Menteri)

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Jabatan Perangkaan Malaysia
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Halal Development Corporation (HDC)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Amanah Raya Berhad
Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS)
Malaysia Petroleum Resources Corporation Berhad (MPRC)
Johor Petroleum Development Corporation (JPDC)
FELDA Global Ventures Holdings Berhad
JKP Sdn. Bhd.
MyHSR Corporation Sdn. Bhd.
Pelaburan Hartanah Berhad
Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera
Yayasan Ekuiti Nasional
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Penang Development Corporation (PDC)
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Johor Corporation (JCORP)
Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)
Sabah Economic Development Corporation (SEDCO)

Hal Ehwal Agama[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Lembaga Tabung Haji
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Baitulmal MAIWP
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)
Yayasan Waqaf Malaysia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri Sabah
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Al-Hijrah Media Corporation

Parlimen dan Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
Lembaga Penasihat
Parlimen Malaysia
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC)
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Hal Ehwal Sabah dan Sarawak[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS)
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Tugas-tugas Khas[sunting | sunting sumber]

Jabatan/Agensi Agensi lain yang berkaitan
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tabung Bencana COVID-19

Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Special Disaster & Emergency Response Team (SPIDER TEAM)

Civil Defence Emergency Response Team (CDERT)

Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU)
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1957[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan setelah Pejabat Ketua Setiausaha dimansuhkan. JPM ditubuhkan adalah bertujuan:

  • merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan matlamat Negara di samping menentukan bahawa keselamatan Negara untuk perlaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi memberikan kebahagian dan kesempurnaan hidup rakyat Malaysia terjamin;
  • menentukan segala urusan dalam bidang pentadbiran, kewangan, perjawatan, perkhidmatan, istiadat dan keseluruhan jabatan dan pengurusan persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan jabatan terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan sebagai pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar utama Kerajaan. Semasa ditubuhkan, Jabatan ini terdiri daripada Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan dan Urusetia bagi Penasihat Ekonomi. Pegawai Tadbir Utama bagi Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang juga sebagai Ketua Setiausaha (KSU).

Beliau dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU (Kabinet)), Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU).

Pada 31 Ogos 1957, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditubuhkan bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan agensi pusat kepada JPM. Suruhanjaya ini berperanan melaksanakan perlantikan,pengesahan, perjawatan tetap, perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan kawalan tatatertib.

Pada September 1957, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan ditubuhkan dengan nama asalnya sebelum ini adalah Bahagian Cabinet. Pada tahun 1995, nama Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan mula digunakan pada 1 Julai 1995.

Pada 4 September 1957 Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, Suruhanjaya Piliharaya dianggotai oleh seorang pengerusi dan 2 orang ahli. Istana Negara diletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.

Latar Belakang PAJPM[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Am JPM yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Dan Sumber Manusia (BPPSM) telah disusun semula menjadi enam (6) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan dan Pembangunan (B.Kew), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat (UKK). Kesemua enam (6) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-Undang. Struktur ini berkuatkuasa sejak Mei 2007 melalui Waran Perjawatan Bil. A 49 Tahun 2007, Bil. A 90 Tahun 2007 dan Bil. A142 Tahun 2008.

Fungsi dan Peranan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan sokongan termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan, sosial dan lain-lain kepada warga jabatan Perdana Menteri dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat beristirahat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam serta menyelenggara, mengawal selia dan merancang penggunaan hartanah milik kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan.
  • Meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam Malaysia supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan berintegriti serta membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.
  • Memberi khidmat yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri serta mengesan pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan.
  • Menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluar dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.
  • Mengurus Istiadat dan Protokol Negara, Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-Pembesar Negara, Persidangan Antarabangsa dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terbaik berteraskan kecemerlangan kerja yang berkualiti.
  • Menentukan penyelarasan dasar, strategi dan program Pembangunan Ekonomi Negara bagi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dirangka dengan terancang, cekap dan sempurna bagi memperkukuhkan daya saing negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan kerjasama sektor awam dan swasta, mempergiatkan k-ekonomi, dan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • Menjadi agensi pusat utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan supaya pelaksanaannya selaras dengan matlamat pembangunan negara.
  • Memastikan penggubalan dan penyelarasan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan negara serta arahan langkah-langkah keselamatan dikendalikan secara terancang, komprehensif dan bersepadu.
  • Meningkatkan mutu penyelarasan penguatkuasaan undang-undang Maritim dan penglibatan unsur-unsur Maritim Negara dalam sebarang tugas maritim bagi menentukan kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia dipelihara dan kepentingan Maritim dari dicerobohi.
  • Merancang, merangka, menggubal dan memantau dasar-dasar penguatkuasaan maritim serta membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi sebuah agensi yang cekap dengan menyediakan peralatan dan infrastruktur melalui pembangunan dan perolehan.
  • Meningkatkan keseragaman prosedur dan amalan dalam urusan yang berkaitan dengan wakaf, zakat dan amal di seluruh negara; dan meningkatkan pemantauan dan penyelarasan dasar dan peraturan mengenai urusan serta aktiviti haji.
  • Mewujudkan undang-undang Islam berhubung pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri.
  • Menyedia dan melaksanakan pentadbiran undang-undang berlandaskan undang-undang Islam secara adil dan berkesan melalui akta-akta yang telah diluluskan.
  • Mewujudkan fatwa-fatwa yang tetap dan kemas berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias serta sumber-sumber lain yang muktabar serta mewujudkan tenaga pengajar agama Islam yang berwibawa dan beramal dengan Ahli Sunah Wal-Jemaah.
  • Memastikan bantuan perundangan, khidmat nasihat dan khidmat perantaraan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
  • Memastikan urusan pentadbiran Jabatan dan pembangunan mahkamah dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta membantu di dalam penambahbaikan keadilan sistem pentadbiran dan perundangan negara.
  • Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Insolvensi dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, cepat dan berkesan.
  • Memastikan Jabatan mempunyai sumber manusia, kewangan, peralatan dan prasarana yang mencukupi dan sesuai untuk membolehkannya menjalankan peranan dan tugas-tugas secara berkesan dan memastikan semua kes-kes yang didaftar di Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, adil dan berlandaskan prinsip undang-undang negar serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak.
  • Membantu orang ramai yang menghadapi masalah dengan jentera pentadbiran awam untuk merawat pulih aduan yang berasas dan memanfaatkannya sebagi input untuk agensi kerajaan mempertingkatkan akauntabiliti, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.
  • Meningkatkan pengetahuan, kepakaran, kualiti dan prestasi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
  • Bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahcara projek-projek Persekutuan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian terus YAB Perdana Menteri.
  • Memastikan penyediaan, penafsiran dan penyebaran perangkaan yang berkualiti, terkini, lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pembentukan pelaksanaan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
  • Melindung dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia.
  • Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA, FELDA dalam semua bidang sosio-ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]