Bahasa Kadazan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dusun Tengah
Kadazan Tengah
Asli kepadaMalaysia
KawasanSabah, Brunei
EtnikKadazan
Penutur bahasa
60,000
Kod bahasa
ISO 639-3kzj

Suku kaum Kadazan-Dusun mempunyai bahasa tersendiri. Suku kaum Kadazan dan suku kaum Dusun sebenarnya merupakan suku kaum yang berbeza, tetapi berasal dari rumpun yang sama. Bahasa kedua-dua suku kaum ini seakan-akan sama, cuma dibezakan oleh sedikit perbezaan dalam ejaan dan sebutan.

Contohnya, "rumah" disebut sebagai "walai" dalam bahasa Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Banyak perkataan lain yang hanya berbeza dari segi ejaan seperti "dua" iaitu "duo" dalam bahasa Dusun dan "duvo" dalam bahasa Kadazan, dan "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun, dan "sizam" dalam bahasa Kadazan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang sama seperti "satu" iaitu "iso" dalam kedua-dua bahasa dan "enam" iaitu "onom".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]