Bahasa-bahasa Austronesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Austronesia
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim, Oceania, Madagascar, Taiwan
Klasifikasi bahasa: salah satu dari keluarga bahasa dunia utama; walaupun berpaut dengan keluarga lain telah dicadangkan, tiada dari ini yang diterima mainstrim umum
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5: map
{{{mapalt}}}
Peta menunjukkan distribusi keluarga bahasa


Rumpun Bahasa Austronesia ialah sebuah keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Beberapa anggota keluarga bahasa ini juga dituturkan di tanah besar Asia. Rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara hingga ke New Zealand di wilayah (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di barat sampai ke Pulau Easter (Rapanui) di hujung timur.

Sepertimana bahasa-bahasa Bantu, Indo-Eropah, Afro-Asiatik dan Uralik, Rumpun bahasa Austronesia merupakan salah satu keluarga bahasa tua yang telah dikenal pasti dengan lengkap. Nama Austronesia berasal daripada kata Latin auster "angin selatan" dan kata Greek nêsos "pulau". Nama ini sememangnya sesuai, kerana sebahagian besar bahasa Austronesia dituturkan di pulau-pulau yang terletak dalam, atau berhampiran dengan, Hemisfera Selatan: hanya beberapa bahasa, seperti bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Cham, dituturkan di tanah besar Asia. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur yang kecil. Walau bagaimanapun, bahasa Austronesia utama memiliki jutaan penutur. Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara. Otto Dempwolff, seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa pertama yang menyelidik bahasa-bahasa Austronesia dengan mendalam menggunakan kaedah perbandingan.

Para ahli bahasa tidak sepakat tentang keluarga bahasa manakah yang mempunyai bahasa yang terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa Austronesia pastinya menduduki antara tangga teratas dengan 1,268 bahasa (menurut Ethnologue), yang bersamaan dengan lebih kurang satu perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa yang diketahui di dunia.

Rumpun bahasa Austronesia memiliki beberapa cabangan utama, dan kesemuanya kecuali satu diketemui di Taiwan. Bahasa-bahasa Formosa Taiwan dikategorikan kepada sembilan subkumpulan aras pertama ("first-order") bahasa Austronesia. Kesemua bahasa Austronesia yang dituturkan di luar Taiwan (termasuklah bahasa Yami) tergolong dalam cabang Melayu-Polinesia, yang kadangkala dikenali dengan nama bahasa Extra-Formosa.


Asal usul bangsa Austronesia[sunting | sunting sumber]

Para penutur bahasa Austronesia proto atau purba dijangka berasal dari daerah yang sekarang disebut China bahagian selatan. Mereka, sekitar 4000 tahun yang lalu, bermigrasi ke pulau Taiwan dan dari sana, menyebar ke Filipina, Indonesia, kemudian ke Madagascar yang berdekatan benua Afrika dan ke seluruh lautan Pasifik.

Bahasa Ma’anyan yang merupakan sebuah bahasa Dayak dan dipertuturkan di Borneo ialah bahasa yang paling dekat dengan bahasa Malagasi yang dipertuturkan di Madagascar, berdekatan dengan persisiran pantai timur Afrika.

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Secara lazimnya, rumpun bahasa Austronesia dibahagi kepada beberapa kelompok. Dua kelompok utama ialah bahasa Taiwan dan bahasa Melayu-Polinesia. Kemudian rumpun bahasa Melayu-Polinesia dibahagi pula menjadi bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat, Tengah dan Timur.

Di bawah ialah susur-galur pembahagian rumpun bahasa ini secara terperinci.

Austronesia

Salah satu cabang terpenting ialah cabang Sundik yang menurunkan bahasa-bahasa Austronesia dengan jumlah penutur terbesar yaitu: bahasa Jawa, bahasa Melayu (dan bahasa Indonesia), bahasa Sunda, bahasa Madura, bahasa Aceh, bahasa Batak dan bahasa Bali.

Bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jepun ialah sebuah kes yang menarik minat banyak pakar linguistik. Ada yang mengelompokkan bahasa ini dalam rumpun bahasa Austronesia berdasarkan beberapa kata-kata dan fonologi bahasa Jepun. Namun yang lain berpendapat bahasa Jepun termasuk rumpun bahasa Altai dan terutamanya mirip dengan cabang bahasa Mongol. Bahasa Korea kemungkinan besar termasuk rumpun bahasa yang sama juga. Bahasa Korea mirip dengan bahasa Jepun namun sejauh ini belum ada yang menghubungkannya dengan rumpun bahasa Austronesia. Namun, perlu diberi catatan pula bahawa rumpun bahasa Altai masih dipertikaikan lagi.

Beberapa kata daripada bahasa Jepun yang berasal daripada rumpun bahasa Austronesia:

  • hi yang bererti api dan berasal daripada *PAN (Proto-Austronesia): *Hapuy
  • yang bererti kayu
  • namaé yang bererti nama
  • ano yang bererti anu (itu)
  • suki yang berarti suka
  • tsuki yang berarti [[bulan
  (untuk dewa bulan Jepun,sila lihat Tsukuyomi)

(bahagian ini masih perlu ditambah)

Contoh[sunting | sunting sumber]

Di bawah terdapat beberapa contoh untuk menunjukkan kekerabatan kata-kata bilangan daripada satu sampai sepuluh dalam beberapa bahasa Austronesia. Catatan: /e/ harus dibaca sebagai pepet (misalkan dalam kata “keras”) dan /é/ sebagai taling (misalkan dalam kata “lémpar”).


Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Proto-Austronesia *esa/isa *duSa *telu *Sepat * lima *enem *pitu *walu *Siwa *sa-puluq
Paiwan ita dusa celu sepac lima unem picu alu siva ta-puluq
Tagalog isá dalawá tatló ápat limá ánim pitó waló siyám sampû
Ma'anyan Isa' rueh telo epat dime enem pitu Balu' suei sapuluh
Malagasi iráy róa télo éfatra dímy énina fíto válo sívy fólo
Aceh sa duwa lhee peuet limöng nam tujôh lapan sikureueng plôh
Toba Batak sada duwa tolu opat lima onom pitu uwalu sia sampulu
Bali sa dua telu empat lima enem pitu akutus sia dasa
Sasak esa due telu empat lime enem pitu’ balu’ siwa’ sepulu
Jawa Kuna sa rwa telu pat lima nem pitu wwalu sanga sapuluh
Jawa Baru siji loro telu papat lima nem pitu wolu sanga sepuluh
Sunda hiji dua tilu opat lima genep tujuh dalapan salapan sapuluh
Madura settong dhua tello' émpa' léma' énném pétto' ballu' sanga' sapolo
Melayu satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh
Minangkabau ciék duo tigo ampék limo anam tujuah dalapan sambilan puluah
Rapa Nui tahi rua toru ha rima ono hitu va'u iva 'ahuru
Hawaii `ekahi `elua `ekolu `eha: `elima `eono `ehiku `ewalu `eiwa `umi

Tipologi[sunting | sunting sumber]

Fonologi bahasa-bahasa Austronesia tergolong sederhana. Para penutur bahasa ini biasanya tidak suka akan suku-suku kata tertutup dan menghindari gugusan-gugusan konsonan. Terdapat beberapa bahasa yang mempunyai gugusan-gugusan konsonan namun ini merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa lain terutamanya daripada bahasa Arab, bahasa Sanskrit, dan bahasa Indo-Eropah.

Beberapa bahasa turut meminjam fonem-fonem retrofleks daripada bahasa Sanskrit iaitu bahasa Jawa dan bahasa Madura. Bahkan bahasa Madura juga memiliki fonem-fonem berhembus (aspirata) yang kemungkinan juga berasal daripada bahasa Sanskrit. Meskipun begitu, banyak pakar yang menentang bahawa fonem-fonem ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Mereka berpendapat fonem-fonem ini telah berkembang dengan sendirinya.

Jumlah penutur[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, jumlah penutur bahasa Austronesia sekitar 300 juta orang. Bahasa-bahasa pertuturan terbesar ialah bahasa Jawa, bahasa Melayu (dan bahasa Indonesia), bahasa Tagalog, bahasa Sunda, bahasa Madura, bahasa Bali, bahasa Aceh, bahasa Batak dan bahasa Malagasi.

Status rasmi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Austronesia terpenting yang ditilik daripada status rasminya ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di lima negara: Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Timor-Timur. Di Indonesia bahasa rasmi ini disebut sebagai bahasa Indonesia. Bahasa Filipina yang sebenarnya ialah bahasa Tagalog yang merupakan bahasa rasmi Filipina. Di Timor-Timur bahasa rasmi lainnya ialah bahasa Tetun, juga sebuah bahasa Austronesia selain bahasa Portugis yang hanya dikenal oleh beberapa orang. Di Madagascar, bahasa Malagasi ialah bahasa rasmi. Di Aotearoa(New Zealand), bahasa Maori juga memiliki status rasmi di samping bahasa Inggeris.

Kekerabatan dengan rumpun bahasa lain[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa pakar yang menggolongkan rumpun bahasa Austronesia dengan rumpun bahasa Austro-Asia dan menamakannya rumpun bahasa besar atau superfamili Austrik. Mereka berpendapat bahwa semua bahasa di China bahagian selatan sebenarnya berkerabat iaitu rumpun bahasa Austronesia, bahasa Austro-Asia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien (juga disebut Miao-Yao). Secara skematiknya, rumpun bahasa Austrik secara hipotetik adalah seperti berikut:

  • Austrik
    • Austronesia
    • Tai-Kadai
    • Hmong-Mien
    • Austro-Asia

Para penutur keempat rumpun bahasa yang dianggarkan berkerabat ini menetap di daerah yang sekarang termasuk RRC bahagian selatan sampai lebih kurang antara tahun 2000 SM1000 SM. Ketika itu suku Han, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet dari China utara, menyerbu ke selatan dan para penutur bahasa Austrik tercerai-berai. Serbuan inilah yang dianggap sebagai alasan mengapa kaum Austronesia terpaksa berhijrah ke Taiwan dan ke kepulauan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.

Para ahli linguistik juga mempunyai pendapat lain iaitu keberadaan kata-kata dasar dwisilabik yang serupa yang mana bahasa Austronesia menyimpan kedua-dua suku kata sedangkan bahasa Austro-Asia menyimpan suku kata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua.

Contoh: Proto-Austronesia / Proto-Mon-Kmer (Austro-Asia) / Proto Thai (Tai-Kadai)

  • mata ‘mata’ / *măt ‘mata / *taa ‘mata’

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]