Bahasa basahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tlisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.

Ciri bahasa basahan[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri bahasa basahan:

  • Cara penyampaian
    • Bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat perhubungan secara terus antara 2 penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.
  • Mewujudkan kemesraan
    • Penggunaan bahasa kolokial dalam kalangan pengguna boleh mewujudkan kemesraan dengan menggunakan penanda-penanda mesra. Antara penggunaan penanda mesra ini ialah penggunaan singkatan pada nama dan kata-kata tertentu seperti kan dan dah.
  • Penggunaan dialek
    • Dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek apabila penutur dan pendengar datang dari tempat yang sama.
  • Penggunaan tatabahasa
    • Penggunaan tatabahasa yang gramatis tidak begitu dipentingkan dalam bahasa kolokial. Bahasa ini sering memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Imbuhan sering ditinggalkan sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar.
  • Percampuran kod
    • Dalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.
  • Bahan yang diperkatakan
    • Biasanya tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan serta mudah difahami. Keadaan ini wujud kerana mereka sering berjumpa dan telah wujud kemesraan.

Contoh[sunting | sunting sumber]