Baiat In‘iqad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bai'ah In'iqad ialah menjadikan seseorang yang dibai’ah itu pemilik kekuasaan (Khalifah), kepadanya diberikan hak ketaatan, contoh teladan dan kepatuhan.

  1. Bai'ah In’iqad tidak memerlukan kepada semua umat Islam berbaiah kepada pemimpin yang dibai'ah.
  2. Bai'ah ini dijalankan oleh Ahlul Hulli Wal Aqdi.

Tujuan Bai’ah In’iqad[sunting | sunting sumber]

Tujuan bai'ah ini untuk memilih dan melantik khalifah mentadbir dan menguruskan urusan umat Islam.

Dalil Bai’ah In’iqad[sunting | sunting sumber]

Dalil yang menunjukkan baiah in’iqad ialah untuk memilih dan melantik khalifah seperti yang berlaku pada perlantikan Khalifah Abu Bakar dengan bai’ah Ahlul Halli Wal Aqdi daripada kalangan ahli Madinah, begitu juga dengan Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan, serta Khalifah Ali bin Abi Talib yang melibatkan sebahagian ahli Madinah dan ahli Kuffah.

Bai'ah Taat[sunting | sunting sumber]

Ini menunjukkan tidak perlu bai'ah daripada seluruh umat Islam dan memadai dengan sekelompok ahli daripada umat Islam. Sekiranya berlaku bai'ah daripada bakinya, maka ia dikira bai'ah taat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Al-Bai'ah karangan Dr Mahmud Khalidi Maktabah Risalah Hadisah