Khalifah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Khalifah (Arab: خَلِيفَة, rumi: khalīfah bermakna "pengganti" atau "wakil" terbitan bentuk fā`il kata kerja خَلِفَ khalifa "menggantikan"[1]) adalah gelaran diberikan pemimpin umat Islam setelah Muhammad SAW wafat. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah).

Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas kematian Muhammad, Abu Bakar dipilih untuk menjadi pengganti untuk kepimpinan Muhammad dengan gelaran "Khalifah Rasulullah". Pada asalnya Khalifah dipilih melalui Majlis Syura, yaitu Musyawarah, perbincangan dan penentuan daripada para sahabat Muhammad. Dalam Ahlusunnah Waljamaah, mengiktiraf empat khalifah pertama (yaitu Khulafa' ArRasyidin): Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali. Dalam Syiah pula, menganggap gelar Khalifah hanya layak diberikan kepada Ali. Muhammad berkata (melalui hadis shahih) bahawa Khulafa' ArRasyidin juga dikenali sebagai Khilafah 'ala Minhaj Nubuwwah (Khilafah mengikut aturan Kenabian).

Abu Bakar adalah khalifah Islam yang pertama dengan gelarannya sebagai "Khalifah Rasulullah", dia dipilih sebagai Khalifah setelah melalui proses perbincangan dan majoriti para sahabat meyakini bahawa Abu Bakar lebih layak kerana Muhammad memilih Abu Bakar menjadi pengganti "Imam Sholat" menjelang kematiannya, pada 632. Pada awalnya, Abu Bakar menyebarkan islam secara berhati-hati kerana Al-Quran belum ditulis pada satu kitab tetapi berselerak di merata tempat, maka beliau berfikir untuk mengumpulkan ayat Al-Quran dengan menulis semula pada satu kitab melalui hafalan Al-Quran para sahabat dan tulisan Al-Quran (yang ditulis di batu, tulang, daun dan sebagainya) sehingga kematiannya. Abu Bakar juga berwasiat kepada Umar untuk menyambung tugasnya dalam penulisan kitab Al-Quran.

Kemudian digantikan Umar sebagai Khalifah Islam yang kedua, Al-Quran hampir disempurnakan sebagai sebuah kitab (buku), penyebaran tentang Agama Allah dan Rasulullah (Islam) mulai diutamakan tapi ramai pula yang menentang perkembangan Islam seperti empayar Byzantine, Rumawi. Maka, peperangan berlaku antara Rumawi dan Madinah untuk menghancurkan Agama Islam, walaupun jumlah tentera islam hanya ribuan berbanding Tentera Rumawi yang berpuluh ribu, namun atas kebijaksanaan Tentera Islam dalam strategi, Umar akhirnya mendapat kemenangan, selepas itu, Umar berusaha keras untuk menyebarkan islam ke seluruh wilayah Byzantine di Syam, juga membebaskan Baitulmaqdis di Palestin dan Persia. Pada zaman Umar, Islam berkembang pesat di Syam, Palestin, dan Mesir. Pemimpin-pemimpin di seluruh wilayah juga digantikan dengan pemimpin islam. Umar dibunuh ketika sedang sholat subuh berjemaah.

Kemudian digantikan Uthman sebagai Khalifah Islam yang ketiga, 644-656. Beliau adalah anggota keluarga Bani Umayyah. Pada zaman Uthman, Al-Quran mulai dicetak dengan banyak, kitab-kitab Al-Quran kemudian disebarkan kepada pemimpin-pemimpin di seluruh wilayah Islam, supaya undang-undang islam dapat diperkukuhkan serta disebarkan kepada rakyat masing-masing. Disebabkan itu, Al-Quran juga digelar Mushaf Uthmani kerana Uthman adalah orang pertama yang menyebarkannya melalui tulisan. Menjelang kematiannya, pemberontak memfitnah Uthman melakukan kezaliman dan kesesatan, akhirnya dia dibunuh oleh puak pemberontak yang bergelar "Khawarij" (gelaran kumpulan yang melampaui batas). Kematian Uthman yang tidak terbela telah mencetuskan kemarahan Keluarga Bani Umayyah.

Kemudian digantikan Ali sebagai khalifah Islam yang keempat, 656-661. Beliau adalah sepupu Muhammad dan berkahwin dengan anak perempuan Muhammad bernama Fatimah Binti Muhammad Az-Zahra. Beliau juga adalah Khalifah Islam yang pertama diiktiraf oleh Syiah. Walaupun Ali mengikuti kepimpinan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah yang terdahulu, tetapi pemilihan Ali sebagai Khalifah keempat dibangkang Muawiyah dan Aisyah. Aisyah dihasut oleh puak "Khawarij". Muawiyah pula menganggap Ali tidak layak menjadi Khalifah kerana Ali tidak membela kematian Uthman yang juga ahli Keluarga Bani Umayyah. Akhirnya berlaku peperangan antara golongan Muawiyah dan Ali, dan Ali terbunuh kerana difitnah.

Kemudian digantikan anaknya, Hassan Bin Ali sebagai Khalifah Islam tanpa pengetahuan Muawiyah, namun hanya selama 6 bulan sahaja. Kemudian Hassan berselisih dengan Muawiyah sehingga menyebabkan perpecahan wilayah Islam. Demi persaudaraan Islam, akhirnya Hassan menyerahkan Khilafah kepada Muawiyah dan menyeru seluruh penduduk Madinah supaya berbaiat kepada Muawiyah. Tidak lama kemudian, saudara kembarnya yang bernama Hussein Bin Ali pula difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dan dibunuh dalam pertempuran Kerbala pada tahun 680.

Kemudian digantikan Muawiyah sebagai Khalifah Islam yang kelima (selepas kematian Ali), beliau memindahkan ibukota Khilafah dari Madinah ke Damsyik dan ahli keluarga Bani Umayyah berkuasa sebagai khalifah sehingga tahun 750, Khilafah Bani Umayyah berperang dengan ahli keluarga Bani Abbas yang menganggap lebih layak menjadi Khalifah, tetapi malangnya tidak menyebelahi Bani Umayyah, akhirnya kemenangan diberikan kepada Bani Abbas (keturunan yang bersambung dengan Bani Hasyim, juga moyang Muhammad), Kemudian menjadi Khalifah dalam Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad. Kerajaan Abbasiyah menjadi Khalifah yang rasmi kerana menguasai Baitulmaqdis, Makkah, dan Madinah.

Sejak kalah berperang, Bani Umayyah berpindah ke Sepanyol, di mana mereka membentukkan Kerajaan dan menyebarkan Islam di barat. Syiah juga mengasaskan Kerajaan Fathimiyah di Mesir. Beberapa ratus tahun kemudian, Tentera Tatar dan Mongol keluar dari Timur Jauh Kemudian memusnahkan khalifah Abbasiyah di Baghdad pada tahun 1258. Selanjutnya, ibu Kota Khalifah Abbasiyah berpindah ke Kaherah, Mesir. Beberapa keturunan Abbasiyah di Kaherah cuba mengekalkan gelaran khalifah islam dengan menguasai Makkah dan Madinah, tetapi tidak ada kekuatan yang nyata untuk menyebarkan islam. Dalam waktu yang sama, Orang Kristian pula memusnahkan kekuasaan Islam di Baitulmaqdis pada tahun 1492. Tidak lama kemudian, Kerajaan Uthmaniyah mulai mendapat kekuatan dengan menakluki Baitulmaqdis, Konstantinopel dan Kaherah 1517.

Pada tahun 1923 Kerajaan Uthmaniyah memimpin seperti Negara Republik. Walaupun Abd-ul-Mejid II kemudian mengekalkan gelar khalifah, tetapi tidak lagi Sultan, dan dia tidak mempunyai kuasa kedaulatan. Akhirnya, Kemal Atatürk menghapuskan Kerajaan khalifah pada 3 Mac 1924.[2]

Ramai yang berjuang untuk menegakkan Pemerintahan Khalifah Islam. Tetapi pada tahun 1926, Kongres Antarabangsa umat Islam di Kaherah memutuskan bahawa jawatan khalifah tetap terbuka sehingga semua orang Islam boleh mengambil bahagian dalam penubuhan khalifah yang baru.[3]

Pada akhir bulan Jun 2014, Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin ISIS, mengisytiharkan ISIS yang memerintah di sebagian wilayah Iraq dan Syria sebagai khalifah yang baru, selepas mendapat sokongan daripada pengikut-pengikutnya sendiri. Tetapi dibangkang oleh majoriti Umat Islam di seluruh dunia kerana ISIS dikenali sebagai puak "Khawarij" (kumpulan yang melampaui batas).

Pandangan Syiah Islam mengenai khalifah[sunting | sunting sumber]

Shi orang Islam tidak mengenali Khilafah Selatan, dan biasanya tidak menggunakan istilah "Khalifah". Mereka mengatakan bahawa umat Islam harus dipimpin oleh imam, yang tidak akan dipilih oleh umat Islam. Sebaliknya, kepimpinan harus mewarisi dalam keluarga Nabi, dan Muhammad sepatutnya disusuli dengan segera selepas kematiannya oleh menantu Ali ibn Abi Talib sebagai imam. Tiga khalifah pertama (Abu Bakr, Umar, Uthman) dianggap oleh orang-orang Syiah sebagai penceroboh. Ali akhirnya mengambil alih sebagai imam / imam selepas Uthman, dan dikira oleh Muslim Sunni sebagai khalifah yang keempat dan terakhir. Walau bagaimanapun, selepas kematian Ali pada tahun 661, kaum Syiah enggan mengakui Khalifah Umayyah dan pengikutnya, seperti Sunnite. Shiaislam sebaliknya menegaskan pada baris imam yang berterusan dalam cara Muhammad melalui mangsa Ali yang selamat. Walau bagaimanapun, mereka tidak pernah mempunyai kedudukan kuasa duniawi, dan bertindak sebagai pembangkang agama di Kalifah Selatan.

Syarat-Syarat In’iqâd Seorang Khalifah[sunting | sunting sumber]

Syekh Taqiyuddin An Nabhani dalam Kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi Khalifah, dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi Khalifah atau disebut sebagai syarat in’iqâd. Jika ada satu saja kekurangan, maka akad pengangkatan Khalifah menjadi tidak sah. Adapun syarat tersebut adalah :

  1. Muslim
  2. Lelaki
  3. Baligh
  4. Berakal (Bukan Gila)
  5. Adil
  6. Merdeka (Bukan Hamba)
  7. Mempunyai Kemampuan Memimpin Negara (Daulah Islamiyah)

Syarat Perlantikan Khalifah[sunting | sunting sumber]

Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat seseorang, ia sah sebagai Khalifah asal memenuhi syarat berikut:

  1. Memenuhi syarat in‘iqâd seorang Khilafah.
  2. Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
  3. Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
  4. Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Cendekiawan Mesir Ali Abdur Raziq menerbitkan buku 1925 nya Islam dan Asas Tadbir Urus. Hujah buku ini telah diringkaskan sebagai "Islam tidak menganjurkan bentuk kerajaan tertentu".[4] Dia menumpukan kritikannya kepada mereka yang menggunakan undang-undang agama sebagai proklamasi politik kontemporari dan sejarah raja-raja yang mengaku legitimasi oleh khalifah.[5] Raziq menulis bahawa penguasa-penguasa yang lalu menyebarkan pengertian pembenaran agama untuk khalifah "agar mereka dapat menggunakan agama sebagai perisai yang melindungi tahta mereka terhadap serangan pemberontak".[6]

Senarai khalifah[sunting | sunting sumber]

Khulafa al-Rasyidin di Madinah[sunting | sunting sumber]

Khilafah Bani Umayyah di Damsyik[sunting | sunting sumber]

Khilafah Bani Abbasiyah di Baghdad[sunting | sunting sumber]

Khilafah Bani Abbasiyah di Kaherah[sunting | sunting sumber]

Khilafah Uthmaniyah di Constantinople(Qunstatiniyah)(Istanbul)[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 130–131. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Vuosisatamme kronikka, s. 320. Gummerus, 1986. ISBN 951-20-2893-X.
  3. ^ Henning Poulsen: Suuri maailmanhistoria, osa 13: Sodasta toiseen 1914-1945, s. 60. Suomentanut Matti Hossa. Koko kansan kirjakerho, 1982. ISBN 951-864-001-7.
  4. ^ Elizabeth Suzanne Kassab. Contemporary Arab Thought: Cultural Critique in Comparative Perspective. Columbia University Press, 2010. ISBN 9780231144896 p.40
  5. ^ Bertrand Badie, Dirk Berg-Schlosser, Leonardo Morlino (eds). International Encyclopedia of Political Science, Volume 1. SAGE, 2011. ISBN 9781412959636 p.1350.
  6. ^ Kemal H. Karpat. The Politicization of Islam: Reconstructing Identity, State, Faith, and Community in the Late Ottoman State. Studies in Middle Eastern History. Oxford University Press, 2001 ISBN 9780195136180 pp.242-243.