Bakri Siregar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bakri Siregar
Lahir(1922-12-14)14 Disember 1922
Langsa, Aceh, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunia19 Jun 1994(1994-06-19) (umur 71)
Jakarta
WarganegaraIndonesia
BidangKritikan sastera, penulis lakon
Dikenali keranaKritikan kesusasteraan Indonesia

Bakri Siregar (14 Disember 1922 – 19 Jun 1994) ialah seorang pengkritik sastera dan penulis sosialis Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Bakri Siregar dilahirkan di Langsa, Aceh, Hindia Timur Belanda pada 14 Disember 1922.[1] Beliau aktif menulis semenjak pendudukan Jepun di Indonesia pada awal tahun 1940-an, seperti yang dapat dilihat dengan satu daripada cerita pendeknya, "Tanda Bahagia" yangditerbitkan dalam Asia Raja (EYD: Asia Raya) pada on 1 September 1944.[2]

Selepas kemerdekaan Indonesia, Bakri berkunjung ke Kesatuan Soviet untuk mengkaji sosialisme dengan lebih mendalam. Beliau menganggap yang sistem di Kesatuan Soviet lebih cekap dan menguntungkan rakyat, dan ini mengukuhkan ideologi beliau. Beliau juga memuji penulis-penulis Soviet yang menolak kosmopolitanisme dan abstraksionisme.[3] Beliau menerbitkan beberapa drama sebaik pulang ke Indonesia, termasuk karya asal Tugu Putih (1950), Dosa dan Hukuman (berlandaskan Crime and Punishment oleh Fyodor Dostoyevsky), dan Gadis Teratai (berlandaskan sebuah mitos Korea).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
  1. ^ Eneste 2001, m/s. 43.
  2. ^ Mahayana 2007, m/s. 209–215.
  3. ^ KS 2010, m/s. 129–130.
  4. ^ Bodden 2010, m/s. 57.
Bibliografi